Thursday, 23 October 2014

BAGUSLAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR PIMPINAN AZMIN ALI SAMBUT BAIK PELAKSANAAN AKTA 757.




Kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 atau Akta 757 yang bakal dilaksanakan awal Januari hadapan memerlukan kerjasama dengan persekutuan.

Kalau TSKI masih MB Selangor sudah pasti para macai menyerang bertalu-talu sebagai berniat serong untuk bergabung dengan UMNO kononnya, tetapi memandangkan ini Azmin Ali maka ianya adalah suatu tindakan yang tepat, bijak lagi budiman.

Apa tidaknya .. TSKI duduk bersila bersebelahan dengan Noh Omar semasa pengkebumian kapten MH17 pun dijadikan isu kononnya ada niat nak bergabung ... bukan sikit punya brengsek dan bangsat ke pemikiran macai-macai berkenaan.

Nah!!! rakaman gambar diatas apa cerita????  ... bukankah perlu mempunyai hubungan baik dan mesra dengan kerajaan pusat akan memberi keutungan pada rakyat???

Cara genggaman salam pun sudah lain macam punya erat ... siap boleh tunggu luar sambut lagi tuuuu .... pergh!!!! sungguh erat dan intim.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

24 comments:

  1. TSKI duduk bersila bersebelahan dengan Noh Omar, orang ramai tak tahu apa isi perbincangan mereka berdua seolah-olah ada agenda tersembunyi. Tambah pulak masa tu, Khalid Ibrahim sudah tunjuk kurang ajar tidak mahu mendengar arahan dari pentadbiran parti sendiri.

    Azmin mewakili Kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 atau Akta 757 yang bakal dilaksanakan awal Januari hadapan tidak mencipta agenda tersembunyi malah dia sendiri mahu semua perjanjian yang tidak mendatangkan risiko mesti didedahkan pada pengetahuan rakyat.

    Khalid ada timbalan menteri besar tapi Azmin bersendrian. Itu bezanya antara Khalid dengan Azmin.

    ReplyDelete
  2. Bagi lah peluang kat azmin...... Khalid mula memerintah dulupun sume sokong dia.... Apelah omak kau....

    ReplyDelete
  3. Jangan terlalu taksub dengan individu, hayatilah perjuangan bukan individu. Insha Allah, kita lebih tenang dan redha dengan apa jua keadaan. Janganlah kerana termakan budi sampai kita terlupa pada perjuangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You all plak pembodek mahligai segam-boot

      Delete
  4. Perjuangan mesti bersalut kepada kebenaran, keadilan dan kebebasan ... bukannya fitnah, tipu dan kezaliman .. jadi rakyat di heret kejalan raya menyokong DSAI itu adakah atas kapasiti indvidu atau kezaliman yang diharunginya? .. Kita jangan dua dua set piawaian .. zalim tetap zalim .. fitnah tetap fitnah .. benar tetap benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap kau tu betul tp ape yg tlh aku ikuti, bnyak komen2 kau mcm taksub je dgn individu, kau pun nampak mcm x tentu arah je kapasiti kau ...

      Delete
  5. Omak kau aku pun dh rasa meluat baca blog ko..ko xabis2 dgn TSKI..benda dh lepas beb..bg la azmin mentadbir dulu...kot ye pun xsuka dgn azmin jgn tunjuk sgt beb.aku tgk azmin pun ok jer...bg msa kt dia untuk tunjuk kmampuan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. membaca kenyataan sidang media terbaru Chegu Bard kau rasa Azmin ok ke? kalau tak betul Azmin bolehlah saman Chegu Bard.

      Delete
    2. Jelas amat dua tiga kerat pengampu Azmin tidak mampu berhujah memberi keyakinan untuk kilas artikel ini .. yang mampu sekadar membebel dan melabel.

      Delete
    3. meneliti sidang media terbaru CheguBard, patutlah sekarang ni PKR dan DAP diam aje tak berani nak serang PAS lagi. dulu bukan main lagi maki hamun PAS dan ada pula yg mencadangkan keluarkan PAS dari PR, kalau ada berani pecat lah. lagi pun sejak kebelakngan ini setiap flashmob untuk menyelamatkan Anwar tidak mendapatkan sambutan walaupun dr masyarakat Cina.

