Thursday, 30 October 2014
SHAFEE ABDULLAH BERKATA DATO' SERI GOPAL SRI RAM BEBAS MEWAKILI ANWAR IBRAHIM.
Hakim-hakim yang bersara bebas untuk beramal dan mewakili mana-mana anak guam mereka kerana itu hak masing-masing dan tiada sekatan untuk mereka berbuat demikian.
Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata hakim yang bersara bebas untuk hadir ke mahkamah selaku peguam cara atau peguam bela asalkan mereka selesa untuk mewakili anak guam masing-masing.
"Saya berpendapat itu hak asasi masing-masing, terpulang kepada mereka untuk beramal jika mereka selesa untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.
Shafee, yang bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan memang ada hakim yang tidak keberatan untuk 'turun' beramal selepas mendiami kamar hakim selama bertahun-tahun.
Beliau mengulas kenyataan media oleh sekumpulan peguam yang mendesak Majlis Peguam menyatakan pendiriannya berhubung tindakan hakim bersara yang kemudiannya menjadi peguam bela di mahkamah.
Kumpulan peguam itu mengeluarkan desakan itu berikutan keputusan Badan Peguam Malaysia yang meluluskan resolusi melarang bekas hakim yang bersara daripada bidang kehakiman beramal.
Resolusi itu dicapai ekoran maklum balas terhadap tindakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram yang kini kerap dilihat membawa kes-kes yang menyentuh isu Perlembagaan.
Semalam, Sri Ram muncul di Mahkamah Persekutuan bagi mewakili Anwar dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada 3 Julai 2013, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata hakim-hakim bersara bebas untuk muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka dan tidak kira siapa yang muncul di mahkamah, badan kehakiman akan menentukan kes berasaskan merit.
Beliau menegaskan badan kehakiman tidak boleh menghalang bekas hakim daripada menjalankan tugas guaman dan tidak harus menyekat hak mereka untuk berbuat demikian.
Arifin menjawab pertanyaan sama ada hakim bersara boleh muncul di mahkamah sebagai peguam, selepas merasmikan Persidangan Undang-undang dan Korporat Malaysia 2013 di Kuala Lumpur. – Bernama
BAGI OMAK BELIAU TELAH MENUNJUKKAN SUATU SIKAP YANG MATANG TIDAK MENYIMPAN PERASAAN DENDAM KESUMAT YANG TAHU MAHKAMAH PERSEKUTUAN SEBELUM INI TELAH PUN MEMBUAT KEPUTUSAN BETAPA MANA-MANA HAKIM BERSARA BEBAS UNTUK BERAMAL SEBAGAI PEGUAMCARA MAU PUN PEGUAMBELA.
HUJAH LAWAN DENGAN HUJAH BUKAN DENGAN TERJAH .... BAGI OMAK SEGELINTIR PEGUAM YANG DIKETUAI ZUL NOORDIN YANG MEMBUAT BANTAHAN BUKAN BERDASARKAN KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG TELAH PUN DI PUTUSKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN TETAPI BERSIFAT EMOSI KEBUDAK-BUDAKAN DAN BERDENDAM KESUMAT HASAD DENGKI.
JELAS APABILA PEGUAM YANG BERILMU MEMBERIKAN KENYATAAN DENGAN PEGUAM YANG JARANG MUNCUL DI MAHKAMAH MEMBUAT BANTAHAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Entahnya nak beramal pon salah..tuan2 jangan risau saya yakin ds anwar akan dilpaskan daripada sabit bersalah..
ReplyDeleteKalau ikut hukum Allah memang lepas, tp kalau ikut hukum manusia, wallahu 'alam. Para Hakim jdlah para Hakim yg berkhidmat kerana Allah dan keputusan yg dibuat mengikut Al Quran dan Hadis. Anda selamat dunia dan akhirat.
DeleteKalau ikut hukum Allah memang lepas...?memandai jerkau ini....kau bagi order kat ALLAH ker...?gunalah otak untuk berfikir,jangan guna nafsu jer..!
DeleteRekod perbicaraan yang tidak mampu dipecahkan buat selama lamanya oleh mana mana negara dalam dunia hatta oleh cerita dalam filem bollywood keh keh keh
ReplyDeleteIni orang banyak harta tanah negara terlelong dibuat nya contoh Pulau Batu Putih dan Stesen Keretapi Singapura, dan ada lah pro pemerintah.Ini zaman cyber sedunia tahu kes ini, benda tak logic u cakap logic. Lihat lah bagaimana kesudahan Mokhtar dan Augustine Paul hanya Allah saja yang tahu.Mengapa tak ambil iktibar, tak takut kah Allah SWT.Pangkat dan harta cuma loan dari Allah SWT takut nanti pangkat dan harta kamu menghimpit kamu di neraka.
ReplyDelete