Thursday, 29 August 2013
AWAS!!!!...KERJA NAK MENIPU RAKYAT DISEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SEDANG BERJALAN .....DENGAN HANYA RM5 SEORANG MURID YANG KURANG CERDIK BOLEH MENJADI PINTAR ????
PETALING JAYA: Sekolah-sekolah di beberapa negeri telah 'dipromosikan' dengan pil yang kononnya boleh membuatkan pelajar lebih bijak.
Promoter pil tersebut turut mendakwa pil tablet pintar yang dinamakan Dimensi 108 yang dipasarkan sebagai makanan tambahan boleh mengubah tingkah laku kanak-kanak untuk menjadikan mereka lebih taat dan rajin serta tahan penyakit.
Ibu bapa yang prihatin dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur menghubungi The Star apabila pil tablet itu diedarkan kepada murid-murid darjah 6 awal minggu ini dengan berkata anak-anak mereka dipaksa untuk membeli pil tersebut.
Salah seorang ibu bapa murid di sekolah itu berkata, dia telah meminta anak perempuannya supaya memulangkan pil tersebut kepada guru kelasnya dan enggan membayar pil berkenaan.
"Apabila anak perempuan saya dan beberapa rakan-rakannya memulangkan pil tersebut, guru tersebut memberitahu mereka untuk tidak menyalahkannya jika mereka tidak pandai dalam UPSR (yang akan bermula 9 Septemer).
"Bolehkah anda mempercayainya? Guru itu sepatutnya menggalakkan murid-murid supaya berusaha keras untuk peperiksaan mereka dan tidak bergantung kepada pil-pil tertentu," katanya kepada The Star.
Seorang lagi pengadu yang adiknya belajar di sekolah tersebut telah membuat aduan bertulis kepada Kementerian Kesihatan.
"Seorang pegawai kementerian memberitahu saya bahawa mereka akan meneliti perkara itu dan saya telah menghantar gambar bungkusan pil yang tertera logo kementerian tertera di atasnya.
"Saya berharap mereka akan meneliti perkara ini dengan segera kerana kami perlu tahu sama ada produk itu sah atau tidak," katanya.
Guru besar sekolah tersebut berkata ibu bapa telah salah faham mengenai pil berkenaan dan ia tidak diwajibkan kepada murid-murid untuk dibeli.
"Kami tidak akan mempromosikan benda tidak baik kepada murid-murid...ia seperti makanan tambahan herba untuk membantu mereka fokus dan membina tenaga untuk peperiksaan yang akan datang.
"Ia mengandungi bahan-bahan seperti spirulina dan kurma merah yang baik untuk kesihatan. Saya sendiri memberikannya kepada anak-anak saya menjelang peperiksaan.
"Produk itu turut disokong oleh Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), bermaksud ia telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan," katanya.
Guru besar itu mendakwa pil tersebut dibekalkan ke sekolah terbabit oleh GMGBM.
"Salah seorang ibu bapa berkongsi keprihatinannya dengan saya secara peribadi dan apabila saya menjelaskan situsai tersebut, dia menyokong tindakan itu," katanya.
Beberapa ibu bapa masih ragu-ragu.
"Hanya RM5 untuk mengubah tingkah laku? Ini adalah cara paling murah untuk mendapatkan produk terbaik sejak penemuan DNA," seloroh salah seorang ibu bapa di laman Facebook.
"Berbelanja beberapa ratus, masalah tingkah laku diselesaikan...di mana saya boleh membuat tempahan yang banyak? Atau bagaimana cara untuk menjadi ejen," kata seorang lagi ibu bapa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
Kalau budak tu allergik kat bahan-bahan seperti spirulina dan kurma merah? Camno?
ReplyDeletebagus..ank sy dh mkn ade perubahan...dan tak mahal berbanding produk lain..
Delete1129.....apalah kamu nihidup nak membangkang jer..kalau nak beli belilah kalau x nak tak payah belilah....
DeleteBukan dipaksa pun....5 hinggit jer x lah mahal macam kismis tu.......
mcmc2...rasanya si 1129 tu bertanya, kalau x silap?
ReplyDeletebacala dulu blog produk tu..baru bg ulasan..jgn cepat nak membangkang je..kita ade fikiran yg Allah beri..boleh beza mana baik dan buruk..tryla positif sikit...
Deleterasanya TAJUK tu yg menjadi persoalannya...belum ape2 lg dh tuduh MENIPU..
DeleteBiasanya kalau orang tu kaki penipu macam ketua penipu
DeleteMaka apa orang lain buat pon dikatakan tipu.
