Friday, 9 August 2013

PANDANGAN HATI PROF MOHAMMMAD AGUS YUSOFF 100 HARI SELEPAS PRU 13 PEMERINTAHAN KERAJAAN PAS/PR KELANTAN!!!...MENYENGAT DAN HANGAT!!!!



Selepas 100 hari pilihan raya umum berlalu, saya perhatikan tidak ada keghairahan baru dalam politik Kelantan. Ini kerana kerajaan barunya sekadar meneruskan dasar lama sahaja. Kenapa begitu kering dan miskinnya idea kerajaan baru Kelantan ini? Adakah cukup sekadar menjadi kerajaan ‘punch card’ sahaja—masuk pejabat jam 8pagi dan balik jam 5ptg?

Persoalannya, jika sekadar meneruskan dasar lama sahaja, mengapa tidak meneruskan projek Lebuh Raya Rakyat? Mengapa diam sahaja dengan projek stadium? Teruskanlah sahaja dua projek lama tersebut kerana ia membawa manfaat untuk rakyat, khususnya Projek Lebuh Raya Rakyat. Kerajaan negeri perlu tahu bahawa rakyat yang tinggal di Kuala Lumpur sudah tidak tahan lagi memandu kereta sehingga 15 jam untuk sampai ke Kota Bharu semata-mata kerana jalannya sesak.

Projek ini nampaknya sudah macam tertangguh kerana tidak ada maklumat dan pengumuman baru mengenainya. Kontraktor utama juga sudah menarik diri kerana tidak ada jaminan daripada kerajaan negeri tentang pembayaran pelaksanaan projek ini. Saya ingin katakan kepada kerajaan negeri, jika tidak ada duit untuk meneruskan projek ini, cari jalan penyelesaiannya.

Sekiranya jalannya adalah dengan memohon bantuan dari kerajaan pusat, maka teruskan perundingan itu secepatnya. Yang penting projek ini perlu diteruskan dan diselesaikan. Ini kerana telah banyak kos awal pengambilan tanah dan lain-lain telah dibelanjakan dan wang rakyat pun telah dikutip.

Jika sekadar meneruskan dasar lama, mengapa juga diam terus dengan projek stadium? Memang projek stadium tidak sepenting projek Lebuh Raya Rakyat, tetapi pembinaannya boleh menjana ekonomi negeri. harga tanah berdekatan stadium akan melonjak, banyak rumah baru boleh dibina, kawasan padat di bandar boleh dikurangkan dan perniagaan baru boleh dibuka oleh rakyat.

Projek pembinaan stadium ini mudah sahaja dilaksanakan jika kerajaan negeri serius mahu meneruskannya. Cuma dalam melaksanakan projek ini, kerajaan negeri dan barisan kepemimpinannya perlu kreatif dan berusaha sedikit mencari idea bagaimana mahu membina, membangun dan mengembangkannya.

Satu yang saya lihat ada sedikit perubahan ialah dari segi bekalan air. Saya lihat kuantiti airnya semakin banyak, tetapi tidak kualiti airnya. Sistem perawatan air masih banyak yang perlu ditingkatkan kerana airnya masih kuning. Saya dikhabarkan oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa isu air ini akan selesai pada akhir tahun ini. Semoganya!

Maka, apa yang baharunya dengan dasar kerajaan sekarang? Satu yang dapat saya perhatikan ialah membenarkan wanita menyertai musabaqah Al-Quran. Lain-lain tidak ada. Jika betullah pemerhatian ini, saya kira ini amat malang bagi rakyat Kelantan yang mengharapkan kerajaan negeri lebih baik dari yang dahulunya.

Dari aspek lain, saya fikir ada beberapa pencapaian kerajaan negeri yang boleh direkodkan. Saya melihat pengurusan kerajaan tempatan, khususnya kebersihan bandar dan hubungan keajaan pusat-negeri adalah lebih baik dari kerajaan sebelum ini. Semoga hubungan tidak lagi tegang dan kerajaan pusat-negeri boleh saling bekerjasama dengan menghormati prinsip persekutuan. Tapi soal tuntutan royalti minyak, itu perlu teruskan kerana ia hak Kelantan. Jika kerajaan pusat mempunyai tafsiran yang berbeza tentang hak Kelantan ini, uruskan hal ini di mahkamah untuk mendapatkan keputusan yang lebih autoritatif.

