Thursday 16 October 2014

ADAKAH KERANA BERJAYA MENGHASILKAN 9 GRADUAN PhD SETAHUN DIBAWAH PENYELIAANNYA, MAKA PROFESOR DATUK DR MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN DIPECAT DARI JAWATAN PENGARAH UMCEDEL DAN DEKAN FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA?????



Bekas Pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman mencatat sejarah tersendiri dalam pendidikan negara apabila 9 calon di bawah penyeliaannya berjaya menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam majlis konvokesyen UM baru-baru ini.

Difahamkan, jumlah itu merupakan yang terbesar pernah dicapai seorang pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial sejak ditubuhkan pada 1959.

Menurut senarai nama yang dicatatkan dalam buku Istiadat Konvokesyen 2014 UM, keseluruhannya terdapat 33 penerima PhD dari fakulti itu pada majlis yang diadakan Isnin lepas.

Ijazah PhD itu disampaikan Canselor UM Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah.

Empat daripada 9 graduan PhD itu dari luar negara iaitu Indonesia, Mali, Iran dan Yaman manakala 5 lagi pelajar Malaysia.

Mereka ialah Mohamed Ali Haniffa (Malaysia), Mehdi Soltanzadeh (Iran), Salwa Ahmed Qasem Dammag (Yaman), Abu Hanifah Haris (Malaysia), Chaibo Fodie Makan Drame (Mali), Hasanudin Daud (Malaysia), Nur Atikah Tang Abdullah (Malaysia), Jazilus Sakhok (Indonesia) dan Jamal Hamil (Malaysia).

Hanifah mencatatkan sejarah yang tersendiri sebagai calon PhD di bawah penyeliaan Redzuan yang paling cemerlang apabila berjaya menyiapkan PhD dalam masa dua tahun setengah melalui program 'fast track', iaitu membuat PhD di bawah Skim Bright Spark dalam tempoh kurang tiga tahun.

Bagi program ini, calon cemerlang di peringkat ijazah pertama boleh membuat PhD tanpa melalui peringkat Ijazah Sarjana.

Mereka yang mendapat PhD di bawah penyeliaan Redzuan ini adalah dari Jabatan Sejarah serta Jabatan Antropologi dan Sosiologi.

"Biasanya seorang profesor atau pensyarah paling ramai mampu menghasilkan 2 atau 3 graduan PhD setahun.

"Namun dalam kes Redzuan ini, satu pencapaian luar biasa apabila berjaya mengeluarkan 9 calon PhD dan menerima ijazah mereka serentak tahun ini.

"Lebih-lebih lagi dengan kesibukan tugas beliau sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan Pengarah UMcedel," kata satu sumber dari Fakulti Sastera universiti itu.

Pada tahun ini juga, Redzuan merupakan penerima Anugerah Khidmat Cemerlang UM selama 13 tahun berturut-turut sejak 2001 dan penerima Anugerah Perkhidmatan Setia kerana berkhidmat selama 30 tahun dengan UM.

Beliau sebelum ini tidak disambung khidmatnya sebagai dekan fakulti itu, walaupun mendapat sokongan undi lebih 80% kakitangan akademik fakulti itu yang mahu beliau mengekalkan jawatan.

Pihak UM enggan secara telus mendedahkan undi yang beliau peroleh dan menjadikan tarikh persaraannya tahun depan alasan perkhidmatan beliau sebagai dekan tidak disambung.

"Menariknya, terdapat mereka yang sudah bersara dilantik memegang jawatan pentadbiran, termasuk sebagai ketua jabatan," menurut sumber itu lagi.

Pada Mac lalu, Redzuan ditamatkan jawatannya sebagai pengarah UMcedel selepas tekanan politik ke atas pentadbiran universiti itu.

Perkara ini turut didedahkan Tan Sri Ghauth Jasmon, bekas naib canselor UM yang pernah menerima tekanan sama semasa menjawat jawatan tertinggi di universiti tertua di Malaysia ini.

