Tuesday, 14 October 2014
KERANA SURAT INI, SETIAUSAHA KELAB PENYOKONG BOLA SEPAK TERENGGANU (PETEH) TUDUH PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI JOHOR (PBNJ) MENGAMAL SIKAP DENDAM KESUMAT????
SELEPAS isu penundaan tarikh perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencapai kata sepakat, peminat bola sepak di negeri ini sekali lagi meluahkan kekesalan dan kecewa apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dikatakan hanya memperuntukkan 30 keping tiket sahaja kepada penyokong skuad Penyu.
Malah isu pengagihan tiket perlawanan di Stadium Dato Tan Sri Hassan Yunos Khamis ini telah menjadi viral di laman sosial berhubung surat jawapan daripada PBNJ kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Deraman semalam yang memaklumkan hanya 30 tiket yang diperuntukkan kepada penyokong Terengganu untuk perlawanan terbabit.
Alasan yang dikemukakan oleh PBNJ dalam surat itu adalah kerana sebahagian besar tiket perlawanan itu telah diagihkan ke semua 10 daerah di Johor lebih awal.
Keadaan itu menyebabkan ada segelintir peminat membandingkan dengan layanan yang diterima penyokong JDT ke sini pada 3 Oktober lalu apabila PBSNT dikatakan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak 400 tiket untuk penyokong pasukan pelawat.
Bagaimanapun Arpin mengesahkan bahawa pihaknya telah membuat rundingan dan sehingga lewat petang semalam, PBNJ bersetuju memberikan 100 tiket kepada PBSNT.
“Namun, saya akan membuat rayuan sekali lagi kepada PBNJ untuk merealisasikan hajat kerajaan negeri untuk membawa 2,000 penyokong ke Johor Bharu.
“Saya harap, rayuan yang akan dilakukan hari ini (semalam) akan mendapat berita gembira buat penyokong Terengganu sekalipun sedar ia agak tipis untuk mendapatkannya,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (PETEH), Wan Mohd Azmi Wan Ngah, jelas terkilan dengan perbuatan itu yang dilihat PBNJ seolah-olah mahu membalas dendam dengan kemelut pertukaran tarikh perlawanan sebelum ini.
Dia juga mahu pihak FAM melaksanakan ketetapan agar setiap pasukan pelawat diberikan kuota tiket sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang dikeluarkan agar tidak timbul isu tiket diagihkan sewenang-wenangnya oleh pasukan tuan rumah terutamanya melibatkan perlawanan besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...

-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
Rupanya ikut suka tuan rumah. Ingatkan ada kuata .
ReplyDeletekuota.
Deletebukan kuata.
Haktuihhh
ReplyDeleteHi...den x minat langsung.....
ReplyDeletebagi jer la P. M'sia tu kat JDT. Nak lg bagus, tahun depan semua team negeri lain tak payah masuk liga super, piala FA atau P. M'sia. Biar JDT satu je yg masuk...tak ada kecoh-kecoh tangguh pelawanan atau kuota tiket...
ReplyDeleteJDT gah kerana pemainnya semua anak negeri Johor. Sebab tu penyokongnya meroyan mcm tak sedar diri.
ReplyDelete