      Delete
    4. Pkr dgn dap punya angkara, pas menanggung susah ...

      Delete
    5. Perkara yang lepas wajar dijadikan iktibar dan teladan bukannya dilupakan begitu sahaja .. mungkin para pengampu lihat Azmin ok jer setakat ini tetapi tidak pada saya sebabnya tidak sampai sebulan sudah cukup erat berdamping dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang dulu cukup fobia dan mitos tujuan menjatuhkan TSKI .. itu baru sebulan .. tidak dapat bayangkan lagi 3 tahun ... ikut hukum akal logiklah.

      Delete
    6. Bukan debat untuk membela individu yang patut diketengahkan tetapi debat untuk memartabatkan rakyat adalah yang sepatutnya. Tidak perlu nak jatuhkan mana-mana individu tetapi membela rakyatlah menjadi keutamaan. Bila kita terlalu taksub kepada seseorang maka agenda penting rakyat kita terlupa.

      Delete
    7. Kalau begitu mengapa menjalankan kegiatan jahat lagi jijik menjatuhkan TSKI dengan alasan rekaan? .. Jadi siapa yang taksub? Pertahankan Azmin kira pertahankan perjuangan? Begitu?? Hebat!!

      Delete
    8. Pernahkah anda terbaca dari komen saya selama ini? Atau anda cuma emosi bila saya menegur? Saya tidak ada sebarang komen khas untuk mana-mana individu atau menyokong mana-mana individu atas dasar batang tubuh seseorang. Komen saya komentarkan selalunya umum dan mudah difahami.

      Delete
    9. Azmin membawa obor perjuangan PR ke? .. Bila diminta penjelasan lebih bersifat logik dan fakta dituduh beremosi .. kini masa untuk membuktikan segala pertuduhan semasa pemerintahan TSKI itu khilaf dan lari serta songsang apa kehendak parti namun apa dilihat tiada ada bezanya pun Azmin di kerusi MB .. Apakah itu beremosi? .. Menyatakan kebenaran itu beremosi? .. Falsafah apa di guna pakai ini?

      Delete
    10. Bercerita pasal taksub ni ... nak tanya sikitlah .. apakah mau heret rakyat ke jalan raya kes Liwat II kerana taksub pada DSAI atau tidak? .. Sebab yang dituduh di mahkamah ialah DSAI dan setiap flashmob maupun kempen di sebut nama dan paparkan gambar DSAI .. Itu dikira taksub atau tidak? Atau dikira perjuangan?

      Delete
    11. Telah saya terangkan, saya tidak ada menyokong mana-mana individu kerana batang tubuhnya. Saya hanya menyokong apa-apa jua perjuangan untuk rakyat yang berlandaskan Islam. Jadi tak perlulah saya melayan semua kerena emosi, sesungguh Allah Maha Mengetahui. Semoga anda juga akan lebih redha dengan apa jua ketentuan. Insha Allah

      Delete
    12. Tidak mengapa kalau mengelak atau enggan menjawap pertanyaan yang dilontar .. saya faham sangat-sangat.

      Delete
    13. yg di cerai tski..yg giler talak omak kau..cukuplah usaha meruntuhkan rumah sendiri..

      Delete
    14. Kahkahkah omak kau meroyan...

      Delete
  6. Dlm politik ape2 pun x mustahil ....

    ReplyDelete
  7. Khalid...tlg up 2 ribu lgi..bising la dia ni...hahaha...dah jelas dia taksub kat individu aleh2 pandai lak nasihat kat org jgn taksub kat individu. udah2 la...aku pun bkn suka kat azmin dri awal2 reformasi lgi. Tpi bila keadaan mcm ni, kepentingan rakyat selangor lebeh mustahak utk dio ambil kira. Bkn dgn dendam yg xde kesudahannya. Klau azmin x sebaik khalid...humban dia ke dlm gaung..hahaha...ada apa hal...dah dah..gi klaim obertime tu...hahaha

    ReplyDelete
  8. Ni Sumer Poyo...24 October 2014 at 12:18

    Haktuihhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...