Wednesday, 22 October 2014
BERITA GEMBIRA UNTUK PENYOKONG UMNO/BN JOHOR .... PENDUDUK TEMPATAN MASIH TIDAK MAMPU BELI HARTANAH JOHOR BARU.
Mohd Mazlan menyimpan wang selama 12 tahun dengan impian memiliki sebuah rumah di Johor Baru, tetapi berita yang mengatakan harga hartanah di kawasan itu mungkin akan turun, tidak membawa sebarang harapan buatnya.
Pada usia 30 tahun dengan seorang isteri dan dua anak, Mazlan ialah sebahagian generasi baru warga Johor yang rasa tertekan dan 'tidak cukup duit' tinggal di Johor Baru walaupun kejayaan Iskandar Malaysia digembar-gemburkan oleh kerajaan dan ahli perniagaan.
Walaupun pakar hartanah, tuan tanah dan pemimpin politik berkata pasaran dalam keadaan bertenang selepas beberapa tahun mengalami kenaikan harga yang tidak terkawal, masih ada yang merasakan harga rumah berada di luar kemampuan sebahagian besar penduduk.
Ramai juga yang mengungkapkan "bukan untuk kita" apabila ditanya mengenai harga hartanah di selatan Johor ini.
Ia menggambarkan kekecewaan mereka tertinggal di belakang walaupun ledakan hartanah sedang giat berlaku hasil projek Iskandar Malaysia.
Ia juga merupakan satu kecaman terhadap keseluruhan projek itu. Kerana, sekiranya bukan rakyat Johor yang merasai hasil pembangunan yang dibawa Iskandar Malaysia, apa gunanya projek itu?
Langkah menenangkan pasaran
Menurut pakar, ledakan pasaran hartanah di selatan Johor adalah hasil pemasaran dan aktiviti di sekitar Iskandar Malaysia.
Dilancarkan pada 2006 dengan lima zon utama, Iskandar Malaysia juga bertujuan menghidupkan semula Johor Baru yang selama beberapa tahun ini menjadi pasaran diskaun yang besar bagi warga Singapura dan mereka yang datang bekerja di situ.
Projek canggih naik di seluruh kawasan itu yang memang sudah padat. Pantai Lido yang popular di Johor Baru, dulunya penuh sesak di hujung minggu dan merupakan anjung tinjau bagi Singapura, sekarang tiada lagi.
Sebahagian besar pantai dijual kepada syarikat pembinaan mega dari China yang membina kondominium mengadap laut bernilai jutaan ringgit.
Difahamkan yang beberapa syarikat ini begitu kaya sehingga mampu membawa ke sini peralatan, bahan dan pekerja mereka sendiri, terus dari China.
"Kemeriahan dan keterujaan yang dicipta selaras dengan kemasukan ramai pemain baru dalam bentuk projek pemangkin, pemaju, pelabur dan akhirnya, spekulator," kata V Sivadas, seorang perunding hartanah di Johor Baru.
"Spekulator mula membiak akibat iklim kewangan di sini yang lemah dan kurang berhati-hati," kata Sivadas, pengarah eksekutif PA International Property Consultants.
Tetapi pasaran mula tenang tahun ini selepas kerajaan menyemak semula Cukai Keuntungan Harta Tanah dan memutuskan warga asing hanya boleh membeli harta bernilai RM1 juta dan ke atas.
Bagaimanapun, tahun ini sehingga Jun, terdapat penurunan yang besar dalam jualan dan nilai jualan, berbanding pada 2012, kata Sivadas.
"Berbanding dengan separuh pertama 2012, terdapat penurunan kira-kira 48% dari segi jumlah urus niaga, dan penurunan kira-kira 37% dari segi jumlah nilai urus niaga pada separuh pertama tahun 2014."
Kemeriahan masih belum reda
Namun, berita pasaran kembali tenang tidak disambut dengan sorakan oleh rakyat seperti Mazlan di Kampung Majidi atau Loh, yang menjalankan sebuah kedai perkakasan di Bukit Indah, bersebelahan Nusajaya.
Kadar sewa kedai di kawasan itu mencanak naiknya, kata Loh. Tahun lalu, tuan tanahnya mengenakan RM1,000 untuk lot kedainya yang terletak di tingkat bawah itu. Tahun ini, ia meningkat kepada RM2,000.
Pemilik kedai sedang cuba mengaut keuntungan daripada kadar kepenggunaan dan pertumbuhan penduduk yang tinggi hasil daripada Iskandar Malaysia, kata seorang pemilik hartanah komersil di Johor Baru yang tidak mahu dikenali.