Dengan kekurangan kerajaan Kelantan hari ini, maka apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membangunkan rakyatnya? Banyak hal baru yang boleh saya cadangkan. Cuma dalam tulisan ringkas ini, saya mahu mencadangkan kerajaan negeri menghidupkan kembali program pertanian dan penternakan kambing Jamnapari yang tergendala.

Projek kambing ini memang gagal, tapi ia merupakan projek baik untuk rakyat. Saya lihat di Kelantan sekarang ini jika ada majlis kenduri kendara, rakyat bercakap tentang kambing panggang dan nasi Arab. Ini menunjukkan projek kambing ini ada sambutan rakyat, tetapi kerajaan negeri pula tidak menyambutnya. Exco Pertanian perlu mengambil perhatian tentang hal ini.

Begitu juga dengan projek pertanian yang lain. Banyak yang boleh ditanam dan dikembangkan. Projek padi organik di Tunjong sudah tidak kedengaran lagi. Apapun kegagalan projek lepas, saya harap selepas ini kerajaan negeri dapat menjadikan Kelantan yang mempunyai tanah luas itu sebagai negeri yang mampu sara diri dari segi keselamatan makanan. Kelantan dekat dengan Thailand, maka ambillah sedikit ‘bau’ dari kejayaan pertanian Thailand untuk dibawa ke Kelantan.

Selepas dari Hari Raya ini, apabila pejabat dibuka semula, saya harap barisan Exco dapat kembali berbincang semula perancangan pembangunan Kelantan selepas 100 hari pemerintahannya. Kerajaan negeri tidak boleh hanya selesa dengan slogan mengekalkan tradisi kepimpinan lama. Jika buat projek, rancanglah projek pembangunan itu untuk rakyat Kelantan, bukannya hanya untuk ahli parti PAS sahaja. Jadikan pengalaman projek Ladang Rakyat untuk merakyatkan pembangunan Kelantan, bukannya memPASkan pembangunan Kelantan.

Berubahlah. Jangan biarkan rakyat menjerit!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

60 comments:

  1. AWAT HANG TENGOK KELANTAN JE. AWAT TAK TENGOK PERLIS, MELAKA, N.SEMBILAN, TERENGGANU DLL LAGI. ADA DASAR BARU KE......ATAU AKU YANG BUTA ATAU HANG YANG BUTA HATI....SAPA BUTA....???@#$&*#$@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tahu nak komen anak orang tapi anak sendiri pun tak kenal. Syabas Riyan.

      Delete
    2. relek la bro...apa yg lu hangin satu badan nih...teguran utk kebaikan apa salahnya. Yg nak di bandingkan negeri2 yg di bawah jajahan takluk UMNO apa kes?. Lantak dorang la nak mundur ke apa ke, takan sbb negeri lain mundur, lu nak kelantan pun mundur...aparaa punya pemikiran lu nih. Lu x reti nak beza ke teguran utk kebaikan dgn kutukan?. lu baru bersunat ke bro?.

      Delete
    3. Kesian....kesian....kesian.....
      Rakyat kelantan nak buat cam mana bagi cadangan pun x mahu terima.mmg rakyat kelantan suka hidup seperti sekarang.....maka biarkanlah.......
      Biarkanlah.....jangan kita paksa mereka.

      Delete
    4. rilek brother...ambo pun terasa panas gak dlm hati...tp ap yg prof komen ni bagus...harap kerajaan bleh ambik perhatian ngn pandangan prof ni...prof ni pun pro-PR jgk...dia komen sbb dia nk kelantan terus menerajui perubahan jgn jadi seperti negeri2 bwh pimpinan BN...

      Delete
    5. Betui tu...patut komen skali ngri lain. Najib pun tak buat dasar baru. Kena tanya trus pd exco Kelantan. Mereka lebih tahu ape nak buat.

      Delete
    6. Teguran yg baik. Baik ada makna tu.

