Wednesday 15 October 2014

AHLI PARLIMEN DAP, TONY PUA, TUDUH ADIK KEPADA MENTERI PERTAHANAN MENDAPAT MENCETAK LABEL KESELAMATAN ROKOK DAN MINUMAN KERAS BERNILAI RM77 JUTA SECARA DI RAGUI.



DAP hari ini mempersoalkan kewajaran adik kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras bernilai RM77 juta.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan samada syarikat milik Datuk Haris Onn, Lembah Sari Sdn Bhd, menawarkan harga paling rendah sehingga berjaya menerima kontrak berkenaan.

"Adakah syarikat ini sahaja yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, atau adakah mereka sahaja yang menawarkan kontrak yang paling rendah," soal Pua pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Laporan akhbar perniagaan The Edge pada 12 September berkata, Lembah Sari yang menjalankan perniagaan dakwat keselamatan mengambil alih konsesi percetakan label keselamatan daripada Kod Efisien Sdn Bhd pada 2006.

Kod Efisien menerima konsesi berkenaan pada 2003 daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Bagaimanapun tidak pasti bagaimana kontrak itu berubah tangan namun diserahkan kepada Lembah Sari, menimbulkan persoalan bagaimana konsesi dianugerahkan kerajaan," kata Pua memetik laporan The Edge.

Beliau yakin penggunaan label keselamatan itu tidak berkesan mengekang kegiatan penyeludupan.

Pua mencadangkan kerajaan menggunakan dana sedia ada bagi mencari alternatif lain kepada penyelesaian isu penyeludupan itu.

“Mengikut laporan yang diterbit pada Julai tahun lalu, kerajaan rugi RM1 bilion setiap tahun atas sebab penyeludupan rokok.

“Ini jelas menunjukkan penggunaan label ini meningkatkan kos dan memberi keuntungan kepada syarikat tetapi tidak dapat mencegah penyeludupan rokok di negara kita.

“Adalah lebih baik kerajaan menumpukan dana mereka mencari langkah-langkah lain mencegah masalah rumit ini supaya pendapatan kerajaan dapat ditingkatkan tanpa beban diagihkan kepada orang ramai,” katanya.

7 comments:

  1. senang saja anak orang besar2 dapat duit belanja , rakyat papa kedana.

    budak benggap pun tak apa , asal anak orang besar2.

    yang joli sakan sikit , yang merempat jutaan.

    tradisi ketam bakul bijak apa.

    ReplyDelete
  2. Thats how BNman became businessman.

    ReplyDelete
  3. Salam 1rasuah,

    Lepas tu sub kepada cina. Melayu makan atas angin walaupun sedikit. Cina kaut untung lebih besar.

    Melayu dan shortcut berpisah tiada. Mereka tidak percaya kepada usaha keras seperti kaum cina. Sebab itu cina, Pakistan, Indonesia, Myanmar yang baru datang pun boleh kaya dari mereka. Manakala mereka asyik salahkan orang walhal mereka malas dan bodoh.

    Dalam pendidikan mereka nak shortcut, SPM tak mahu score mahu terus ambil degree, sudah dapat ambil degree pakai kuota, tak mahu belajar bersungguh sungguh pula. Attendance minta kawan tanda, assignment buat last minute atau copy paste atau upah orang buat. Malas belajar, ramai ramai datang jumpa lecturer kow tim.

    Nak cari kerja mereka malas bersaing mereka nak shortcut. Pakai cable, saudara mara. Masuk cara zalim dengan rampas tempat orang masuk secara adil. Bila ditanya tipu cakap rezeki walhal cable. Berani fitnah Allah cakap itu rezeki.

    Dalam berniaga mereka nak shortcut. Masuk kerja kerajaan tapi buat bisnes luar maka tak fokus pada kerja, selalu hilang. Suka melabur skim piramid atau jadi ahli untuk paksa beli. Jual ayat Quran dan sunnah oleh kerana madu ada dalam quran maka di kapak habis habis walhal harga madu dan minyak zaitun di giant berapa ja. Letak tanda rm20 bila customer pegang dan tanya terus di up harganya, ini 25 yang lain 20, yang atas promosi yang bawah tak. Dasar penipu!

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
  4. Bengap pun boleh jd pm sbb bapak dia pm...asal pakai songkok je panggil ustaz..pakai kopiah je panggil haji heee

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Kontrak keluaran kerajaan pasti kroni2 yg dapat dan cost kenaikan rakyat yg dapat. Kerajaan malaysia memang adil dan bijak malah islam pun boleh mengalakkan jualan arak sebab kroni itu melayu islam bukan?? Kenapa tak bagi kontrak pada cina ke iban ke??? Semua kerana tamak dan wang apa sj boleh. Jadi sy tak setuju negara malaysia ini negara islam sebab lebih pada melayu bukanya islam, jadi jgn libatkan islam pada negara ini.

    ReplyDelete
  6. Sungguh pelek dengan DAP ini. Dia mempertikaikan sesuatu yang dia sendiri tidak mengetahui. .......
    "samada syarikat milik Datuk Haris Onn, Lembah Sari Sdn Bhd, menawarkan harga paling rendah sehingga berjaya menerima kontrak berkenaan"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mabuk carlsberg tak habis lagi ler tu.cer simata sepet yg dapat,siap cover lg.pundek ler dap nie.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...