Bisnes otak elektronik lg bagus
ReplyDeleteAku rasa lah demensi 108 elok gak omak kau dengan penganut2 pakatan makan boleh gak mententeram kan jiwa kacau.boleh gak menjadi baik drpd menjadi manusia gampang.
ReplyDeleteDIMENSI dan bukan nyer DEMENSI.yang layak makan adalah ahli umporno.buktikan pada madey bahawa anggapan dia korang tu bodopiang tidak benar.PAU KACANG menjelang tiba dan bole dijual masa tu.
DeleteBaik koi beli ubat kuat!
Deleteso, macai karat biru, tunggu apa lagi! beli banyak banyak dan makan setiap hati supaya jadi cerdik sikit dan dapat keluar dari kepompong kebodohan. Dan buktikan kpd cek det bahawa ahli ahli umno tidak lagi bodo bodo spt yg beliau akui sebelum ini.
ReplyDeleteNota: ini hanya nasihat dan kalau nak jadi bodo selamanya pun tak apa. sekurang kurang nya macai dah bantu cek det membuktikan kata katanya adalah benar.
Innalillahiwainailaihirajiun pada orang tua moga2 roh mu di ampuni allah.
Deletehah. kejadian terletak di negeri selangor. Ni mesti kerja2 cikgu macai penyokong tegar pkr dan PAs syiah ni. gerenti punya. Apalagi...jom kita behimpun haram di jalanan la woii.lalalala
ReplyDeleteNi majlis Guru Besar penyokong kuat Umno tak de cara lain ke nak cari untung kat Selangor.aTongong pnya bisness.
ReplyDeleteklau budak ada kesan sampingan sbb mkn pil tu mcm mana? macai umno xleh bpikir.. klau kerajaan bg taik pon korang makan.. lurus bendul
ReplyDeletenilah..msyrkt kita..kalau bumiputra nak ceburkan diri dgn produk yg halal dan suci ade je sabotaj..mcmmana kita nak maju..bukannya mahal pun brbanding produk lain...dan sebenarnya anak sy dh cuba dan menampakkan perubahan ke arah yg baik...bukalah mata lihatlah generasi skrg..apa yg kita makan selama ini....hasilnya apa.?.masalah sosial mcmmana skrg..dan pihak yg tertentu pun dh buntu memikirkan penyelesaiannya....apa salahnya kita mencuba jika ianya salah satu USAHA utk ke arah akhlak yg baik..tak mustahil jika ALLAH menganugerahkan kita sesuatu yg bernilai..try dulu baru mengkritik...
ReplyDeleteye la..betul tu..ank sy dh cuba..Alhamdulillah ade nmpak perubahanla...tp knp produk baik mcmni di sabotaj je?masalah label dan logo tu bukannya maslah besar sgt....harap jgn stop ..teruskan jika ianya baik utk generasi skrg dan akan dtg..
ReplyDeletesalam omakkau blogspot com
ReplyDelete....jangan jadi pak turut... orang kutuk magic pills kau pon ikut... ambil segala keratan bukti orang tak beriman tu kau tepek dalam blok kau. ... skg kau pandai tapi pandai copy and paste jer.....saya nasihatkan kau sikit ye,,, JANGAN IKUT PERKATAAN ORANG MUNGKAR BOLEH TK Gunalah hati dan fikiran tak usah terpengaruh dengan karia orang.
tak mustahil boleh berlaku..kalau tak..takkan paper STAR tu gelarkan "magic pills"..memang betulla..sy dh cuba kat anak sy..ada perubahanla sikit..kalu tak dulu suruh baca buku ke..sekolah ke..memang amat2 liat..skrg bila sy suruh senang je..bukan sy nk pujila..sy dh cuba mcm2 produk..mahal2 pulak tu..tak berkesan langsung tp bila sy guna pil ni..Alhamdulillah memang berkesan..kdg2 kita tak cuba kita tak tau...
ReplyDeleteye ke..????brp harga pil ni?mcm menarik je..nk try la..ade jual ke lgi?
ReplyDeletekwn sy kat U ada mkn ubat ni..dia kata bagus..study pun steady je..rasa cam nak try je..
