Tuesday, 21 October 2014
KUPASAN MANTAN MUFTI PERLIS KEMPEN 'I WANT TO TOUCH A DOG' DAN ULAMA BAGAIKAN ANJING
Sesetengah media menggambarkan seakan saya menyokong kempen menyentuh anjing yang dianjurkan oleh sesetengah pihak. Padahal saya hanya bercakap dari dimensi teks yang ada dalam Islam berkaitan anjing bukan tentang kempen memegang anjing tersebut.
Saya tidak menyatakan sokongan ataupun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan. Apakah keperluan program seperti hendak dianjurkan?!! Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat PANDA dari China. Jika saya ingin menyokong ataupun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini.
Isu anjing itu telah saya tulis beberapa tahun lepas. Ini kerana pengalaman saya yang sering ditanya oleh 'muslim bandar', muslim yang baru menganut Islam dan bukan muslim mengenai sikap Islam terhadap anjing. Tulisan saya untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing. Sesiapa yang hidup di Barat akan lebih terasa persoalan ini dibangkit oleh saudara-saudara baru muslim.
ULAMA YANG BAGAIKAN ANJING
Dalam kesibukan membincangkan isu sentuh anjing, kita jangan lupa mengingati diri bahawa ada isu yang lebih besar yang dibangkitkan oleh al-Quran berhubung dengan anjing, iaitu ULAMA YANG BERSIKAP BAGAIKAN ANJING. Ini al-Quran sebut dalam Surah al-A'raf ayat 175-176.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).
Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat menyebut nama orang tersebut ialah Bal'am.
Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopah dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.
Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain. Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan.
Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya. Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka. Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama.
Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain.
Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).
Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia.
Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Maka al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sah.secara suka suka memegang anjing itu HARAM.bagi yg menyokong lalu mencaci pemberi nasihat pun HARAM.jelas bila memberi komen pastikan berilmu.jika tiada ilmu maka jelas mempermainkan hukum Allah swt.kesiam melihat makcik makcik dan adik adik yg menutup aurat tapi gembira bila melakukan perkara HARAM.
ReplyDeleteApakah ada satu pengukur tanda yang mana kita boleh melebelkan seseorang ulama itu sebagai mufti anjing?.
DeleteApakah kerana ulama tersebut berada dl dalam negara banyak berlaku rasuah, penyeleleweng kuasa dll kemungkaran?.
Apakah ulama di Timur Tengah lebih angging dp ulama Malaysia semata2 mereka tinggal dii negara yg lebih kurup?.
Apakah tanggungjawah Nabi (SAW) sebagai (a) penyampai dan sekaligun memberi hidayah atau hanya (b)sebagai penyampai sahaja?
Persoalan tersebut perlu di jawab dulu sbelum melebelkan seseorang ulama sebagai anjing
1. Sila ambil positif,
Delete2. Dalam Al-Quran ada disebut balasan kebaikan, balasan keburukan, teladan baik, teladan buruk, nasihat baik, teguran, kecaman, dan peratuan hidup dan sebagainya.
3. Pepatah melayu menyebut 'tak kenal maka tak cinta', soalannya berapa ramai kah melayu mengenali Islam?
4. Bukan niat melebelkan ulama anjing, tetapi pepatah melayu juga menyebut 'siapa makan cili dia yang merasa pedasnya'
Kalau gitu ramai jenis tu terdapat kt malaysia ni, terima kasih dr maza ....
ReplyDeleteAku masih nak kutuk Nurul Izzah kerana masih ikut program tah apap2 untuk meraih publisit murahan. Weiiiiiiii Kakak YB, dekat Pantai dalam tu ada ramai orang susah, Makcik Jah yang keluar paper Kosmo sebab lumpuh dan anak asthma, anak yatim dll.
ReplyDeleteDiharap Kakak YB pun boleh nasihat Bapak YB yang dekat Permatang Pauh tu ramai orang susah.
Ada paria pembodek marah aku kata itu dan ini bila aku cakap diatas. Nahhh aku lampirkan program yg baik dari PR . Ini yang rakyat mahu, bukan dukung anjing, raba anjing dll.Sila baca dan contohi
CONTOH 1
PARIT BUNTAR : Dalam agenda mendekat diri dengan masyarakat , PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khimat Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong mengadakan program lawatan muhibbah ke Hospital Parit Buntar.