      Delete
    7. Bukan kerajaan kelantan. tapi kerajaan nik amar. kalau dungu sangat utk fikir apa yg boleh d buat utk rakyat baik ambil cangkul turun bendang. kepimpinan bersama ulama tapi bukan ulama dungu.

      Delete
  2. rilek brother...ambo pun terasa panas gak dlm hati...tp ap yg prof komen ni bagus...harap kerajaan bleh ambik perhatian ngn pandangan prof ni...prof ni pun pro-PR jgk...dia komen sbb dia nk kelantan terus menerajui perubahan jgn jadi seperti negeri2 bwh pimpinan BN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setau aku dia ni pro bn.

      Delete
    2. yg tu xpenting...apa yg aku nmpk, dia bg pandangan bukan kritikan...kalo kritikan pun xsalah asalkan kritikan utk membina...

      Delete
    3. Pandangan yg diketahui x boleh direalisasikan oleh pimpinan K'tan. Kritikan politic check-mate.

      Delete
  3. Mgkn masa prof blik kg.. Sangkut jam 15jam
    Kot.tu yg berasap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek lebuhraya ni dah lama..idea exco lama. Mungkin exco baru ada cara lain utk selesai. Ngape bangkit isu ni skrg.

      Delete
  4. Bro..gua jamin Lebuhraya Rakyat tu tak dapat diteruskan selagi PR tak dapat Pusat. Bukan senang kerajaan negeri sendiri nak buat...Pusat tak akan tolong selagi negeri bawah Pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYAALLAH...kalo rezeki xkemana jgk...kalo xde rezki, usaha la cmna pun xdpt jgk...tp harap2 ad rezki la..doa2 kan la...

      Delete
    2. Sesungguh nya kuasa Allah swt mengatasi segala gala nya.pada kita yg percaya pada Allah swt maka kita tidak akan mengatakan tanpa bantuan pusat adalah mustahil untuk pembinaan lebuhraya.masyallah.jahil nya bila meletakan pusat berkuasa atas pembinaan lebuhraya diKelantan.

      Delete
    3. 12:43 Belajar agama dah khatam ke belum. Setiap org yg betoi2 berakal tahu Allah Maha Kuasa. Nabi dah ajar...Sunnatullahnya untuk kenyang kena makan...kita disuruh berusaha...kan tu yg diajar...nak pandai kena lah belajor yob...tak gitu. Nak buat lebuhraya mesti ada perancangannya...ada tenaga kerja. Siapa yg j**** la ni...cakap@ aku tak nak guna j**** sebab itu maksud kafir...jgn kafirkan orang yob@!@!

      Delete
    4. Belajar agama ader khatam ker?surah/sunnah/fatwa maner ko gunapakai.jelas siapa yg jahil.apa yg aku maksudkan kerajaan pusat tiada memiliki aper aper kuasa utk memastikan lebuhraya siap terbina.memang ler mesti ada perancangan,modal,tenaga kerja dan bahan.itu semua sedia maklum.cuma aku mempersoal kan kekuasaan kerajaan pusat utk memastikan lebuhraya tu diap terbina.komen biar faham maksud.jgn main terjah jer.nanti ternampak akan kejahilan kefahaman ko.

      Delete
  5. Pengkritik kadang2 diupah utok buat propaganda..kalau pro pr kritik sekali negri lain bawah pr.

    ReplyDelete
  6. Org bagi pendapat baik takmau dgr bodoh la. Wat pe nk banding kan dgn negeri bn. Depa dpt bantuan dari pusat pun tak maju jgk. Masyuk ade la.
    Kelantan independent jadi kena la bijak. Lawak la lu riyan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni perangkap politik. Mana ada kerajaan negeri boleh buat highway tanpa bantuan kerajaan pusat. Tahniah Prof. Exco Kelantan menggeletar nak jawab ni.

      Delete
    2. Ada modal UMNO lagi. Patut kerajaan PUSAT punya kerja NEGERI yang nak ambil alih buat pe. Projek lembu PUSAT pun gagal. Highway patut PUSAT buat dari dahulu lagi kalau ikhlas bantu Melayu Kelantan. Ikuti ulasan Husam Musa dalam hal ini.

      Delete
    3. Kambing jamnapari pun x nampak bayang ni kan oulak nak buar l/raya mahu nya hampeh

      Delete
  7. Sabar je lah aku..

