Friday 31 October 2014

MAJLIS PEGUAM MASIH KONSISTEN DALAM PENDIRIAN LARANG BEKAS HAKIM WAKILI ANAK GUAM.




Majlis Peguam Malaysia semalam mengekalkan pendiriannya melarang bekas hakim muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka seperti dinyatakan dalam resolusi badan itu 15 Mac lepas.

Presidennya, Christopher Leong berkata walaupun terdapat kebimbangan badan itu dalam isu ini, yang telah dinyatakan di mahkamah, namun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pada masa ini tidak ada apa-apa dalam undang-undang yang melarang hakim bersara daripada muncul sebagai peguam di mahkamah.

"Majlis juga menyatakan isu-isu baru-baru ini atau kontroversi membabitkan kepatutan atau pelantikan dan kemunculan ketua pasukan pendakwa dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sekali lagi, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tidak ada yang tidak tepat dalam dalam hal ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata: "Walaupun atas sebab-sebab yang berbeza, isu bersama dan kebimbangan Majlis Peguam berkaitan kedua-dua pelantikan dan kemunculan  pendakwa utama dan peguam utama (bekas hakim) bagi Anwar dalam rayuan itu keadilan mungkin tidak dapat dilakukan atau mungkin dilihat tidak dilaksanakan."

Bagaimanapun, Leong berkata Majlis Peguam tidak akan mengulas lanjut kerana pendengarwn kes rayuan masih berjalan di Mahkamah Persekutuan.

Mesyuarat 15 Mac badan itu menerima usul bahawa hakim bersara dari mahkamah yang lebih tinggi perlu dilarang atau dihalang dari segi undang-undang menjadi peguam di mahkamah.

Terdahulu, ketua pasukan pendakwaan dalam kes rayuan Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata tiada sesiapa boleh menghalang bekas hakim bertindak sebagai peguam dan ia adalah pilihan mereka berbuat demikian.

Pada 3 Julai, 2013, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata hakim bersara bebas muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka dan tidak kira siapa yang muncul di mahkamah, pihak kehakiman akan menentukan kes berasaskan merit.

Beliau menegaskan badan kehakiman tidak boleh menghalang bekas hakim daripada menjalankan tugas guaman dan tidak harus menyekat hak mereka berbuat demikian.

Kontroversi timbul selepas bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pembelaan dalam kes rayuan Anwar terhadap sabitan kes liwat.

Anwar, selaku Ketua Pembangkang, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, 67, atas kesalahan tersebut.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar di akhir kes pembelaan.

Mahkamah Persekutuan sedang mendengar rayuan itu sejak Selasa lepas. – Bernama

8 comments:

  1. Kesian Kan Anwar. Inilah bahana terlalu mendengar suara kaum Kongkang Move. Habis semua pergerakan kamu caca merba. Satu lagi Anwar ni aku kesian dia dizalimi tapi pada masa yang sama menzalimi TSKI (Dipecat), CheGu Bard (Digantung), Saifuddin (Dilucutkan jawatan Gen Sec) dan PAS dihina dan dicerca. Sekarang ni pun in the proses mau tukar Head PKR Selangor kat bini dia.

    Tulah, Doa yang dizalimi diterima itu sebab 1998-2000 kamu dapat simpati. Sekarang aku rasa kuranglahh skit. Yang Menzalim jandi Penzalim rakan2.
    Langkah2 pun dah sumbing bak penebar roti canai baru dapat kerja

    ReplyDelete
  2. dh ko org BN mmg xda isu lain selain kajang move.. BN merompak xnmpk pn.. ko pn dapat taik gigi sbb 2 skong BN. KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wehh orang cakap benar kau tuduh BN. AKu reformist la. Ni la bodek selalu. Pi melawat Kg Chubadak tu. Kesian PAS, tolong orang susah

      Delete
    2. Anon 1000.reformist taik kucing ko.ko pg reformist dlm umngok dl la shial.org slngor xmahu pn org bodo mcm ko.aku nk tny ko si reformist bodo sekor ni,bila umno first skali buat solat jumaat kt bngunan umngok?dh mmerinth mlysia lebih 50thn tp bodo agama.ko pg reformist dl dlm umngok ko dl tu ha.

      Delete
    3. 1743 ko ni belajar x abis.. gi kelas tido.. sembang dah mcm zuraida.. pong pang pong pang je lebih.. kesian

      Delete
  3. Majlis Peguam geng PR. Geng omakkau jua... Jadi nya, apa saja menghalal cara. Macam mereka kata kes Anwar - suka sama suka ! Apa citer ?

    Seolah nya meliwat itu 'halal' . Namun mereka untuk bersikap telus dan adil serta berimbang TIDAK akan berlaku kerana di pengaruhi kepentingan politik. Bukan kah nyata salah ?

    Kenapa keadilan undang-undang di pegaruhi politik ? Di sebelah PR berdegar-degar menuduh Umno mengawal keputusan Istana Kehakiman. Satu pembohongan besar.

    Hanya yang biol semberono sahaja yang menuduh bukan-bukan. Perbuatan sendiri yang begitu jelik di sorokkan. He..he..sepelti aaa... hujan manyak lebat di penang, manjir lah! Boloh punye olang ! Jurutera JPS pun tidak dapat menyelesaikan masaalah sebegitu mudah...

    Sampai mati main silap mata ! Omakkau suka chris angel ?

    ReplyDelete
  4. Anon 10:00
    kAH KAH KAH.. org BN xngku BN.. kah kah kah.. same la mcm omak kau!!!!

    ReplyDelete
  5. its time kita say goodbye to omak..... kecewa mcm umno tk habis2 dgn langkah kajang dn syg sgt kat khalid.. khalid diperkudakan umno je, bukan umno syg khalid

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...