Apa yang tidak disedari pemilik hartanah ini ialah penyewa seperti Loh tidak membuat sebarang keuntungan akibat kos inflasi dan operasi yang meningkat naik.
"Kos elektrik meningkat tahun ini. Harga barangan kami juga jadi lebih mahal. Tetapi kami tidak boleh menaikkan harga kerana takut nanti pelanggan akan lari."
Tinjauan Malaysian Insider mendapati, aduan yang paling banyak diterima daripada 18 kedai di selatan Johor ialah kos operasi yang lebih tinggi berikutan kadar sewa yang lebih tinggi.
Keluhan kedua mereka ialah, gaji pengguna tidak dapat menyaingi kenaikan inflasi.
Menurut Kajian Pendapatan Isi Rumah kerajaan 2012, purata pendapatan isi rumah di Johor ialah RM4,658 sebulan.
Ketika kos sara hidup meningkat di Johor Baru, penduduk merasakan mereka tidak mampu membayar ansuran bulanan dengan memiliki rumah pada harga purata RM300,000.
"Dan, itu baru di Kulai," kata Mazlan, merujuk kepada bandar yang terletak lebih kurang 30km dari Johor Baru.
Kemakmuran untuk semua
Sivadas percaya kedua-dua kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri perlu lebih terlibat dalam pasaran hartanah.
Keseimbangan perlu dicapai antara memenuhi kehendak pelabur di pasaran dan keperluan masyarakat memiliki rumah mengikut kemampuan mereka.
Contohnya, kondominium mewah di tepi pantai Johor Baru itu mewujudkan persepsi yang terdapat kebanjiran hartanah mewah di sana, katanya.
Tidak pasti siapa yang akhirnya akan membeli unit ini, kerana harganya jauh lebih tinggi, di luar jangkauan penduduk tempatan.
"Kuasa berada di tangan kerajaan negeri untuk membetulkan keadaan ini yang tiada keselarasan antara penawaran dan permintaan dalam sektor perumahan," kata Sivadas.
"Kerajaan juga perlu membuka jalan utama yang baru bagi menggalakkan pembangunan perumahan di kawasan seperti Kempas, Senai, Kulai, Ulu Tiram dan Pekan Nenas."
"Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai bank tanah perlu menumpukan perhatian kepada perumahan untuk golongan miskin dan sederhana, bukan bersaing dengan pemaju swasta di sektor mewah."
Hanya dengan menyeimbangkan keperluan pelabur, pemaju dan penduduk, kemakmuran Iskandar Malaysia dapat dinikmati oleh semua orang, kata Sivadas....TMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Omak boleh letak gambar lain tak aku cukup menyampah tgk gambar kat atas ni hilang mood aku
ReplyDeleteAzmin pkns akan buat rumahh murah untuk rakyat. Johor di selangor
DeleteOmak ko bila. Nak bagi dap perentah n9.kesian melayu n9 di perintah umnok kaki sebat tanah juat kat jepon.
DeleteTahniah kerajaan bn negeri johor..kebodohan kamu rakyat tanggung derita...hidup umno lg la..
ReplyDeleteRakyat mampos...johor negeri cina..
Semahal2 rmh di Johor taklah sampai org2 Johor pergi merempat ke negeri lain seperti sebahagian org selangor yang terpaksa merempat ke Nilai Nogori 9 ni. Atau seperti sebahagian dp org PP yg meminta belas kesian hendak tinggal di kedah/perak dek kerana harga rmg terlalu mahan di PP.
DeleteSedih...tempat lahirnya parti yg kononya memperjuangkan melayu tetapi memberi sebuah NEGARA kapada kaum Cina.
DeleteBetul sangat perumpamaan;
MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.
Omak kau dah jadi omak celaru...
