Wednesday, 29 October 2014
PENGANALISIS POLITIK MEMBUAT TUDUHAN JAHAT KATA KAK WAN TIDAK LAYAK GANTI ANWAR SEBAB TIDAK LAGI RELEVAN DAN TIDAK MEMPUNYAI KEBOLEHAN MEMIMPIN?????.
SHAH ALAM - Penganalisis politik meramalkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali individu paling layak mengemudi parti itu jika Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan berkata, parti yang diasaskan pada 1999 itu sudah miliki 'nyawa sendiri' meskipun tanpa Anwar.
“Kita tahu Presiden PKR adalah Datuk Seri Wan Azizah, tapi beliau bukanlah pengemudi PKR. Wan Azizah tidak lagi relevan kerana beliau tidak mempunyai kebolehan memimpin. Beban itu akan jatuh ke bahu Azmin yang mengisi posisi timbalan presiden,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jayum yang juga Timbalan Dekan Pengajian Siswazah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, Azmin paling sesuai untuk memimpin PKR meskipun belum memiliki aura seperti Anwar yang dilihat sebagai pengikat dalam gabungan PR.
Bagaimanapun katanya, inilah masa untuk Azmin buktikan kemampuan dan potensi kepada pimpinan PR dan juga rakyat.
"Beliau dinasihatkan menghulur tangan kepada pimpinan tertinggi dalam PKR seperti Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi Ramli dan beberapa lagi. Dengan cara ini, beliau akan memimpin dengan tenang. Dalam masa sama, Azmin perlu pastikan kerjasama dengan Pas dan DAP sentiasa positif,” katanya.
ULASAN OMAK KAU:-
Pandangan penganalisis politik tanah air ini sudah melampau agaknya ... ada ke patut membuat tuduhan macam itu????
Semasa kemelut MB Selangor dulu, alasan PAS tidak mencalonkan Kak Wan kerana alasan tidak memiliki kemampuan sebagai pemimpin sehingga menyebabkan kecuh seketika sehingga berlaku kerenggangan antara PAS/PKR, sampai berlakulah caci cerca maki hamun dengan kata-kata nista lagi kesat dilemparkan kepada TGHA.
Apakah selepas ini penganalisi politik Prof Dr Jayum Jawan akan menerima nasib yang sama??????
Atau analisis ini mempunyai agenda tersorok pihak tertentu dibelakang tabir yang amat mengharapkan agar DSAI masuk penjara maka kepimpinan KeADILan jatuh ketangan Azmin Ali?????
Bagi Omak mudah .. kebolehan dalam berpidato dengan baik dan rajin terjah tempat pembuangan sampah dan tinjau longkang tersumbat bukan ukuran utama seseorang itu mampu mempin jemaah dan organisasi .. ianya memerlukan lebih dari itu .. pertamanya mampu menyatukan parti setelah teruk dilanda krisis .. kedua tidak bersifat dendam kesumat .. ketiga merendah diri .. keempat cekap, dedikasi, ikhlas, bersih dan amanah.
Kalau memilih tempat mandi, pertama telok kedua pantai ketiga perigi ... Nak pilih pemimpin pertama elok kedua pandai ketiga berani.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Kalau nak pilih laki petama bukan mat pet. Kedua bukan taik judi ketiga bukan kaki bentina.
ReplyDeleteTak pa. Annuar buat semua boleh. Tukar hakim pun boleh. Tukar peguam pun tak pa.
DeleteSaiful je tak boleh. Semuanya kena bangkang.
En. Lalala kalau dah cinta apa nak buat? Apa kata Omakkau?
ReplyDeletePandangan bias..azmin boleh memimpin tapi wan azizah sebagai pengasas pkr sebenarnya sangat berpotensi membawa pkr lebih jauh cumanya selama.ini dia dibayangi ds anwar..azmin nasibnya lebihkurang ds anwar time dlm umno dulu cita2 sangat tinggi dan mencantas lawan politinya dengan keras menyebabkan dia ramai musuh pada peringkat yg dia boleh dianggap masih pramatang untuk menjadi traju keadaan ini akan dia sukar mengandalikan parti sekiranya kemudi diserahkan kepadanya.
ReplyDeletePenganalisis politik ni cakap je pandai, suruh dia pulak jd pemimpin tengok ....
ReplyDeleteIni pendapat kangkung dulu naik skrg dah turun kot.kenapa dia tidak buat analisis keturunan elit umngok.mungkin diq ni tidak tahu iman tidak dapat diwarisi.
ReplyDeleteKalau umngok dari anak hingga ke cucu cicit boleh jadi pm, apa masaalahnya kalau orang biasa jadi pemimpin seperti presiden indonesia jokowi.kalau politik jenis berjalan atas karpet merah, susahlah rakyat menanggung selera besar hutang negara.agak2nya kalau umngok tumbang bolehkah semah jadi presiden pati.kalau bias bagus diam2.
ReplyDeletekak jah elok dok rumah...kalau boring gi klinik ja.......rawat orang sakit..
ReplyDeleteTak ade ketokohan tuk jadi ahli politik..
Kalau memilih tempat mandi, pertama telok kedua pantai ketiga perigi ... Nak pilih pemimpin pertama elok kedua pandai ketiga berani,
Ciri ketiga tu tak ade pada Kak Jah..
Kenapa orang luar menyibuk tentang parti PKR tanpa Anwar Ibrahim.... Gila ke ?
ReplyDeleteParti itu ada pilihanraya....Siapa nak terajui parti itu terpulang pada pilihan ahli nya nak sokong siapa.
Orang luar tak perlu susah hati, risau, dan tunjuk pandai mengajar orang cara menguruskan parti...
Hmm.. Kita tak yah nk straight kan benang yg basah.
ReplyDeleteKita pon tau kak wan tak leh keja...
Memang ahli parti pilih.. Memang kita hormat dia.. Tapi pilih orang yg kita hormat atau yg berkaliber dan boleh buat kerja utk negara? Hmm..