Friday, 31 October 2014
HIMPUNAN "KEADILAN UNTUK SAIFUL" TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA LONCATAN POLITIK UMNO??????
Mungkin ini tidak digemari dan di sangkal beberapa pihak, tetapi setakat usaha untuk melakukan perang saraf dengan kehadiran slogan “Keadilan untuk Saiful” tidak melambangkan kematangan dan kecerdikan dalam menangani isu untuk mendapatkan loncatan sokongan.
Sama ada suka atau pun tidak, asasnya mudah “Keadilan untuk Saiful” akan terus dilabel sebagai anjuran Umno.
Dua slogan yang nampak di gunakan, "Rakyat hakim negara" dan “Keadilan untuk Saiful” adalah antara yang amat menonjol dalam masa perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bezakan antara kedua-dua ini dalam musim perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apa sebenarnya impak dan kesan yang hadir dengan slogan "Rakyat hakim negara" dan “Keadilan untuk Saiful”.
Penafian apa pun – serangan slogan“Keadilan untuk Saiful” tetap akan dikatakan anjuran Umno sementara "Rakyat hakim negara" terang-terang adalah anjuran PKR.
Dalam mengupas kedua-dua kempen ini, "Rakyat hakim negara" – meliputi tuduhan konspirasi, sistem perundangan yang tidak bebas, sistem kepolisan yang tercemar, perang politik serta arahan kempen bukan sahaja untuk mendesak membebaskan Anwar Ibrahim tetapi mahu menonjolkan kepincangan dalam semua sistem – khususnya kepolisan dan kehakiman.
Sementara slogan “Keadilan untuk Saiful” pula mendesak agak Saiful diberi keadilan dengan memenjarakan Anwar Ibrahim.
Mungkin satu desakan agar mahkamah memberi keadilan buat Saiful. Akhirnya kedua-dua kempen seolah-olah mendesak mahkamah membuat keputusan mengikuti kehendak masing-masing.
Penelitian harus di buat dalam melihat kedua-dua bentuk kempen yang dikatakan memberi loncatan kepada kedua-dua parti politik tersebut.
Kempen yang dilakukan penyokong dan pendokong PKR bukan sahaja meliputi desakan Anwar di bebaskan tetapi dalam masa yang sama – menonjolkan tuduhan besar perlanggaran dasar pemerintahan negara dan kempen untuk terus mendapatkan sokongan dengan tuduhan sistem penting negara ini dicabuli BN dan Umno.
Dalam isu perbicaraan Anwar Ibrahim ini, kesempatan diambil untuk menunjukkan kerakusan kerajaan Barisan Nasional dalam isu Anwar Ibrahim sehingga memanipulasi asas kehakiman dan kepolisan.
“Keadilan untuk Saiful” – sungguhpun dinafikan BN/Umno terbabit namun ia nya terus dilabel sebagai kempen Umno.
Apa impak slogan ini? Ia mahu menuntut keadilan agar Anwar Ibrahim terus di penjara kerana liwat.
Itu sahaja – yang nampak.
Tidak ada pendalaman slogan ini untuk menunjukkan kepimpinan yang ada di kalangan pembangkang hanya mahu menentukan kuasa – sistem pentadbiran yang seadanya baik dan perlu di bersihkan dari fitnah dan tohmahan campur tangan dan manipulasi sistem kehakiman dan polis.
Apa yang ada ialah slogan pengesahan "Saiful diliwat" – itu sahaja.
Mereka yang menganjurkan “Keadilan untuk Saiful” sebenarnya tidak memandang impak negatif yang di terbitkan pada Umno.
Mereka sekadar mahu melakukan sesuatu bagi menunjukkan mereka anti Anwar Ibrahim dan percaya Anwar Ibrahim adalah peliwat.
Mereka yang menganjurkan tidak menyemarakkan tentangan terhadap tuduhan besar pembangkang mengenai demokrasi dan campur tangan politik parti Umno dalam sistem kehakiman dan polis.
Mereka hanya menyokong Saiful yang dikatakan di rogol secara luar tabii.
Melihat kedua-dua ini kita dapati sedikit sebanyak bagaimana kedua-dua corak kempen musim perbicaraan Anwar Ibrahim memberi impak kepada kedua-dua parti politik tersebut.
Kalau di simpulkan, satu memberi tekanan serta mencampakkan tuduhan sistem keadilan yang ada di robek pemerintahan yang ganas mempertahankan kuasa dan satu lagi menyatakan Saiful di liwat dan harus diberikan keadilan kepada beliau.
Andai kedua-dua ini dikatakan sebagai kempen PKR dan kempen Umno maka hakikat kempen Umno lemah dalam membawa isu liwat ini sebagai sandaran menewaskan arus besar pembangkang yang sudah mula merebak.
Teliti sendiri dan tanya pada diri sendiri – adalah “Keadilan untuk Saiful” memberi impak besar menolak serangan pembangkang dalam persoalan demokrasi, kebebasan badan kehakiman dan menolak kerajaan yang korup.
Malah semakin ramai yang belum berparti yang menuduh “Keadilan untuk Saiful” sebagai kempen Umno dan ini tidak memberi kesan kepada loncatan politik BN/Umno sendiri.