UM menerima tekanan ini susulan kajian yang dibuat UMcedel didapati tidak memihak kepada parti memerintah, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dan Pilihan Raya Kecil Kajang, walaupun kajian yang dilakukan ini dari sudut akademik diakui kewibawaannya dan boleh dipertanggungjawabkan.

Redzuan dalam kenyataannya awal Julai lalu berkata, jawatan beliau sebagai pengarah UMcedel tidak disambung walaupun kontraknya akan tamat hujung tahun ini.

Redzuan berkata, beliau menerima surat pelantikan sebagai pengarah UMcedel pada 28 Disember, 2013 bagi tempoh 2 Januari, 2014 hingga 31 Disember, 2014.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

7 comments:

  1. Mana Rafizi??????
    Apasal kau tak tolong perjuangkan Prof ni

    Mana Anthony Loke mana Tony Pua, apasal kau tak tolong perjuangkan Prof ni???
    Adakah sebab dia tak sama kaler dgn korang???


    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa saya belaja tahap gagal SPM. Tengok mentaliti kamu pun dah tahu

      Delete
  2. Jgn fanatikus brader. Kalau YB tak tolong rakyat Marhaen, Parti mana pun perlu perlu kena maki tak kisahlah BN, PKR, DAP atau Golkar

    Apasal Nik Nadzmi tak bawak2 budak2 langai PKR. Yang admin post article yang tunjuk perasaan justice for Mat Matang

    DAP+PKR = Pro Okoberfest+ Pro Kongkang Move.
    Lebih dari dua jawapannya satu
    Bodek BiniBoss untuk dilantik sebagai MB
    Pecat orang amanah
    Pecat orang buat kerja macam CheGu Bard
    Nak pecat ahli yg sebut Nepotisme macam kat perhimpunan PKR

    Kalau lu semua buta lagi, sila letak air embun dimata anda

    APA KA BULLSHIT INI SEMUA. KALAU KAMU PERCAYA KAMU MUNGKIN:

    Sila Pilh Jawapan (Sila pilih mana2 anda mau)
    A. Orang Bodoh
    B. Fanatikus
    C. Pembodek

    ReplyDelete
  3. Aku percaya jika zaman TSKI dulu, Prof akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Nak harap Nik Nadzmi, Rafizi, Nuar Sadat apa dia tau pasal rakyat marhaen. Otak terputar2 pasal Kajang Move mau pecat orang2 baik macam Che Gu Bard dan TSKI.

    Ada depa ambil tau pasal Maahad Tahfidz dekat Permatang Pauh? Ada depa peduli dekat anak yatim kat Cheras?

    At least TSKI peduli pasal Anak2 yatim dan Sekolah Agama Rakyat. TSKI sudah jadi sejarah, tapi cuba ikut benda2 yang baik dia buat.

    Ada Rafizi perjuangkan pasal kupon makanan dekat sekolah bagi budak miskin?
    Tak der kan

    Kalau macam tu tak payah mimpi kat Putrajaya. Jgnkan dapat Federal, Nak jadi pembangkang berhemah pun tak layak.

    Elaun YB2 bukan untuk beli cendol dan pesemboq tau.

    Aku simple, aku vote orang mana yg kasih kpd rakyat miskin. Tak kisah parti manan tapi at individual level. Kalau Nik Aziz, Che Gu Bard, Shahril Samad and the likes no prob I vote for you.

    Untuk Paria2 politik (Tak kisah parti mana) aku hanya mau cakap, my foot lahhh aku nak sokong korang.

    ReplyDelete
  4. Di Melesia orang pandai dan cemerlang tak diperlukan contohnya Dato hassan Marican bekas pengerusi Petronas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm PKR pun !!!!!!!! Macam mana TSKI dan CHe Gu Bard dipecat

      Delete
  5. Ni Sumer Poyo...16 October 2014 at 11:24

    haktuihhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...