Wednesday, 22 October 2014
LAGI KISAH GAMBAR SEBAGAI BUKTI BERBICARA, KEMPEN RAKYAT HAKIM NEGARA ANJURAN AMK YANG SURAM DAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN.
Flashmob "RAKYAT HAKIM NEGARA" ini berlaku semalam 21hb Oktober 2014 hari Selasa jam antara 4.00 ptg hingga 5.00 ptg di bawah Flyover MRR Jalan Rahang-Senawang hadapan Ibu Pejabat KeADILan Negeri Sembilan.
Angka yang turun memberikan sokongan moral cukup menyedihkan sekali, boleh di kira dengan jari.
Ada yang cuba putar nanti kata angka yang membuat gerak kerja Flashmob tidak perlu anggota ramai sekadar beberapa orang sudah mencukupi memenuhi syarat.
Yang cuba digambarkan ialah gerak tenaga kerja AMK memang tidak ada kekuatan .. kalau ada pun jenis malas turun padang buat kerja sukarelawan... berlawanan dengan apa di gambarkan di alam maya dan Kongres Nasional 2014 yang baru lalu ... ikrar cukup kuat suara macam nak runtuh bumbung dewan akan pertahankan nasib DSAI .. hakikatnya... bila tiba masa dan waktu, ternyata itu semua adalah suara-suara angkuh yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
Dulu zaman reformasi '98 tidak ada flashmob dan internet pun baru nak bertapak .. Facebook, Instagram, Telegram, Twitter dan WhatsApp belum wujud ... paling kuat guna sms ... penggunaan telefon bimbit pun dikira barang mewah bukan macam sekarang budak tadika pun dah ada henfon.
Tapi cara sebaran maklumat cukup hebat dan bersungguh dan memberi kesan yang amat mendalam dan mampu mengamcam jiwa dan minda anak-anak muda termasuk warga-warga emas untuk berhimpun memberikan sokongan moral kepada DSAI yang di aniaya dan dizalimi ketika itu, Liwat I.
Tapi amat jauh berbezanya dengan Liwat II kali ini .. sambutan rakyat terutamanya anak-anak muda semacam dengar telinga kiri lompat keluar ikut telinga kanan sedangkan isunya sama iaitu fitnah, aniaya dan zalim.
Ketika itu Pakatan Rakyat gabungan PKR/PAS/DAP tidak wujud pun ... Barisan Alternatif terdiri PAS/DAP/PKN wujud tahun 1999, tetapi jumlah rakyat yang turun ke jalanraya cukup hebat.
Masa itu hanya Kelantan negeri di perintah pembangkang sedangkan sekarang ini 3 buah dan UMNO/BN hilang 2/3 majoriti.
Ketika itu bila berhimpun terpaksa berdepan dengan pacutan air berasid dan gas pemedih mata selain kena belasah dengan belantan, tetapi kini keadaaan itu sudah tidak ada lagi.
Dimana silapnya??? .. Adakah rakyat sudah bosan terlalu kerap diheret kejalanraya atau mereka dalam kegelapan kabur tidak tahu punca sebenarnya mengapa mereka harus turun ke jalan raya?
Membuktikan betapa kepimpinan AMK kini kelihatan seperti hilang punca dan arah .. tidak ada ilmu, pengalaman dan kemampuan mempengaruhi anak-anak muda.
Bagi Omak Kau, AMK kini sedang mendakap politik sombong bodoh, politik syok sendiri, politik angkuh dan politik maki hamun.
Selagi amalan jelik ini menjadi pegangan, AMK jangan harap rakyat akan turun secara berduyun ke Istana Keadilan Putrajaya pada 28-29 Oktober ini ... Jangan harap dan jangan mimpi.
Wahai AMK sekelian!!! ... Bangunlah dari mimpi, khayalan dan kemalasan .... bertindak segera, kerana masa dan senario tidak menyebelahi anda.
CUITKAN MINDA ... TANYA AKAL LOGIK ... TEPOK DADA TANYA IMAN.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Dah penat dgn anwar.. rakyat muak dan mughal...
ReplyDeleteKah kah kah. Bawak anjing kiut ramai orang satang kit
ReplyDeleteJim Tanya Nurul izzah
kesian anwar,jubo2 dah cabut lari.tak nak bersubahat lagi ngan anugerah tuhan palsu kaki kelentong.heee
ReplyDeleteDailog Sudin .... Kau tak nampak ke... nanti pendek umur.
ReplyDeletenampak ... emmm... nampak ... Ramainya orang sampai tak nampak tiang.
Sedih dan menyedihkan .... udah udahlah hoiiiiiii.... buang masa.
Bang nuar tg sedap .... kau org yang letih
Setiap sesuatu ada mulanya dan ada pengakhiran. Kini waktu untuk Anwar sudah berakhir. Bukan masalah betul atau salah tetapi ia kini mengikut sunah alam maka tidak hairan jika flashmop tak dpt sambutan.
ReplyDeleteJgn optimis sngt wahai macai2 umngok, tu baru flashmob, nnti pada hari perbicaraan sambutan diluar jangkaan pulak, aku takut kau org yg mati mengelejat dek sawan babi .. he he he
ReplyDeleteYang omak kau paparkan itu, semua buta kayu, buta huruf. Tidak membaca, tidak menilai kecuali bertindak ikut nafsu ! Ada anak-anak cina dan india sedemikian ? Mereka mengikut arahan pemimpin mereka sahaja dan bertindak demi 'keuntungan' mereka dapat. Lain dari itu, lakonan semata-mata.