ReplyDeleteAlhamdulillah....asalamualaikum
ReplyDeleteproduk Dimensi 108 ini adalah 100% milik bumiputera (orang melayu). Iannya diusahakan untuk membantu anak-anak dalam pembentukkan sahsiah dan kecemerlangan akademik sebab itu iannya diedarkan dengan kos mampu milik iaitu RM5.00. Mungkin Disebabkan iannya adalah produk bumiputera dan disebabkan takut kepada persaingan maka produk ini telah di gembar-gemburkan sebagai produk yang tidak selamat, tanpa mengetahui "hakikat" sebenar dari segi keberkesanannya. Memang kita akui ada sedikit kesilapan teknikal dari pihak syarikat dan ianya akan diperbetulkan. (iaitu dari segi PERLABELAN PRODUK) .
Sejak dari dahulu Orang Melayu tidak kurang hebatnya dari segi perubatan dan petua atau kepercayaan. Sebagai contoh setiap kali menjelangnya peperiksaan banyak sekolah yang mengadakan "bacaan Yasin" maka diberikanlah air yasin tersebut pada calon-calon peperiksaan. Ada juga ibu bapa yang memberikan "kismis doa", produk yang telah dibacakan 30 juzuk ayat Al-Quran dan sebagainya. Mengapakah orang melayu percaya kepada ini semua. JAWAPANNYA IALAH MEREKA PERCAYA KEPADA ADANYA SATU "KUASA" IAITU "KUASA TUHAN". sedangkan jika dibuat kajian, zahirnya air yasin itu hanyalah H2O sahaja, kurma doa itu hanyalah buah kurma sahaja dsb. Tetapi disebalik zahir itu ada batinya yang tidak dapat dikaji dengan apa alat pun.
Begitulah halnya dengan DIMENSI 108 yang zahirnya adalah gula-gula campuran herba. tetapi dari segi batinnya samalah seperti air yasin, kismis doa dsb. Namun "MAKAM" manusia itu adalah "USAHA"..
Apakah pihak2 yang mempertikaikan produk ini terlebih dahulu telah mendapatkan testimoni dari ibu bapa yang telah memberikan anak-anak mereka Dimensi 108 ini? ataupun kita sendiri telah memberikan anak-anak kita produk ini dan dapat melihat sendiri kesan buruk atau baiknya?
Apa salahnya, jika benar-benar produk ini berkesan iannya dibuat R&D secara profesional dari segenap sudut atau dapatkan maklumat terperinci daripada tuan punya formula BUKANNYA semua pihak melatah. Mungkin dalam isu ini ada pihak yang berkepentingan telah merasa menang kerana telah dapat menidakkan satu produk bumiputera yang berpotensi demi membangunkan SAHSIAH dan kecemerlangan akademik anak bangsanya sendiri. Manakala pengulas-pengulas lain pula merasa bangga kerana kononnya dia menjadi PENYELAMAT terhadap anak bangsa dari sebuah syarikat yang kononnya semata-mata ingin mengaut keuntungan.
Sedarkah kita betapa besarnya Dosa orang yang menghalang sesuatu kebaikan itu daripada disebarkan. Jika Tuhan berkehendakkan sesuatu itu tidak menjadi keberatan bagiNya. Tuhan memilih barangsiapa yang dikehendakiNya.
Dan jika kita tidak mengetahui akan sesuatu itu adalah lebih baik kita berdiam diri dari memperkatakannya.
SAYA AMAT KECEWA DENGAN PIHAK PEMBANGKANG ADAKAH SELAMA INI SOKONGAN RAKYAT TERUTAMA ORANG-ORANG MELAYU BERBALOI, PEMBANGKANG SEKELIAN BERHENTILAH MEMAKAI TOPENG KEBAIKAN, SEDANGKAN MENGHALANG KEBAIKAN SAMPAI KEPADA MANUSIA. INGATLAH SIKIT KEBAIKAN ITU DARIPADA TUHAN DALAM SEBARANG BENTUK, JADILAH PENDUKUNG DAN PENYOKONG KEBAIKAN. JANGAN MENCARI MURKA TUHAN... SEDAR ATAU TIDAK SEMUA PEMBANGKANG AKAN TERPALIT BALA DARI TUHAN, SEDARLAH
ReplyDeletemakhluk lgsung tiada kuasa. Allah yg maha brkuasa
ReplyDeleteItu betul...Allah s.w.t lah yg paling berkuasa..tp kite sbg manusia harus berikhtiar..pil ini hanya lah mknan tambahan.same je dgn pengambilan coklat minda..kismis doa..sy rse org mempertikaikan sbb harganya terlalu murah..inilah bakti yg sy dpt lihat drpd org melayu untuk org melayu.harga yg sume org mampu.tidak membebankan.knp kite nk cantas terlalu awal sdgkan kite xcube dulu..itulah silapnya kite org Melayu..jd berubahlah demi krn kebaikan..peace no war..
Delete