Penyelaras program Hairul Nizam Ishak berkata, kedatangan rombongan telah disambut mesra oleh pihak hospital dengan membuat lawatan ke wad bersalin, kanak-kanak, lelaki dan wanita.
CONTOH 2
Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak hari ini hadir menziarah kelima-lima adik beradik yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.
Abdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.
“Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.
“Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup,” katanya kepada pemberita
Kepada Kepimpinan PKR
ReplyDeleteMonyet2 Kajang Move, kamu membuat TSKI dipecat, Che Gu Bard digantung, Saifudin diturunkan pangkat dan Ketua PKR Selangor mahu dilucut dan nak diberi kpd Nepotism Mama Al Kipas Remote Control..
Kamu tidak peduli rakyat susah. Ramai kanak2 di estet hidup melarat. Ninja Turtle hanya tau membodek sehingga nak angkut 5 bas.
PKR memerlukan Reformasi dalaman, Pemilihan PKR memerlukan himpunan Bersih untuk membersihkan aturan gang kajang move d BODEKS dalam parti
Ayuh Reformasi mestilah dilakukakan dalam PKR. Jangan Bicara pasal perjuangan jika takut dipecat sebagai ahli PKR. Jangan takut kepada ugutan Rafizi untuk memecat ahli yang membangkitkan isu Nepotism
Syabas Khalid kerana berjuang untuk parti. Syabas Azmin kerana berjaya mengekang budaya Nepotism. Segam-Boot family and Gang Kajang Move can get loss.
Boy Ulu Yam
Reformist 1998
Kalau Mamat Matang Pauh tu tak dengar, kami akan ajar kamu dengan undi-undi kami. Kalau kamu mahu Selangor jatuh pada PRU-14, kamu boleh berdegil macam kaldai Abu Lahab
DeleteSaya rasa kalau Syed Husin Jadi President, pemimpin atasan tak jadi macam beruk kena belacan. Malangnya Syed Husin dah pencen.
Air yang kelihatan tenang, tapi bergelora dibawah dasar.
Ayuh Kepimpinan PKR perlu direformasikan
Boy Ulu Yam Junior
Reformist Kampung
Salam.
ReplyDeleteSaya harap Dr Asri dapat memberi satu nama negara yang wujud sekrarang, supaya supaya rakyat, kerajaan, ulamak2 dapat mencntohi negara tersebut . Negara yang benar2 menajadi model kepada kita semua. T/K
Rusia, Valdimir Putin. Gay sudah diharamkan dirusia.
Delete1. Sebenarnya kita tertipu dengan agenda barat sukatan barat mengenai mana yang baik dan mana yang buruk.
Delete2. Yang terbaik semua ada dalam Al-Quran, dijelaskan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan terbaik, maka kita ikut Rasulullah SAW.
3. Maka contoh kerajaan terbaik adalah kerajaan Islam Madinah kepimpinan Rasulullah.
4. Ianya diikuti oleh Pimpinan Kallifah Ar-Rasyidin
5. Ada pun berita-berita keburukan kerajaan selepasnya adalah permulaan bagi Nasrani dan Yahudi menaburkan fitnah dan memecah-belahkan kekuatan Islam
Ni lagi program bagus oleh PR. Ikutla program macam ni. Woiiii Kakak Izzah dengaq tak!!!!
ReplyDeleteAdalah dimaklumkan PAS Cawangan Senawang akan mengadakan beberapa program khidmat masyarakat sempena cuti sekolah pada bulan November dan Disember 2014 ini. Antara program yang diatur ialah program gunting rambut percuma untuk pelajar sekolah, program pembangunan remaja, program khidmat masyarakat serta gotong royong.
Sehubungan dengan itu sumbangan kewangan adalah amat-amat dialukan untuk menjayakan program ini.
Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Naib Bendahari PAS Cawangan Senawang, Sdr Khairil melalui Tel/Whatsapp/SMS di 016-6669703 .
Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun atas nama PAS CAWANGAN SENAWANG, no Akaun : 05067010003189 (Bank Islam – Cawangan Senawang)
jgnlah manja dgn anjing saja. babi pun jelos juga. hukum anjing dan babi sama aje.
ReplyDeletehari tu bila coklat cadbury ada sedikiiiiitt dna babi yg dibolehkan oleh syarak, wah ramai marah dan geli nk makan cadbury.
apa kata coklat nnti ada dna anjing pula, sudah tentu melayu2 peminat pegang anjing akan sgt berselera utk memakannya.
kata org tua2 ;
takde keje cari keje, byk lagi amal ibadat yg perlu diraih utk bekalan akhirat tp yg disibukkan adalah gian nk pegang anjing.
org yg warak dn sentiasa mendekatkan diri dgn Allah tidak akan melakukan kerja2 tk berfaedah.
demi masa... manusia semua dlm kerugian kecuali ........ (cari sendiri sambungannya, jgn dok buang masa pegang anjing, anjing tk tolong kita dalam kubur nanti, dh cukup amal ibadat ke?)
Itu kenapa saya komen mereka ini anjing-anjing. Juga anjing-anjing yahudi. Dari dulu sehingga kini, yahudi dan nasara sentiasa mensekularkan Islam dengan tujuan menjadi selari dengan amalan mereka.
ReplyDeleteJika Allah SWT boleh berfirman bahawa satu ulama itu umpama anjing, akibat perlakuan nya, kemudian di contohi yang lain, ia tidak lain satu peringatan terhadap kelalaian manusia. Dalam mencari 'keseimbangan' hidup, ilmu dunia dan ilmu agama Islam itu mesti saling mencukupi dalam landas syariah yang jelas terutama dari segi hukum dan khilaf nya.
Apa guna kita Islam, mentauhidkan Yang Satu dengan mengangkat kebesaran Muhammad SAW dengan mengikut Sunnah baginda seperti wujud nya tali Allah Al Quran, dalam NYATA itu masih INGKAR ? Bukankah syaitan itu lebih hampir ?
Sesungguh nya manusia itu suka menzalimi diri... omakkau hati-hati ok?
Lepas ni program I want touch piggy dan pesta bogel akan dibuat di Selangor, dont worry be happy..
ReplyDeleteKalau anjing tu kering dan tangan kita juga kering, maka menurut hukumnya adalah tidak najis. Jika tidak najis maka adakah jatuh juga hukumnya kepada haram?
ReplyDeleteMinta pencerahan dari sudut agama yek...Jangan bagi pencerahan dari sudut politik atau dari sudut hawa nafsu kemarahan.
Terima kasih.
Ni lagi program bagus oleh PR. Ikutla program macam ni. Woiiii Kakak Izzah dengaq tak!!!!
DeleteAdalah dimaklumkan PAS Cawangan Senawang akan mengadakan beberapa program khidmat masyarakat sempena cuti sekolah pada bulan November dan Disember 2014 ini. Antara program yang diatur ialah program gunting rambut percuma untuk pelajar sekolah, program pembangunan remaja, program khidmat masyarakat serta gotong royong.
Sehubungan dengan itu sumbangan kewangan adalah amat-amat dialukan untuk menjayakan program ini.
Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Naib Bendahari PAS Cawangan Senawang, Sdr Khairil melalui Tel/Whatsapp/SMS di 016-6669703 .
Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun atas nama PAS CAWANGAN SENAWANG, no Akaun : 05067010003189 (Bank Islam – Cawangan Senawang)
9:52
Deletekering sama kering, maka babi yg dipegang tidak najis la. yg haram bila dimakan babi itu.
isu nya org islam sentiasa membersihkan diri zahir batin. benda2 yg boleh menyebabkan najis elok dijauhi. amat sukar nk manja2 dgn babi tu tanpa terpercik air liur dia ... atau air dr sumber luar yg menyebabkan sentuhan menjadi basah.
seronok sgt manja2 dgn babi tu, takut tk sedar tangan berpeluh kita sedang seronok membelai tengkuk babi tu... maka ketika itu ternajislah kita.
kalau suka geram nk pegang babi tu kerana comelnya maka belilah babi plastik yg boleh bawa tidor pun.
adapun sunah yg mendapat pahala IALAH MENGUSAP2 KEPALA ANAK YATIM.
jgnlah buang masa mengusap2 babi tu.