ReplyDeleteSebelas tahun, kata Aspan Alias. Apa yang di perolihi anak-anak Selangor? Sepatut nya bertambah banyak peluang dan aktiviti perniagaan tersedia. Berbeza P.Pinang, mereka menghambat demi keuntungan mewah dan cekaman politik yang semesti memang di sokong padu oleh komuniti mereka.
Dii Selangor, pesta arak dan pesta 'anjing-anjing' hendak di jadikan acara tahunan. Apa faedah nya kepada Melayu Islam ? Melayu yang menyokong atau berdiam diri memang BUTA KAYU kerana merelakan Islam di hina di sekularkan ! Bangga sungguh tonggeng-menonggeng sambil takjub syiok sengaja memeluk yang HARAM ! Kesukaan 'syaiton' dan neo-liberal yang sentiasa ingin menyesat Umat Islam dalam acuan mereka. Sudah nyata di peringatkan, bukan ?
Bukan kah lebih baik peluk Ibu-Bapa erat -erat ? Juga suami-isteri dan anak-anak ?
Peluk kekasih jangan sekali ok ? Haram juga ! Sama oktoberfest dan sengaja peluk anjing yang lidah terjelir-jelir di mana air liur nya memang kena fizikak kita.
Sempena Maal Hijrah berhijrah lah kepada yang terbaik. Terbaik untuk diri sendiri dan terbaik untuk masyarakat.
Omak kau tentu sahaja faham. Merajuk pada yang kasih. Meminta pada yang ada. Maka Allah SWT itu sentiada ADA ! Bukan bermegah dengan manusia-manusia LAGHO ! Buang LGBT ! Buang Retorik ! Buang Nafsu Serakah ! Buang Fitnah Memfitnah ! Buang Retorik dan Berpijak di Bumi Nyata ! Jadi lah Satu Ummah dan eratkan Perpaduan yang sudah di pecah-pecahkan.... kita semua menanggung dosa-dosa jika masih dalam kesesatan nyata....
Anak Cina dan India - mereka "resilence" dan pengundi pragmatik. Lu tunngu PRU 14. Oktoberfest tu daripada tahun 1990 pun dah jadi pesta tahunan, cuma Carlsbergy mula jadi penganjur utama dari tahun 2011. Hairan ngapa pesta dari Germany ni jadi isu, tapi mereka yang gila gilakan BMW samapi bayar beratus ribu tak jadi isu. Tak patut di adakan pesta pegang anjing untuk orang Islam. Kena hormat undang Islam di Mesia.
DeleteRakyat selangor tidak perlu merujuk fakta dari Aspan Alias yang keluar parti UMNO Baru tapi kecewa tidak dapat jadi ahli DAP ?
DeleteKamu bercerita tentang pesta arak, sentuh anjing.... tapi kamu sembunyikan fakta dan bukti syarikat judi, pemimpin makan rasuah, perkongsian pemimpin dalam perniagaan pelacuran, dadah, projek ic.
Pergi mampus sama UMNO Baru...
Orang yg ada kebesaran bathil dalam dirinya yakin bilangan ramai berjaya..perang badar zaman rasulullah saw tentera islam amat sedikit tetapi berjaya...
ReplyDeletesemoga dapat bermanfaat buat kita semua. Amin . . . . artikelntya sangat bagus sekali. Senang sekali berkunjung ke website anda.
ReplyDeleteOmak kau ni dah tukar keahlian parti lain ker?
ReplyDeleteDen orang Sbn,lalu tompek tu semalam sobolom hujan lobek,sodih pun ada,nak torgolak pun ado.Den raso budakx tu dapek duit sikit untuk tayang muko.Jangan salahkan dio orang.Kek sini mano ado ahli PKR tulin,kalau tak ado org PAS ikut samo cam nilah jadinyo.Ciput.
ReplyDeleteFlashmob "RAKYAT HAKIM NEGARA" hanya menarik perhatian dan mengingatkan orang ramai Anwar akan dipenjarakan bukan perlukan perhimpunan besar.
ReplyDeletePerhimpun sebenar adalah pada 28hb. dan 29hb. Oktober 2014 di mahkamah persekutuan bagi memberi sokongan moral pada Anwar Ibrahim.
Maeeee. Aku rasa kau ni macai yg baru nak kenal umngok..kah kah kah kah..sibuk perjuang kan bangsa. Perniagaan la. Jgn nak racist lah maeee. Kaji balik lah. Sapa yg menghancurkan bangsa melayu tu sendiri. Bodoh tahap budak tadika.
ReplyDeleteRakyat protes secara senyap tindakan pimpinan PKR dalam menangani krisis MB Selangor tempohari.... hilang keyakinan pada DSAI... punca nya dari kacang move
ReplyDeleteAmboi saying sangat dengan DSAI
ReplyDeleteKalau DSAI masuk penjara, korang pegilah himpun depan penjara pulak ye
Aku tak pegi.
Haktuihhh
ReplyDeleteTak payahlah flash mob la, demonstrasi la. Ini bukan budaya kita. BN bila kalah, terima dengan professional. Malaysia ni sebuah negara kecil. Tapi kemajuan negara sangat baik. Di Selangor ni, di tempat saya, adun hanya datang lepas pru. Lepas tu langsung tak nampak.
ReplyDelete