KESIANNNN!!!!!.. MENITIS AIR MATA OMAK KAU...MAJLIS MAKAN MALAM KUTIP DERMA ANJURAN PKR NEGERI SEMBILANDI LUKUT, PORT DICKSON, MALAM INI GAGAL!!!... DSAI TERPAKSA BERCAKAP DEPAN MAKHLUK HALUS DAN ORANG-ORANG BUNIAN???
Sedih dan pilu sungguh hati Omak kau bila menerima beberapa keping rakaman gambar mengenai satu Majlis Makan Malam Kutip Dana PRU 13 Anjuran PKR Negeri Sembilan, di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan penceramah DSAI.
Sedih bukan kerana tiada sambutan tetapi sedih kerana UMNO di Negeri Sembilan bakal menjadi pembangkang INS'Y ALLAH.. selepas PRU 13 nanti.
Habis semua 300 meja dibeli oleh rakyat yang mengharapkan perubahan dalam sistem pemerintahan negara.
Lagi dicerca, difitnah lagi berduyun-duyun rakyat turun menyokong PR.
Nampak gaya pemimpin-pemimpin UMNO/BN melalui media milik mereka telah membantu perjuangan yang dibawa oleh PR.
Rakyat kini mengambil sikap. Kalau memburukkan PR beerti ianya tidak benar.
Kalau beginilah sokongan dan mood rakyat yang ditunjukkan kepada PR, maka Omak Kau cukup yakin dan benar-benar yakin dan percaya.. INI KALILAH ANWAR PM KE-7 MALAYSIA!!!!!
PAKATAN RAKYAT HARAPAN RAKYAT... DARI RAKYAT DIA DATANG KEPADA RAKYAT DIA MENYUMBANG.