Contoh program Pas yang boleh diikuti orang ramai:
ReplyDeleteTELUK INTAN, 27 Mac : Mempelbagaikan aktiviti di surau dan di masjid merupakan salah satu cara untuk kita mengimarahkan surau dan masjid. Demikian telah dinyatakan oleh isteri ADUN Changkat Jong , Puan Hjh. Faridah Rajiah binti Ahmad Fakhrurrrazi semasa merasmikan penutupan Pertandingan Memasak Ikan Keli Piala Isteri ADUN Changkat Jong. Majlis telah diadakan di Surau Diri Jumaat Hidayatul Islamiyyah, Taman Cicely dekat sini.
Menurut beliau lagi, pihak surau dan masjid perlu memperbanyakkan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk setempat.
"Apa yang penting, dengan mempelbagaikan aktviti kita dapat mengubah pemikiran masyarakat selama ini yang hanya melihat surau dan masjid hanya sebagai tempat melakukan ibadat solat sahaja sedangkan pada zaman Rasulullah, masjid telah menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk Madinah," tambah beliau lagi.
Ini satu lagi contoh program baik:
ReplyDeleteSudah menjadi lumrah bagi Dewan Muslimat PAS Shah Alam (DMPSA) menghidupkan Ramadhan (Ihya' Ramadhan) melakukan amal kebajikan dan menghargai golongan kurang upaya dan bernasib baik. Setiap tahun di bulan yang mulia, DMPSA menganjurkan majlis ini bagi meraikan golongan kurang berkemampuan agar mereka juga dapat merasai nikmat kurniaan Allah terutama ketika menjelang tiba Hari Lebaran.
Program Kemasyarakatan Ihya' Ramadhan kali ini telah diadakan pada 31 Ogos 2010 baru-baru ini di Dewan MBSA Seksyen 17. Majlis ini diadakan bagi meraikan golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim. Seramai hampir 300 orang yang diraikan hadir setelah dikenalpasti melalaui cawangan diseluruh Parlimen Shah Alam. Mereka menerima sumbangan berupa duit raya dan keperluan harian. Dana sumbangan diperolehi daripada ahli dan pendokong PAS serta masyarakat setempat yang menyokong aktiviti DMPSA ini.
Program ni pun lagi baik:
ReplyDeleteLajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) telah mengadakan program Jelajah Ehsan Ummah untuk memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin dan ibu tunggal menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi.
Menurut Pengerusi Lajnah, Ustazah Mariam Abdul Rashid, program tersebut adalah merupakan program tahunan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor. Program yang berjalan selama sehari bermula di Kawasan Sabak Bernam, diikuti Sungai Besar dan Tanjong Karang dan akan berakhir di Kuala Selangor.
Setiap kawasan diminta mencari seramai 20 orang yang berkelayakan untuk menerima sumbangan daripada pihak lajnah bagi meringankan beban mereka, terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri, katanya yang juga Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Dalam program tersebut seramai 20 orang yang terdiri dari golongan ibu tunggal, fakir miskin terpilih dalam DUN Sungai Burong, telah menerima sumbangan daripada pihak lajnah
Ini pun program cun:
ReplyDeleteAnda dijemput hadir.
Bersama kita, jom bina Malaysia Mesra OKU dalam Wacana Sayang OKU
26 Okt 14, 2 ptg bertempat di Auditorium Perbadamam Perpustakaan Awam Selangor PPAS. YB Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Eksko kerajaan negeri akan turut serta.
Panel utama: Mohammad Faizal Che Yusof dan Omar Abdul Aziz (Aktivis OKU PAS).
