Wednesday, 15 October 2014
PERODUA MENJAWAB FITNAH KERETA KELUARANNYA BERMUTU RENDAH DIMANA GANDAR BELAKANG PERODUA ALZA MUDAH TERCABUT JIKA BERLAKU SEDIKIT PERLANGGARAN.
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah daripada bingkai.
Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.
"Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.
"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel," katanya.
Sebelum ini heboh gegak gempita riuh rendah, beberapa keping gambar tersebar di laman sosial menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berwaspada. Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)...sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya pada kualiti kereta anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Kalau berpandukan pada gambar...impak pelangaran tidak kuat mana, tapi macam mana boleh mudah tercabut? guna skru plastik kot hehehe
ReplyDeletekereta lain berlanggar sampai melayang ke udara tapi tak pula tercabut benda tu...ni masalah kat msia jenis tak mahu mengaku kesilapan..jadi sampai bila pun penambahbaik tak boleh dibuat..jenis sapu masuk bwh karpet...
ReplyDeleteStrategi proton nak laku kan kete keluaran terbaru yg tak laku-kereta yg terang2 tiru perodua myvi-tu pun masih tak ramai nak beli kereta jenis proton ni
ReplyDeleteNko salesman perodua ke cai...proton ke yg g cabut gandar tu... atau proton ke upah org g langgar myvi dan alza...knp nko tk ckp yg proton tiru honda jazz atau ford fiesta dasar rba yg tk suka company yg mmpunyai saham bumi ...
DeleteStatement yg skdr berbntk penafian tp lgsung x memberi sbrg jwpn konkrit kpd persoalan sbnr. Dlm kmlgn yg teruk sekali susah nk tgk gndr tercabut dr chasis...ini baru hentaman dh tertggl sume...sesuatu yg amat serius.
ReplyDeleteSbg CEO, x perlulah nk bagi jwpn yg muluk2 psl motto compny bagai...jwp persoalan knp gndr tu blh tercabut dgn mudah, walhal kereta baru kluar dr kilang....
Aiikkk??? Macam keta mainan je..dah lama tak yakin quality keta buatan Malaysia ni. macam haramjadah
ReplyDeleteKeta ni dibwh toyota cai...perodua cuma rebadge je...pastu ubah rupa sikit dari ori model...
DeleteBuek keto bosi jo, langga apo pun x kesah, yg kono langga hanco bekocai ....ha ha ha ...alahai goli lak ati den ...
ReplyDeleteYo yo. Nak tahan boli keto kobal. Langgar tak kemek.
ReplyDeleteKalau syt jepun mesti dah panggil balik dari pasaran untuk pemeriksaan..tapi kat msia pemimpin dan ketua hanya pandai nafi tapi susah nak mengaku walau bukti jelas terpampang...pandai tiru kereta jepun tapi tak nak tiru integriti dan kualiti jepun ..kerana sindrom penafian maka rakyat dah kalih lalu berfikir bahawa yang nafi itu selalunya benar benar berlaku...aku dah pandu proton saga jepun lebih 20 tahun tak jumpa pula kes gandar tercabut...kalau pomen cabut untuk repair ada laa ...kawan aku drift toyota ke 30 beumur 30 tahun tak pula ada tercabut gandar hehehe
ReplyDeleteOrg malaysia buat kreta janji siap, pasai hat lain depa x habih ngaji dgn jepun....
DeleteNi bru komen dr pegawai PeroDua..tggu jwpn menteri dlu...bru blh gelak sakan
ReplyDeleteIkut nasihat hasang maluk, kalau nampak kereta perodua tidak tahan, kita beli proton pula.
ReplyDeleteRamai gak salesman proton buat komen-nak buat sales gi blog lain laa salesman proton-kete proton kau tak laku kat malaysia ni-tiap2 tahun kerugian-perodua gak terbaik
ReplyDeleteAku slu pndu pro2 myB milik spupu aku mmg bhgian blakang trasa mcm tk ada kekukuhan bla tyar blkng langar lubng dikit gegeran yg kita rasa solah bhgian blkng tk teguh..rasanya pro2 prlu panggil snua keta ni utk pmrisaan klu meka btul2 pro n btggungjwb.
ReplyDelete