Friday, 31 October 2014
PIHAK UNIVERSITI MALAYA SAHUT CABARAN PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA (PMUM)
Universiti Malaya (UM) hari ini telah mengenal pasti sembilan pelajarnya yang disyaki menghadiri perhimpunan sempena pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan pada 27 Oktober lepas di Dataran Dewan Tunku Canselor.
Ketua Unit Media dan Korporat UM Izzad Zalman Abd Kader berkata, antara sembilan pelajar itu termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol.
Menurutnya, UM telah mengenal pasti Fahmi di dalam perhimpunan itu dan dia berada di barisan hadapan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Fahmi merupakan pelajar tahun akhir daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dia bersama lapan mahasiswa yang lain akan dibawa ke Lembaga Tatatertib dalam masa terdekat berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jelasnya, jumlah sebenar bilangan pelajar UM yang didapati terlibat belum dapat dipastikan namun rakaman CCTV itu telah dikongsi bersama institusi pengajian yang lain untuk proses pengecaman.
"Pelajar UM yang dikenal pasti akan disiasat oleh UM sendiri manakala selebihnya oleh institusi terlibat," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata suspek yang terlibat dalam perhimpunan itu kini sedang dikenal pasti berdasarkan bukti rakaman CCTV serta video.
Dalam perhimpunan pada 27 Oktober lepas, kira-kira 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) merempuh masuk pintu pagar UM pada jam 9.20 malam untuk acara pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor.
Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti.
Sebelum ini dia pernah membuat cabaran terbuka agar pihak Universiti Malaya ambil tindakan pecat dirinya jika UM berani memiliki tulang belakang.
Diperturunkan kata-kata cabaran beliau.
Dalam usaha memulakan fasa baru "reformasi" di kalangan belia di negara ini, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol kini menghadapi ancaman penggantungan dan dalam jangka masa panjang, menurut jejak langkah aktivis belia Safwan Anang dan Adam Adli Abd Halim yang disabitkan hukuman penjara.
Tetapi pelajar berusia 23 tahun dan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu tidak terpengaruh dengan ancaman universiti dan kemungkinan penjara, jika itu adalah apa yang diperlukan untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya.
"Jika mereka mahu buang saya, teruskan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku di universiti dan Malaysia," kata Fahmi kepada The Malaysia Insider.
"Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil.
"Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik."
Fahmi merupakan generasi pelajar yang dibimbing secara langsung oleh ahli akademik yang terbaik di negara ini yang tidak berpuas hati dengan sikap masyarakat dan kerajaan yang memerintah.
Pelajar tahun akhir Pentadbiran dan Keadilan Sosial itu katanya diinspirasi oleh profesor, pensyarah dan rakan pelajarnya untuk menyahut cabaran mengetuai gerakan mahasiswa untuk membawa perubahan.
"Sebagai pelajar kita perlu membuat pengorbanan ini, sama ada kita suka atau tidak, kerana Malaysia perlukan perubahan. Kerajaan tidak patut memperlekeh pengaruh mahasiswa.
"Lihat sahaja Umbrella Revolution di Hong Kong dan reformasi di Indonesia. Ia bermula dengan pelajar," kata Fahmi.
Pemimpin pelajar itu kini bermasalah dengan pentadbiran universiti kerana menjemput ketua pembangkang dan alumni UM Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus untuk berucap pada malam rayuan kes liwat beliau.
Program yang bertajuk "40 tahun dari UM ke Penjara" diumumkan haram oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Profesor Datuk Dr Rohana Yusof, kerana akan "merosakkan imej" universiti.
Namun Majlis Perwakilan Pelajar UM yang diketuai Fahmi bukan sahaja ingin meneruskan dengan program tersebut, tetapi juga menggunakannya sebagai platform untuk memulakan gelombang "reformasi" kedua – seruan pembaharuan yang pernah dibuat Anwar selepas dipecat dari Kabinet.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
at least dia ni lebih handal dari AMK dalam menggerak orang datang. pihak berkuasa buatlah kerja lain yg lebih critical. ke tak tau nak buat kerja lain?kerja tangkap budak budak kan senang untuk bagi nampak rajin
ReplyDeleteKELENTIT mak hang laa
DeleteBagi dia tugasan akhir untuk.menulis sebuah buku setebal 3000 muka surat yg bertajuk "40 tahun dari um ke penjara" untuk buat kajian dan pembuktian dakwaannya dan kena siapkan dalam masa 6 bulan untuk syarat agar dia tak perlu dibuang.
ReplyDeleteKELENTIT mak hang laa
DeletePungkoq hang la budak kanyaq. Muda2 dah jadi pembodek Segam-Boot Clan. Kalau Hero pergi la pertahankan Kg Chubadak, Felda dan Penoreh getah di Selama. Muda2 lagi dah kipas, bila dah tua skit jadi Mamat strategi kaki goreng.
ReplyDeleteWoii budak hingus. Pemuda2 PAS, Gerak Amal dan lain2 buat kerja tolong orang susah tak cari publisiti pun.
Sorry to say la, orang macam kau ni lah yang merosakkan perjuangan reformasi.
Ptuiiiiii ludah muka lu. Menyusahkan Mak dan Bapak saja kerana mau perhatian Papa Segambut.
Yang Benar
Boy Ulu Yam
Reformist Tulin
Kalau benar-benar pejuang yg nendokong parti islam rasanya malu nak mencarut
DeleteReformist tulin pungkok saiful... id guna anon.. 4000x berani fahmi zainol.. helo 08.38 balik menoreh lagi bagus.. kalau tinggal dlm penjara mau nangis.. pondan2 yg tinggal dlm penjara tu lagi berani dari .... tulin = palsu ( pondan) khhhakkkkk tuihhhhhh
DeleteKalau nak megah dengan title, itu bukan seorang pejuang islam. Kehidupan orang yg berjuang untuk ugama tidak bermegah dgn gelaran.
DeleteKELENTIT mak hang laa boy
DeleteIbrahim Ali in the making
ReplyDeleteFahmi ni ada otak dprp AMK - Angkatan Muda Ketum
ReplyDeleteBoy gombak/ boy ulu yam...
ReplyDeleteko jilat KELENTIT emak ko lagi baik la boy..
mak ko kan ameno
Mak ko (Anonymous) xder "KELENTIT" ke nk jilat... Khkhkhkh
ReplyDelete