Program ini pun bagus. Dapat pahala lagi:
ReplyDeleteKg. Cik Zainal Chemor:- Progam 'TIADA SAPA PEDULI PAS DATANG MEMBANTU' telah di ziarahi oleh AF Ustaz Wan Ahmad Termizi dan Ustaz Salleh kerumah seorang janda di Kg. Cik Zainal Cemor. Beliau atau lebih dikenali Kak Mah telah memohon bantuan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tambun untuk menukar atap rumahnya yg telah reput dan bojor apabila hujan. Kak Mah menceritakan bagaimana ia telah tidak di pedulikan oleh ketua kg. disana. Perbagai cara telah dibuat tapi menghampakan. PAS Kawasan melalui Lajnah Kebajikan telah menyumbang 25 keping zink dan Kayu kepada beliau dan kerja zink telah dibuat secara gotong royong oleh PAS cawangan kg. cik zainal yg. diketuai oleh saudara Halim.
Contoh program tang tak boleh diikut:
ReplyDeletepesta Gangnam Style Psy
Ini satu lagi program tak boleh diikut:
ReplyDeleteartis Kpop selalu datang buat konsert
Puisi yg pernah TSKI baca:
ReplyDeleteIf - Rudyard Kipling
pada 24hb Ogos 2014 pukul 10.10 ptg
If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you,
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don’t deal in lies,
Or being hated, don’t give way to hating,
And yet don’t look too good, nor talk too wise:
If you can dream—and not make dreams your master;
If you can think—and not make thoughts your aim;
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;
If you can bear to hear the truth you’ve spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build ’em up with worn-out tools:
If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breathe a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: ‘Hold on!’
If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with Kings—nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you,
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds’ worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that’s in it,
And—which is more—you’ll be a Man, my son!
Aku dah kata dah Nurul Izzah YB bukan berjiwa Yang Berhormat tapi Yang berjiwa Yang Bangku. Punya la bodoh piang, sesi anjing dia pi, sesi tolong orang dia tak pi.
ReplyDeleteLagi mau kata my Mama is better than TSKI. Podacit. Nahhh 2 kupang beli tisu takut teriaqq sat ni
IZZAH KEPINGIN BELAIAN MANJA SEORG SUAMI MACHO DAN SUCI MCM HAMBA.
Deletemungkin isu manja2 anjing tu luahan kepingin nya itu.
takpe, nnti abg akan sunting izzah. 25 hb , anakanda kawin.
Jgn sapa2 usik izah..dia tu kan janda..oi bergetah lg tu..tak stim ke tgok..apala kau org dok marah dia buat apa..bodek je..mana lah tau dapat...
ReplyDeleteanjing reti bahasa dan pandai jugak ; lebih baik dari bebudak merempit yang melambak lambak...
ReplyDeleteanjing tak buat kerja jubo menjubo mcm segelintir manusia haramjadah yg suka menjubo lubang jubo jantan.heee
DeleteMula mula minat drama Korea kemudian demam k pop melanda.wabak INI terus berjangkit memegang anjing
ReplyDeleteProses seterusnya makan daging anjing
Last sekali akidah jawab sendiri
INI wabak takan berenti kerana orang Korea makan anjing
Tu yg betina gedik pegang anjing tu
Yang aku tahu kalau sentuh anjing dan sama sama kering hukumnya tidak najis, Kalau bersentuhan dan salah satu basah atau kedua duanya basah maka kita (yang Islamlah) kena sama tempat yang bersentuhan. Ertinya taklah jadi masalah kerana ada penyelesaian. Yang lagi satu ulamak macam anjing tu aku tak tahu. Selalunya yang macam anjing ni pengaruhnya kuat. Jadi ramai pulak anjing-anjing kocik mengikut!!
ReplyDeleteHukum pegang anjing semua dah tau
ReplyDeleteYang bergambar tu boleh try berak salap kertas pulok ye
What? Hanjin?
ReplyDeleteHanjin Shipping Co. Ltd is Korea's largest and one of the world’s top ten container carriers that operates some 60 liner and tramper services around the globe transporting over 100 million tons of cargo annually. Its fleet consists of some 200 containerships, bulk and LNG carriers.
Hanjin Shipping has its own subsidiaries dedicated to ocean transportation and terminal operation and it has 230 branch offices in 60 different countries
This Is What U Really Want !!
ReplyDeleteKLIK HERE !!