Thursday, 30 October 2014
AKHIRNYA TEMBELANG PECAH JUA ... PEMIMPIN MAHASISWA YANG DI JULANG DSAI AKUI SECARA TERBUKA DIA PRO TOTOK MAHATHIR
Walaupun dijulang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “harapan anak bangsa”, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata beliau bukan penyokong pembangkang.
Sebaliknya, kata mahasiswa 22 tahun itu, beliau menjadikan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai inspirasi.
“Saya suka dengan pemikiran atau pun pandangan Tun Mahathir,” kata Fahmi.
Beliau mengakui menggemari pemikiran pandang ke hadapan dan cara Mahathir menjatuhkan Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri.
“Saya suka bagaimana beliau buat pandangan hadapan, pembacaan beliau yang mendalam, strategik beliau bagaimana beliau menjatuhkan Anwar,” ujar Fahmi.
Beliau juga berkata strategi Mahathir menjatuhkan Anwar itu boleh digunakan dan dipelajari.
“Mungkin strategi itu boleh digunakan. Bagaimana liciknya (Mahathir), mungkin kemahirannya kita perlu belajar, perlu diambil, jadi saya meminatinya,” kata Fahmi sambil tersenyum.
Menurut mahasiswa semester akhir Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya itu, meskipun ramai tidak bersetuju dengan Mahathir, beliau mengagumi cara mantan perdana menteri itu berfikir dan mencorak Malaysia.
Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam, Fahmi mengakui beliau meminati biografi Mahathir Doktor Umum.
Buku itu, katanya merakamnya kenapa Mahathir lebih bijak daripada Anwar dalam percaturan politik, yang menyebabkan beliau lebih tertarik dengan pemikiran Mahathir.
“Bukan saya nak kata saya bukan pro-Anwar Ibrahim, tetapi saya lebih minat dengan teknik atau kemahiran Tun Mahathir,” katanya.
Fahmi Zainol 27 Oktober lalu mencuri perhatian kerana menganjurkan pidato "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” yang menampil Anwar sebagai penyampai utama.
Beliau kini berdepan dengan kemungkinan disingkirkan universiti kerana tidak mendapat kebenaran UM.
Malah, dalam kejadian malam Isnin lalu, 2,000 hadirin, termasuk kumpulan mahasiswa, merempuh pintu pagar utama UM
Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengakhiri pidatonya mengangkat tangan Fahmi dan menggelarkannya sebagai “harapan anak bangsa".
ULASAN OMAK KAU:-
Semalam telah Omak dedahkan betapa pemimpin mahasiswa ini tidak boleh dipercayai akan sokongannya sebab sebelum ini pernah mencaci cerca DSAI dengan pelbagai labelan dan ayat semasa Langkah Kajang ... antaranya badut, gila kuasa, gila nama, gila pangkat dan tumpang populariti orang lain untuk naik... dhasutnya rakyat supaya DSAI tumbang di Kajang.
Sebab itu kena berwaspada dan bersifat cemburu dengan sokongan yang diberikan sebab akan muncul niat dan hasrat songsang.
Apabila Omak dedahkan maka melenting kalut beberapa pentaksub totok DSAI kononnya Omak ini duri dalam daging dan gunting dalam lipatan. walhal Omak memberitahukan kebenaran dan kenyataan berdasarkan kepada fakta bukan auta, kenyataan bukan rekaan dan realiti bukan emosi dan ilusi.
Sebab itu kita perlu berpolitik secara matang .. berpolitik secara realiti jangan asyik dilamun mimpi .. menerima kenyataan bukannya bersifat sindrom nafi.
Nah!!! sekarang apa nak cakap lagi ... masih nak maki hamun Omak????
Bangkitlah dari lamunan mimpi jika misi dan visi tawan Putrajaya mau dijadikan realiti... bersifat jiwa terbuka dengan mengutip segala informasi yang sonsang dengan jiwa dan kemahuan agar dijadikan teladan dan iktibar untuk memperkukuhkan parti bukannya asyik kerja cerca, caci, carut, maki hanum dengan kata-kata kesat dan keji.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Budak umo baru 27 dah trntu macam lalang lakunya.