ReplyDeleteTak pe yang penting Melayu Johor bangga dengan pasukan bolasepak mereka walaupun hidup mereka makin terhimpit dengan segala kenaikan kos sara hidup di JB. Kekadang aku nak tergelak dengan kawan2 aku di Johor yang masih di belenggu dengan mitos kemiskinan di Kelantan sedangkan diorang berhimpit-himpit tinggal di `sangkar merpati' 3 bilik di bandar JB. Masa aku nak berhijrah ke Kelantan, ramai kawan2 & sedara mara yang secara sinis kata aku nak bagi makan apa pada anak bini kalau tinggal di Kelantan. Hahahah, selepas 2 tahun aku dah ada perniagaan sendiri di sini walaupun kecil dan Alhamdulillah anak bini aku tak kebulur kelaparan. Rezeki Allah ada di mana-mana....buat kawan2 aku di Johor, teruskan la berteriak "Luaskan Kuasamu".....adioss
ReplyDeleteKalau rumah kat johor baru mahal jgn beli kat sana-beli kat tempat lain-kan menteri umno selalu kata ayat tu-kita hendak la bersyukur atas kenaikan harga rumah di johor-rakyat tak sepatut marah kata menteri umno-maka sayangi la kerajaan umno/bn jika semua barang keperluan asas mahal selepas dilaksanakan gst-
ReplyDeleteSayang kerajaan umno bn naikkan lah lagi harga minyak ron 95 kepada rm2.50 seliter biar puak totok umno bn hidup mewah kerana barang jualan mahal melambung tinggi, kah kah kah
ReplyDeleteSemahal2 rmh di Johor taklah sampai org2 Johor pergi merempat ke negeri lain seperti sebahagian org selangor yang terpaksa merempat ke Nilai Nogori 9 ni.
DeleteBukan merempat 17:46 dia orang mampu beli, semahal mahal rumah di johor pun kau org mampu beli ke, bila x mampu beli terpaksa lh sewa atau menumpang saudara mara, kira2 merempat lh tu, lg teruk merempat di negeri sendiri. Itu lh melayu johor, bila umno laung hidup melayu kau org terjerit2 mcm kene histeria tp x sedar kene tipu, rumah dh dikhas utk warga asing dgn harga mahal2 yg mereka mampu beli, kau org mampu lihat dn gigit jari je le.... kah kah kah
DeleteSedara mara aku ramai yang lari ke Melaka sebab tak tahan dengan kos hidup di Johor apa cer anon 17:46...????
DeleteMalas la duduk johor baik lari ke peneng ,pekerjaan banyak rumahpon senang beli cip,orang kelantan banyak senang lenag di peneng .umnok johor jual tanah melayu kat singapork.menyesal undi umgok
DeleteAnon 17:46 banggalah kamu dengan umno dan johor kamu...di mana RUMAH MAMPU LIHAT....lupa....orang negeri lain yang merempat sampai ke johor singaporean khasnya
Deletesedih!!!
ReplyDeleteKesian dalam sedar tak sedar orang Johor berpijak di tanah milik orang....phuiiiii
ReplyDeleteDulu aku sekolah kt JB.. bulan jun lps aku pegi rumah kawan di Kulai. Terkejut aku tgk perubahan yg mendadak kt sini.. berbeza 20 thn lalu. Pantai simen selat Tebrau dh xde. Sumernya berubah dgn bangunan2 condo, Danga Bay bagai. Mana2 org dari mana2 daerah pun kalau ada rumah hg murah sket akan berhijrah. Jgn kata Selangor je. Selangor pun tak seteruk KL. Rumah flat pun sewa nak cecah ribu. Tak msk akal.Tak lama nti duk reban ayam jelah. NI gara2 gomen urus negara. Dh tak hirau masalah rakyat. Cuma pikir $$$ dlm otak diorg..
ReplyDeleteKah kah kah pastu mereka si umngok sibuk nyanyi lagu.. anak kecil main api terbakar hati nye yg sepi.. puih....tergelak dohhh
ReplyDeleteHabis tu nak nyanyi lagu dap kominis ke? @ si nuar pmimpin anugrah tuhan @ lagu ttg abg stapa..
DeleteOrang melayu johor patut bukak kampung air mcm kat sabah tu kat selat tebrau.....kalau nak beli rumah atas tanah dah tak mampu...hahaahah
ReplyDeleteHaha padan muka melayu melayu johor dah kata kaya sngat nah mbik ko. Duduk ler lam flat macam sardn tu
ReplyDeleteBangga betul melayu johor bila dikatakan negeri maju dan kayaraya. Hakikatnya....bumi dipijak milik orang...sedih sedih
ReplyDeleteDi mana umno kuat di situ melayu merempat, hidup melayu johor!!!
ReplyDeleteDimana ameno berkuasa disitu buntut melayu kena sula.
DeleteDimana ameno memerintah disitu melayu kena ratah.
Dimana ameno camputangan disitu melayu kena ligan.
Dimana ameno jadi sam dol disitu melayu kena rogol.
Mai la kat serdang upm, banyak anwar buat rumah murah untuk rakyat.pakatan harapan rakyat hidup pkr.
