Saturday, 3 August 2013
LAGI SATU KES PEMBAZIRAN OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG????.....MEMBERI BANTUAN RM1,000 SETIAP PELAJAR ANAK PULAU PINANG YANG BERJAYA KE IPTA!!!!!
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE IPTA PERINGKAT DIPLOMA BAGI SESI AKADEMIK 1 TAHUN 2013/2014 & PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH BAGI SESI AKADEMIK 2 TAHUN 2012/2013
PADA 3 OGOS 2013 DI DEWAN SRI PINANG
Turut hadir, T/KM I dan II, Setia Usaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Dari tahun 2008 sehingga tahun 2010, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang hanya menetapkan kuota 500 pemohon sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk menerima bantuan pendaftaran RM500 ini setiap tahun. Sejak i-Beta diperkenalkan secara talian pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah menaikkan bantuan pendaftaran ini sebanyak RM1000 tanpa sebarang kuota ditetapkan.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun lepas telah mengumumkan pemberian bantuan pendaftaran RM1,000 kepada bakal-bakal mahasiswa-mahasiswi yang terpilih melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan syarat salah seorang ibu bapa merupakan pengundi berdaftar di negeri Pulau Pinang dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000 sebulan. Pemberian bantuan ini hanyalah untuk pelajar tahun pertama sahaja.
Bantuan pendaftaran IPTA RM1000 ini dibuka kepada semua bakal mahasiswa-mahasiswi yang terpilih melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda IPTA dengan syarat salah seorang ibu bapa merupakan pengundi berdaftar di negeri Pulau Pinang dan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM4000 sebulan.
Ini merupakan salah satu daripada program kebajikan emas yang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah putuskan dalam usaha untuk menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang hasil urus tadbir CAT yang kerajaan PR Pulau Pinang amalkan sejak tahun 2008. Program- program kebajikan ini telah membuktikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengotakan setiap janji yang dibuat tanpa mengira latar belakang keluarga dan warna kulit.
Semua pemohon dikehendaki mengisi permohonan secara talian di i-Beta dan seterusnya menghantar dokumen- dokumen yang berkaitan di Pejabat Daerah masing-masing.
Dimaklumkan seramai 924 pemohonan telah terima dalam sistem i-Beta yang telah dibuka permohonannya pada 21 Mei 2013 sehingga 1 Julai 2013.
Walaubagaimanapun seramai 351 pemohon sahaja yang berjaya menerima bantuan pendaftaran RM1000 ini. Ini disebabkan terdapat pemohonan-pemohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuk kegagalan menghantar salinan dokumen-dokumen yang diperlukan ke Pejabat Daerah masing-masing.
Pemberian bantuan pendaftaran RM1000 kepada pelajar hari ini merangkumi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma bagi sesi akademik 1 (first intake) tahun 2013/2014 dan juga pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah bagi sesi akademik 2 (second intake) tahun 2012/2013.
Pendaftaran i-Beta masih dibuka untuk pengambilan peringkat ijazah bagi sesi 1 tahun 2013/2014 sehingga 30 September 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Hua...hua..SPRM patut bertindak segera menyiasat penyalah gunaan kuasa oleh Mr Lim Guan Eng...PERKASA MELALUI BERAHIM ALI @ ZUL NORDIN KENA LA CEPAT2 BUAT REPORT POLIS....
ReplyDeleteBetul tu...hahahaahaaaaa
DeleteSatu penyalahan kuasa ni...harus buat repot.
Hahaha....pergi le report.....nanti kena.... buta.com.....hehey.....
DeleteGembira jgn tak syukur ,terima kasih ,salam chium tgn Pd Lim Ghuan Henhkong.Sekurang kurangnya pribumi yg umpama pengemis di negara sendiri rndapat bantuan drpd kerajaan bekas imigran pendatang asing dr Tanah Besar China.
ReplyDeleteOrg2 UMNgOk bengkek....ala relax ka bro..gantleman la sikit...dulu lu org pun sudah kasi chance perintah itu penang...tp lu tara jaga itu penang betut2....saya mau tanya sama itu olang UMNgOk aa...ITU KOH TSO KOON OLANG MILAYU KA????Dia X pernah kasi bantuan sama olang milayu ka? HAAIII YAAA... INI OLANG PUNYA PIKIR PUN MASIH ADA LAGI KA.....patut lah masih kekal dlm UMNgOk...
ReplyDeleteDah sampai tahap melayu cium bontot ah beng DAPig dah sekarang ni....syabas, macai PR BOLEH!!!!
ReplyDeleteko macai apa pulak??
DeleteMacai Oh Macai.. orang bagi pun salah, tak bagi pun salah. Kalu LGE tak bagi, korang complain LGE tak jaga dan pinggirkan melayu pulau pinang.. kalu dia bagi bantuan dan menyumbang utk masjid.. korang cakap plak melayu pulau pinang cium bontot la apa la.. korang nie otak tolong letak balik kat kepala boleh tak, jgn kat kepala lutut! kalu letak kat kepala lutut atau kepala kat tengah tu..mcm nie la pemikiran korang pasal banyak sangat goyang...tapi gua kesian sama lu orang macai² BN tak kira UmNO, MIC,MCA DLL.. korang terpaksa meroyan membodohkan diri sendiri...waakakakaka
ReplyDelete