    ReplyDelete
  8. rilekslah bro.....dari perkataan prof tu....dia cumer membangkitkan kiter supaya jgn terlena dlm perjuangan....jgn cepat melatah...anggapkan teguran prof tu satu cabaran sebagai pemangkin supaya kita menambah aggresif usaha kiter........rilekslah bro......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pusat jujur untuk rakyat.sepatutnya laksanakan tanggungjawab.manakala negeri beri kerjasama

      Delete
    2. Masaalahnya pusat pilih kasih. Bagi negeri melayu kelantan mampuih....tapi second link kat cina penang bagi peruntukan buat lagi billion2 harganya. Apa yg prof tu tak komen kat pusat. Komen lah. Ada brani!

      Delete
  9. Salam, lebuhraya rakyat kena proceed.... cukup tak cukup duit itu kerajaan negeri ke fikir.... sebab derma & sumbangan dah banyak yg menghulur.... jangan biarkan lawan mengata dan mempertikai..... bab duit, adik beradik boleh gaduh....

    bila kita ditegur, terima dan halusi bukan divert cari salah org lain.. pahang la, sabah lah.. etc etc.... kalau dah sama stendet ngan depa.... boleh slow2 buka kedai judi kat kelantan kot..... baru sama cam negeri bukan PR lain...

    *Rasul jer maksum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambo setuju lebuhraya ni kena proceed. Balek raye Kelate baghu ni 12 jam. Kerajaan BN kena bagi bantuan....tolong melayu Kelate sikit. Negeri Kelate dah takdo pitih... exco lama yg cadangkan tu pun dah cabut. Janji tinggal janji.

      Delete
  10. pada pendapat saya...utk mengatasi sifat tidak bertanggung jawab kerajaan pusat....negeri2 PR kene bentukkan sendiri majlis ekonomi Pakatan Rakyat.....disini kita adakan kerjasama2 sesama kiter utk mempastikan ekonomi2 dinegri PR berada pada tahap yg membanggakan melalui berbagai projek2 yg sesuai......saya menaruh keprcayaan kpd kerajaan negeri PR kerana ketelusan yg telah dibuktikan selama ini.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg telus lah..........tembus

      Delete
  11. Ini semua salah Anwar. Sabolah aku.

    ReplyDelete
  12. Sesekali kene geletek apa salahnya. Kita tak boleh lalai. Kerajaan Kelantan kena ambil tindakan dan bekerja keras dan jgn mengharapkan bantuan pusat yg tidak akan sampai. Kena kreatif dlm mencari jalan penyelesaian. Minta pandangan dan cadangan dr Selangor dan Penang. Sy agak pelik jugak kenapa pemimpin mcm Husam Musa yg mempunyai idea kreatif diketepikan? Dia ada cr bagaimana nak jana pendapatan utk meneruskan projek lebuh raya tu.

    Yg kerajaan pusat ni pun satu, jambatan kedua kat pulau pinang boleh buat kenapa highway kat kelantan tak boleh buat? Bg sy ini adalah sabotaj ke atas umat Islam. BN ni rasis katanya tapi buat jambatan kat negeri yg diperintah oleh kaum tiong hua. Di negeri yg majoritinya Melayu dia tak nak tolong. Hidup Melayu apekebendenye BN ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lebih 20 tahun, baru nak kerja keras ker?!!!

      Delete
    2. Itu je yg boleh keluar dr mulut kau ke?!!!. Kita ni sbg khalifah Allah di muka bumi ni mmg kena kerja keras la sampai ke liang lahad. Tak de had masa. Allah mmg suruh kita sentiasa berusaha walaupun kita sudah berada di tahap yg selesa. Tiada kesempurnaan dlm diri kita. Ada pepatah mengatakan hari ini lebih elok dr semlm.

      Delete
    3. To gurup cakap dunia x perlu.kira kena cari ilmu akhirat.
      Pasal tu lah kelantan mundur.nak wart cam ner.ikut jata tok gurup lah tu.
      Biarkan kesian biarkan kesian.

      Delete
    4. Baru 20 tahun belum lg 57 tahun.