ReplyDeleteUmkok memang celaka,batalkan projek datum jelatek.kesian pkns nak tolong rakyat melayu miskin bandar. Tu la melayu undi umno lagi,apa ko orang dapat,dapat telor jeee
ReplyDeleteMelayu miskin sebab mereka mengundi Mr.Ali Baba.Encik Ali Baba ini pemalas cuma mampu buat duit % atas angin.iaitu duit untuk dirinya tanpa membuka peluang perkerjaan kepada kaumnya sendiri.Ali baba hanya mampu mendapatkan projek dengan melabu labi (lobi) dan yang membuat semua kerja si baba.bila dapat projek si ali beli kereta baru sedangkan sibaba beli jentera.Ali dapat 3-4 projek setahun sedangkan baba buat kesemua projek ali baba semalaysia dapat tiap2 tahun.
ReplyDeleteRumah mampu dilihat atau Rumah mampu dimiliki.lu pikiaq la snri
Deleteanak kecil main api terbakar hati nye yg sepi...meh laa bermain api dgn freeloader-makan tangung oleh pembeli nombor kete mewah. Untuk rakyat jelata nombor mewah itu. Iduplaa umnonok johore dan freeloadernya itu.
ReplyDeleteHaktuihhh
ReplyDeleteOrang Melayu Jaybi jangan kecewa. Gunakan duit BRIM untuk bayar deposit rumah. Boleh puasa sepanjang tahun. Makan bila ada nasi bungkus yang disponsor oleh Ketua Bahagian. Boleh pakai baju dacing sepanjang tahun. Setiap ada perayaan jangan lupa pergi kejamuan makan percuma. Untuk mendapat kerja tidak menjadi masalah. Boleh jadi jaga kat condo, boleh jadi cleaner, boleh jaga taman, boleh jaga parking, boleh jadi pompuan simpanan tokoh-tokoh politik melayu dan kerja-kerja hamba abdi yang lain. Oh ye dah tau perangai tu macam hamba abdi suka membodek ketua parti takkan lah hamba abdi layak ada rumah!! Sedar lah sikit!!
ReplyDeleteRumah mahal takpe. Nanti orang melayu boleh kerja jaga, kerja lap lantai, sapu longkang, jadi orang gaji dan macam-macam lagi kerja yang sesuai untuk hamba abdi!!
ReplyDelete
ReplyDeleteDo you need an urgent loan we offer worldwide loan to who in need of loan the business opportunity you having being looking for is here again. email us now at: mrwilliam751@gmail.com
LOAN APPLICATION FORM
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:.
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8)Monthly Income:
9)Occupation:
)Which did you here about us.
Best Regards.
ReplyDeleteHello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
loan at 3% interest rate, Contact us via email:
homefund01@gmail.com
(1) Full Name
(2) Full Address
(3) Country
(4) Age
(5) Occupation
(6) Tell phone number
(7) Sex:
(8) Loan Amount needed:
(9) Loan Duration
Email us at: homefund01@gmail.com
Tanya ngan sultan johor n kerabat dia la.. Dia kan jaga tanah johor katanya.. Ingat kerajaan negeri ade berani ke nak luluskan projek tu semua kalau sultan n kerabat x kenan.. Pojek tu depan replika mahkota tu... Da terang2.... Sapa yg lulus??????? Tanya sultan maha kaya tu
ReplyDelete
ReplyDeleteAre you in search of a reputable lender, tired of being rejected banks and mortgage, are you tired of looking for funding for your business, or you are financially embarrassed that you can not repay your debts and bills, Do you think that financial aid? if not now hurry up and grab a guaranteed unsecured loan Today, contact us by email- fasterloanservice@gmail.com
ReplyDeleteHello:
Need urgent loan to solve your financial needs, we offer reliable loan at an interest rate applicable to all loans is (3%), if you are interested contact us via (fasterloanservice@gmail.com) with the information below
Your full name: _____
Country: _____
City: _____
Address: _____
Amount Needed: _____
duration: _____
Loan Purpose: _____
Monthly income: _____
Age: _____
Sex: _____
Occupation: _____
Telephone number: _____
Thanks.
Mr Frank Rogers
Top of the day to you i want to bring to your notice that we offer a free and secure loan transaction which can be deliver to you within the next 48 hours of application from the stable of Kenneth Beare Loan Firm.We offer loan out at a very low rate 3% if you are interested to have a legitimate transaction then you have arrive at the right source. osmanmoneyfinance@gmail.com
ReplyDeleteLOAN APPLICATION FORM
Name:
Sex:
Address:
Occupation:
State:
Country:
Phone Number:
Loan Duration:
Loan Needed:
Have you applied before?:
Email us osmanmoneyfinance@gmail.com