Wednesday 11 June 2014

EDISI APABILA PEMIMPIN BIJAK MENTADBIR NEGERI ... NEGERI SELANGOR MEWUJUDKAN ALAT PENGESAN KIT HALAL BERTEKNOLOGI TINGGI UNTUK MENGESAN BAHAN TIDAK HALAL DALAM MAKANAN DAN MINUMAN.



SHAH ALAM - Kerajaan negeri mengambil langkah bijak dengan mewujudkan alat pengesan Kit Halal berteknologi tinggi yang mampu mengesan bahan tidak halal dalam makanan dalam tempoh singkat bagi mengelakkan pengguna ragu-ragu berhubung status makanan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek itu membabitkan kos sebanyak RM1.3 juta dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan lagi.

“Kita sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat antaranya Nestle bagi membantu hasrat kita merealisasikan Kit Halal ini.

“Kita juga akan melihat semula bagi menentukan perkara itu dapat diterima orang Islam mahupun penganut agama lain,” katanya ketika membentangkan rumusan Majlis Dialog Belanjawan Negeri 2015 di Shah Alam Convention Centre (SACC), semalam.

Negara baru-baru ini digemparkan dengan penemuan DNA babi dalam dua produk coklat Cadbury tetapi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan DNA babi itu tidak terdapat dalam dua produk coklat berkenaan lalu meyakinkan orang ramai yang coklat itu berstatus halal.

Abdul Khalid berkata, langkah ini diambil bagi meyakinkan pengguna atau rakyat dengan logo halal yang sah dan boleh dipercayai.

“Langkah yang kita ambil ini juga boleh elakkan masyarakat dari bersikap ragu-ragu atau waswas dengan makanan yang mereka makan.

“Kita tidak mahulah jenama makanan yang diketahui halal tidak lagi mendapat kepercayaan orang ramai disebabkan ada bahan yang tidak halal di produk makanan itu, jadi bila kita mahu mendapat kepercayaan pengguna, kita sendiri mesti ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Menurutnya lagi, sebagai satu komponen Halal Hub Selangor, kluster inovasi Selangor akan memainkan peranan utama dalam menjayakan kajian dan penyelidikan berteknologi tinggi dalam industri halal.

“Secara tidak langsung, kluster itu akan menjadi pencetus dalam bidang inovasi dan sains kepada Halal Hub Selangor,” katanya.

5 comments:

  1. Haluuuuuuu. ...........

    Fuh.....kencang btul krajaan pr. Nk hrap krajaan pusat bujir yg hram pun jdi hlal. Apa tdak pmimpin umnonngok hri2 dok mlantak hsil hram....ktua lu lak hram jadah...pueee

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak herannya puak puak ni memang suka benda haram, rasuah tu haram, arak tu haram, judi tu haram yg semua ni lah yg mereka paling suka. Kala stakat DNA babi je apa lah sangat...

      Delete
  2. Replies
    1. yang tak poyo kau sorang je
      uwekkkk !!!!

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...