      Delete
    5. Kalau 57 tahun fuhh
      Pasti kelantan jadi zinbabwe atau ghana.last2 orang kelantan merana.dh mmg merana pun ..

      Delete
  13. Kritikan membina...semoga lebih ramai cendikiawan melayu bersikap positif seperti ini...

    ReplyDelete
  14. Apa kata kalau Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor yang rizab berbillion tu bagi pinjaman jangka panjang tanpa faedah untuk Kelantan utk buat lebuh raya.
    Pas tu Kerajaan Lelantan bayar balik pelan pelan. Mungkin perlu ada tol untuk beberapa tahun bagi tujuan membayar balik hutang.
    PR mampu atau tidak untuk membuktikan bahawa muafakat sesama parti boleh memperbaiki taraf hidup rakyat. Tunjukkan juga bahawa PKR dan DAP bekerjasama membantu PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auk... nak adakan tol plak??????
      Awat ni atas sampai bawah mmg dasar lupa daratan.....

      Delete
    2. Anon 09:11 bkn main bodo la komen kau ni ek. Rizab Selangor berjumlah 3 billion la bingai sedangkan nak buat lebuhraya berpuluh billion ringgit. Kau ni gile ke bodo.

      Kita mempunyai kerajaan pusat yg mempunyai pendapatan yg beratus billion ringgit hasil dr kutipan cukai dr semua rakyat Malaysia dan petroleum. Ms kutip cukai tak ambil kira pulak latar belakang politik rakyat bila tang bg bantuan kpd kerajaan negeri kau berkira plak latar belakang politik.

      Kerajaan pusat kenala mengangkat semangat federalisme dgn mengetepikan perbezaan politik demi kepentingan rakyat. Kemampuan kerajaan Selangor dan Penang hanya terhad kpd rakyatnya. Islam mewajibkan setiap pemimpin berlaku adil. Berdosa jika bersikap zalim dan menindas. Kalau tak mampu berlaku adil jgn jadi kerajaan pemerintah. Pangkat adalah amanah bkn tiket utk mengumpul kekayaan peribadi.

      Ini bkn soal permuafakatan antara parti tetapi melibatkan kepentingan rakyat jelata.nyangnkaunfikir duit duit duit...tak abis2 bingai betul

      Delete
    3. Mmg rakyat kelantan bingai

      Delete
  15. Yang bijak pandai sentiasa cari jalan nak buat sesuatu benda.
    Yang bodoh sentiasa cari alasan tak buat sesuatu benda.
    Yang bangang tak buat satu apa pun benda.
    Yang tak ada akai pulak apa benda orang baut semua tak kena.

    Jadilah salah seorang dari golongan bijak pandai.
    Jadikan blog ni utk contribute idea demi kemakmuran rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1011 yang kebanyakan ko kata ni adalah dari golongan penganut pakaton dh dasar bangang dan bahalol lol dpa ni.

      I like

      Delete
    2. Anon 10:11 ni tak tujukan kpd sesiapa pun. Apa yg die ckp bersifat umum. Apa yg die ckp tu betul la. Manusia ni tiada yg sempurna mmg kena nasihat menasihati tak kira la dr parti mana sekalipun.

      Apa yg jelas pemimpin yg pecah amanah, rasuah, rasis, hina hukum Allah, mengamalkan kronisme, menzalimi rakyat, bongkak, angkuh, salah guna kuasa mmg berdosa besar la. Mmg di akhir zaman pemimpin yg sebegini akan di angkat menjadi pemimpin. Puak2 yg mengangkatnya pula dikira bersubahat la.

      Harus diingat kata2 diatas tidak ditujukan pd mana2 parti.ia bersifat umum yg tidak melanggar syariat Islam. Siapa mkn cili terasa pedasnya.

      Delete
    3. Dalam puak pakaton banyak tu kaki penipu kebas bini orang macam2 ada

      Delete
  16. Kesimpulannye..BN yg tekan majorti Islam kelantan. Period.K

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak pakaton ni mmg banyak yg datang bulan

      Delete
  17. Anon 10:10, baca balik yg Anon 10:11 tulis...
    Isunya kerajaan pusat lepas tangan. Kerajaan Kelantan xde duit. Macam mana nak buat hi way?
    Contribute idea kalau pandai.... ni tujuan bloq pro PR ditubuhkan. Bukan nak samatarafkan diri kita dgn macam BN.
    Org PR patut semuanya golongan bijak pandai yang kreatif mencari jalan nak makmurkan rakyat.