Cuit minda tanya akal waras.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Hari hari cerita Mee Kari Sodo-Mee. Boring siollll.
ReplyDeleteIsu Mee Kari Sodo-Mee aku dah malas nak layan. Yang difitnah tetap mezalimi orang lain seperti TSKI, Che Gu Bard, Saifuddin dan rakan2 dari PAS. Yang menfitnah pun jahat.
ReplyDeleteAlang2 aku dah boikot semua urusan mengenai Clan Segam-Boot. Bukan aku saja, bersepah ahli PKR yg lain beranggapan yang sama. Kampung Chubadak, Getah Murah, Anak yatim, Rakyat Marhaen tidak diambil port oleh Golongan Pakar dalam PKR. Balik2 Justice for Segambut.
Kalau buat sesi mai jengok rakyat marhaen, aku pi lahhh. Buat sesi Clan Mahligai Segam-Boot sori la. Padan muka bukan saja PAS tak port, DAP pun malehh nak ambil peduli la. Ahli bawahan macam kami lagi la, buang bateri jer layan Papa Segam_Boot.
Sudahlah Gang2 Kajang Move Kamu boleh lompat dalam parit Sama Clan Segambut dgn labu labunya.
Caisss, Ninda Segam-Boot lagi selesa pergi program touch d Anjing dari melawat surau PPRT Pantai yang agak daif.
Blaaaah la kamu semua.
Selagi orang-orang munafik memerintah negara selagi itulah negara akan dipenuhi dengan ketidakadilan dan kezaliman.
ReplyDeleteWahai Rakyat Malaysia. INSAFLAH.................Jangan jadi bodoh lagi.......
Cukuplah anda dibodohkan selama 57 tahun.
Ds anwar memanglah musuh politik umno dan bn (dulu kawan tiada yg betul2 musuh dan betul2 kawan dlm politik) tetapi umno berpolitik dan memerintah negara selama dah hampir 60 tahun tidak pernah umno tumbangkan musuh politiknya dengan pm memanjarakan atau mengarahkan pembunuhan terhadap seteru politinya seperti di sesetangah negara yg pemimpinnya dah terlalu lama berkuasa contoh libya,syria,filipin dn banyak lg tapi ini tidak pernah berlaku di negara kita, kita amal demokrasi setiap 5 tahun rakyat bebas nk pilih kerajaan..apa yg berlaku kepada ds anwar adalah salah laku pribadi yg diwartakan persekutuan (masuk selangor,kelantan dan penang) sebagai menyelahi undang2 dan sekiranya ada aduan dan bukti pertuduhan di mahkamah (untuk keadilan) mesti dibuat..oleh kerana ds anwar ada salah laku pribadi (blm dibuktikan dimahkmah untk kes ke-2 ini tapi yg pertama mahkmah dah jatuh hukum) dan kebtulan dia orang politik dan musuh politik kerajaan yg memerintah maka dengan gempitanta dilaung jeritkan oleh para macai macai setengah suku konon ds anwar sengaja dienaya kerajaan khauanya umno..dengan terpenjaranya ds anwar (kalau mahkmah dapati dia salah) tidak bermakna kelebihan kepada umno dan bn malahan boleh menjadi kelebihan amat besar kepada macai maci pencacai untuk jaja cerita fitnah konon ds anwar sengaja dienaya kerajaan umno bn..rakyat malaysia negara kita tercinta bukan buta dan bodoh memanjang kalaulah selama ini kerajaan curang kepada rakyat mengapa sehingga kita tengah taip komen2 dlm blog ini umno dan bn masih rakyat pilih untuk jadi kerajaan..mengapa,sebab umno bn tipu sila bawa bukti yg betul jngan cakap saja sila tempah airasia untuk bawa mat2 bangla yg beribu ..........
Deleterrrrrrriiiiibuuuuuu tu buat aduan kalau tak yakin dengan polis kita sila mengadu p UN atau ICJ ker jangan cakap saja .sekali lg ds anwar dituduh di mahkmah bukan atas sebab umno bn nak tapi dah tuan punya batang tubuh sendiri yg p dok chagi penyakit.
tak payah nak cite panjanh lebar.
Delete. rakyat dah bosan dgn pemimpin yg ada... yg ada pun tak reti nak memimpin..
Kekuatan BN blue = bontot sepol
ReplyDeleteSemua salah anwar bin ibrahim......sedap bejubo org lain yg difitnah.....ksntoi bejubo org lain yg disalahkan.....mesia maju wawasan 2020 makin cepat tercapai....talibarut yahudi perosak ekonomi mesia dah hancur.....simpan saja barang buruk di sg buloh....
ReplyDelete11:02 kerajaan guna penasihat Apco jahudi ko tak sedar.gampang betul ko..
ReplyDelete11.02 bodo mcm pungkok saipol.. sampai tak tahu apa
ReplyDeleteTeringat tarian pungkuq, sembelih ayam , kek tahi dan ceroboh dewan dun.apa ingat orang bodo cam derang..
ReplyDeleteYang demo pakturot dan perkatak hari tu lagu apa...pakturot lagu bangla...perkatak masok kain bini...kah..kah...kah..
Delete