Tuesday, 21 October 2014
SOKONGAN PR MENINGKAT KERANA UMNO/BN BAWAH KEPIMPINAN NOH OMAR GAGAL EKSPLOITASI KEMELUT MB SELANGOR.
Kelemahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO Selangor, dibawah kepimpinan Dato' Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang, mengeksploitasi krisis menteri besar Selangor yang berlarutan selama lapan bulan dikenal pasti menjadi antara faktor sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) meningkat.
Persepsi terbentuk kini ialah perasaan UMNO/BN yang takut gagal dalam usaha merampas kembali Selangor berpunca daripada kelemahan mereka kerana gagal mengendalikan isu terburuk dalam PR itu.
BN, Umno terlalu lemah untuk menjadikannya kesempatan mereka, kerana mereka tidak yakin mampu memenangi kembali kerajaan negeri Selangor sekiranya berlaku pilihan raya negeri.
Peluang terhidang didepan mata namun tidak mampu untuk mencekupnya disebabkan banyak kekurangan dalam kepimpian UMNO/BN Selangor kini.
Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMcedel) menunjukkan PR kembali menerima keyakinan rakyat apabila mendapat sokongan 43% daripada keseluruhan 1,165 responden di kesemua 22 kerusi Parlimen di Selangor.
Sebab itu kata para penganalisis politik tanah air secara berterus terang, jika UMNO/BN masih menyimpan hasrat mau merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Rakyat, perlu diangkat pemimpin besar lain yang pada sudut mata rakyat, seorang pemimpin yang bersih, cekap dan amanah .. Integritinya langsung tidak dipersoalkan dan kemampuan mentadbir negeri telah terbukti serta mempunyai hubungan baik dengan istana dan rakyat.
Masalah besar yang dihadapi UMNO/BN Selangor kini ialah, tiadanya pemimpin yang memiliki kriteria itu ketika ini melainkan terpaksa menjemput pemimpin dari luar kotak UMNO.
Siapakah pemimpin yang dimaksudkan????? .. UMNO fikirlah sendiri.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Meningkat? kau biar betul
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteMudah-mudahan Selangor bertambah maju dan makmur.
Alhamdulillah
ReplyDeleteKalau ikut ucapan Jiban/Bini Rosmah kat konvusyen Parti Gelakan baru baru ini, kemungkinana besar Nor tak pandai spin fakta auta. Bukan macam PR pandai spin cerita 40 k bangala. Kalau sokongan BN terus turun, PRU 14 ada kejaan baru Mesia.
ReplyDeleteHadiah buat saudaraku 18:34:
DeleteDalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.
Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:
Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
(Surah Humazah: 1)
Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:
Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
(Surah al-Qalam: 11-13)
Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)
budak otak udang boleh buat kerja ke ?
ReplyDeleteSatu iktibar kpd pr, bila rakyat dh benci bukan mudah utk menambat balik hati rakyat, contohnye ape yg terjadi kpd umno selangor sekarang ni, sebelum noh omar, najib pun gagal utk menawan hati rakyat selangor, presiden umno tu bukan calang2 org. Sape pemimpin besar lain lg yg ade dlm umno yg bersih, cekap, amanah dn berintegriti nk dipertanggungjwbkn utk menawan selangor, jwpnnye tak ade ...mcm tok pa dr muda smpai ke tua ganyut x juga dpt tawan hati rakyat kelantan ...padanlh dgn muka umno...
ReplyDeleteBN Selangor needs fresh iconic leaders possibly in early 40s, for both UMNO and MCA. These leaders should turun padang 5 days a week. Putting strategies on papers, provide development, etc no.longer appeal to Selangor people.
ReplyDeleteno money no talk
Deleteno fulus no lulus
no ampu no mampu
Haktuihhh
ReplyDelete