    Prof bagi komen utk kebaikan PR supaya lebih hebat di dalam menangani masalah rakyat. Itu pun org PR boleh marah. Patutnya sama sama contribute idea supaya projek ni berjatya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penganut2 pr ni mmg bahalol tolol lolx dak idea otak kaldai.yang dpa tau bangkang jer.bangkang dari longkang

      Delete
    2. Anon11:33 mmg itula maksud anon10:10. Kerajaan pusat lepas tgn tak nak bertanggungjwb.

      Kpd anon 13:55 kalo nak berhujah dgn caci maki tanpa ada input yg berguna tak pyh menyemakla dlm blog ni. Bazir masa. Lebih kesian org ckp kau bodo sbb ckp yg bkn2.

      Delete
    3. Anon11:33 kerajaan kelantan mempunyai sumber bumi yg byk. Kena kreatif dan menerima idea baru. Kalo tak tahu boleh meminta pendapat dr kerajaan Selangor dan Penang. Kerajaan kelantan kena berdikari dan belajar memperbaiki diri.

      Projek dah ada cuma perlu digilap supaya mendtgkan hasil. Pemimpin yg bagus dan mempunyai idea diaorg tolak mcm Husam Musa. Itu yg agak kite kesalkan. Projek2 itu adalah idea dr die.

      Kemampuan kewangan kerajaan selangor dan penang terhad kpd rakyat mereka. Mereka ada program kebajikan mereka sendiri.

      Kerajaan Kelantan tidak boleh sentiasa mengharapkan bantuan aje kena pandai cr sumber pendapatan. Boleh minta pendapat dan pandangan dr rakan2 pakatan. Kita jgn jadi mcm BN bg duit je depa tau. Kena bg ilmu supaya barisan kepimpinan kelantan dpt manfaatnya.

      Sekarang zaman pemerintahan yg kreatif dan idea yg bernas. Bkn pemerintahan tradisi. Sepatutnya Husam Musa dilantik menjadi exco krn beliau mempunyai idea. Yg kita risau ada pemimpin di kelantan yg tidak suka kan idea2 baru. Utk menjadi pemimpin kena seimbang dunia akhirat. Bkn tertumpu kpd akhirat shj. Kita takut barisan kepimpinan kerajaan kelantan ketandusan idea2 baru.

      Delete
    4. Tukar jer ke BN.Dah 22 tahun tidur kat office dan mkn gaji buta jer...

      Delete
  18. Bagus kao org punyer kritikan...tapi macai bn totok tu masih bodoh ler kritik...relak rr bro. Kau org refer tak dgn unit perancang ekonomi kelantan? Kalu belum....jgn merapu...n prof agus tu tukang syarah..jd kije die pun syarah je ler. Dia pun makan gaji gak....jd same ler dgn ape yg die komen tu. Yang nanggung spt MB or PM yg sakit otaknyer broo.

    ReplyDelete
  19. mulakan balik projek kambing dgn gunakan baka yang superior seperti kambing shami dan biri biri chios potensi meraih kejayaan lebih baik.

    ReplyDelete
  20. Asal kritik atau tegur je di tuduh pro BN....bangang betul. X leh ke terima teguran dgn hati dan fikiran terbuka?. Ingat pasni, x yah tegur dah kerajaan negeri Kelantan nih, bior lantak dorang bersama-sama pencacai2...kena sgt slogan PAS ganti UMNO...dua2 xleh terima kritikan dan teguran...maksum la sgt...piraahhh

    ReplyDelete
  21. Teguran mmg baik.Tetapi wajib berlaku adil.Kenapa ta tanya apa BN selama ini selepas berkuasa 56 tahun.

    Selepas 100 hari PR13 apa UMNO dah buat utk Melayu yang majoriti miskin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup dlm gua tak keluar keluar agaknya ko ni...ada internet acess ler pulak dlm gua tu..pelik bin ajaib bila ko tanya soalan ni.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...