ReplyDeleteKira niI semua lakonan. Kah kah kah Wehhhh Mat Matang u r not wanted anymore. Pencen jer Lah. Mama kipas remote control pun kena bersara. Kamu tu paper lama. Cerita banyak takder value. Anak kamu tu pun tak payahla jadi wakil rakyat lepas ni. Baik bukak kedai Pet Shop. Yelahhh mangkok pergi programme touch d dog. Kalau pi programme Anak Yatim lagi baguihhh. Aku pun respect.
ReplyDeleteSilap2 yang 500 orang berkumpul tu kutip kat Pudu Raya. Kah Kah Kah
Our hope is with Azmin Ali. Seorang reformist tulin. Nepotism perlu dinyah Dari PKR. Inshaallah kita berharap bawah Azmin nepotism DLM PKR akan dihapuskan
Petikan Malaysian Today yang agak Pro PR
Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), Fahmi Zainol bertindak secara bebas tanpa persetujuan daripada mana-mana daripada 43 orang anggota dewan yang lain.
Pengerusi Kolej Kediaman dan Luar Kampus, Mohd Faridzuan Karim berkata, program pidato Anwar tersebut tidak pernah dibincangkan secara bersama MPPUM yang lain dan pihaknya berasa terabai serta tidak dipedulikan olehnya.
“Fahmi menggunakan kuasa sebagai YDP (Presiden) untuk membuat keputusan satu pihak untuk meneruskan program yang tidak pernah dipersetujui oleh MPP yang lain.
Mohd Faridzuan menambah, MPPUM turut menentang tindakan Fahmi yang membawa Anwar ke kampus.
Beliau turut mendedahkan bahawa kebanyakan pelajar yang hadir adalah bukan daripada pelajar UM tetapi dari luar.
Hidup Reformist, Clan Segambut dan Gang Kajang Move Belahhhhh. Ahli parti dan rakyat membenci kamu
ReplyDeleteAyoooo ini jam bang non lagi teruk kena main.....kah kah kah....apa kah aku sempati dengan bbrother anwar bin ibrahim dan keluarga dia........haaaaktuuiii nk berkahak jappp.....
ReplyDeletedie bukan sokong tun mahathir... die perli je.. klu die sokong mahathir, die tak kan kate die suka cara mahathir jatuhkan anuar masa jadi TPM.. heading ko ni, mcam good2 je.. SENGAL
ReplyDeletepatut le, budak sosial sain. Ingatkan budak medic ke.budak law ke atau budak engineering.
ReplyDeletePatutlah dia melalak dan menyalak tak tentu pangkal hujong. Nak promote diri rupanya.
Ye lah. Sekarang kan bersepah budak sosial sain kat tepi jalan tak ada kerja
So kenalah melalak. Sekejap sana sekejap sini.
mana lah tau lepas ini azmin akqn letal kat mana mana GLC diselangor. Atau najib akan ambil dia ,macam siful dulu.
maaf ya budak budak sosial sain. Jadi jadi macam badot ini.
Tetapkan halatuju perjuangan kamu. Jangan jadi munafik.
dia malu nak kata dia tertarik dan terkasima dgn anuwar yg perjuangkan kebebasan memilih pasangan tanpa sekatan.
ReplyDeleteteknik spin tsb dah basi dan pdrm pun tak termakan provokasi lagi.
penipuan yg sama berulang kai akan memerangkap diri sendiri.
"kebenaran itu pahit, perjuangan itu perit. hanya mereka yg punya jatidiri dan tanggungjawab tak mudah lentur arahtujunya"
Dalam politik.... Apa saja boleh berlaku demi kepentingan orang yang berpolitik.
ReplyDeleteMinat pada Mahathir dan memberi laluan pada Anwar berpidato sebenarnya satu keterbukaan dalam mengimbangi pengaruh pro dan kontra seseorang ahli politik.
Beri peluang pelajar peringkat tertinggi mempelajari selok-belok politik tanah air. Untung sabut timbul...untung batu tenggelam lah ia.
Orang yang takut pada perubahan adalah dikalangan pemimpin UMNO Baru.....kerana mereka diangkat jadi pemimpin dikalangan orang bangang.
Sebenarnya dia sokong mahadir dan juga Khalid Ibrahim.Anwar tahu tapi dia buat macam tak tahu je.Betul Omak kan?
ReplyDelete