Tuesday 20 August 2013

WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA - Pernyataan Sikap dan Pendirian Terhadap Kudeta Tentera dan Kekejaman Ke Atas Rakyat Mesir






Tindakan barbaric regim tentera pimpinan Abdul Fattah al-Sisi tidak ubah seperti tindakan Fir’aun yang sanggup membunuh anak-anak kecil kerana takutkan kemunculan kesedaran baru dalam kalangan rakyat. Kekejaman melampau tentera yang menggunakan kereta kebal, helikopter dan peluru hidup telah mengakibatkan lebih 600 orang awam terbunuh dan lebih 4,000 orang cedera, hanya dalam tempoh sehari, adalah satu bentuk state terrorism, satu tindakan tidak bertamaddun lagi memalukan di abad ini. 

Hanyalah kerana hendak mempertahankan kepentingan kelompok dan kedudukan selesa yang mereka nikmati sejak zaman Mubarak, pemerintah tentera sanggup ‘berperang’ dengan saudara-saudara mereka sendiri, membunuh rakyat tidak  bersenjata yang hanya memprotes secara aman bagi mendapatkan kembali keadilan dan kehidupan demokratik mereka. Kebencian pihak tentera, kelompok nasionalis  dan golongan liberal-sekular terhadap bangkitnya satu kesedaran baru denagn Islam sebagai tunjangan, tidak dapat diselindung-selindung lagi.  

Islamophobia kini tidak sahaja datang dari luar tetapi juga dari orang-orang Islam yang hilang kewarasan. Kita mempunyai keyakinan bahawa usaha menyingkirkan Ikhwan Muslimin dan Morsi telah bermula dari hari pertama beliau memegang tampuk pemerintahan. Kuasa-kuasa Barat bersama boneka mereka yang terdiri dari  pemerintah negara Arab tertentu telah berkonspirasi secara jahat dengan menggunakan wang, media dan pelbagai tipu muslihat bagi menggagalkan apa juga usaha positif yang boleh memberi kredit kepada Morsi. 

Media digunakan oleh mereka untuk memomok Morsi dan menggelapkan segala usaha baik yang dibuatnya. Mereka sengaja membentuk  dan membina kebencian rakyat untuk memberi justifikasi untuk mereka bertindak. 

Tindakan tentera menjatuhkan Morsi adalah kudeta, walaupun dipanggil dengan  nama-nama lain diberi, adalah salah dan tidak sah.  Dengan kudeta menjatuhk­­an Morsi, bererti tentera telah meminjak-mijak demokrasi yang diperjuangkan selama ini dan mengangkat semula dictatorship serta kembali ke era sebelum 2011. Tindakan mereka menjadi precedent bahawas siapa sahaja pemerintah awam pada masa akan datang boleh disingkirkan dengan keputusan uniliteral tentera sekalipunpemerintah tersebut dipilih secara sah melalui pilihan raya.

 
Kami menegaskan bahawa tentera dan al-Sisi tidak mempunyai legitimasi untuk memerintah Mesir.  Kami menegaskan bahawa tidak ada penyelesaian lebih baik dari memulang kembali kuasa kepada Morsi dan Parti Kebebasan dan Keadilannya.  Parti tersebut mesti diberi tempat dalam sebarang proses demokrasi dan pilihan raya masa akan datang. 

Tindakan mengharamkan Ikhwan Muslimin dan menafikannya dari terlibat dalam proses demokrasi adalah satu kesilapan besar yang akan membawa Mesir ke dalam kancah keganasan yang memusnahkan masa depannya. Sikap terbuka dan positif Ikhwan untuk terlibat dalam proses demokrasi secara terbuka dan sihat menjadi tidak bermakna sama sekali. 

Tindakan-tindakan kejam dan ganas Ini hanya akan mencetus generasi baru yang kecewa dengan kaedah demokrasi dan pendekatan aman lalu memilih tindakan-tindakan keras, ganas dan penentangan bersenjata sebagai alternatif.

WADAH menyeru semua para pejuang keadilan dan pendokong demokrasi supaya bangun menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap kudeta oleh tentera dan tindakan ganas tanpa peri kemanusiaan membunuh rakyat yang tidak berdosa. 

Kita percaya tindakan tentera ini akan menambahkan polarisasi di kalangan rakyat Mesir dan mengundang konfrontasi yang tidak akan berkesudahan antara pemerintah dan rakyat. 

WADAH menyeru negara-negara dunia, khususnya OIC dan negara-negara Islam supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan Mesir dan mengkaji hubungan perdagangan dengannya sekiranya tentera dan as-Sisi masih berkuasa dan bertegas untuk bertindak ganas.
 
Selanjutnya WADAH berpandangan tentera dan as-Sisi mesti bertanggungjawab terhadap kudeta dan pembunuhan beramai-ramai yang mereka lakukan. Satu tribunal perlu ditubuhkan bagi mengadili tindakan mereka dan menentukan hukuman berasaskan jenayah yang telah mereka lakukan.

Ab. Halim Ismail
Setiausaha Agung.
20 Ogos 2013.



9 comments:

  1. bagaimana pula tindakan ikhwanul muslimin yang menjatuhkan pimpinan mubarak dahulu melalui arab spring yang didokong oleh ngo yang blkgnya barat utk jatuhkan pemimpin dan pemerintah yag sedia ada aman sebelumnya?Memang morsi diangkat melalui pilihanraya. Tapi sebelumnya pilihanraya..demo beterusan.
    Allah tentukan bhw apabila anda rampas kuasa melalui jalan licik, negara yang aman sebelumnya..maka anda juga akan digulingkan sedemikian rupa. kasihan rakyat marhain yang tertipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengaku je la anon 17.11 yg kamu tu benci Islam.tak payah nak tulis panjang lebor

      Delete
    2. Ini bkn masaalah benci islam arau pun tidak .masaalahnya kalau kita berbuat baik di balas baik kalau berbuat jahat di balas jahat

      Delete
    3. Cina DAP proksi PAP benci islam bley plak ko kawan.Dasar anjing suruhan betul lah ko ni anon 18:41.sama je perangai dgn adi awg dan nik najis.

      Delete
    4. Bangang punyer anon 18:41...baca ler betul2 apa org tulis.jgn jadi bangkai hidup.Mmg kau ni IQ rendah sebab tu benak nak menggarap apa org nak sampaikan.

      Delete
    5. Buka minda la sikit kawan sapa tertipu rakyat mesir bangkit menentang pemerintah yg x mau ikut islam yg menzalimi rakyat dan diangkat pemerintah yg cintakan islam dan yg jatuhkannya mereka2 yg bencikan islam takut islam menjadi kuat lihat.awak pun saya rasa x mahu pemerintah yg x ikut islam dan zalim.

      Delete
  2. Tak payah layan komen cybertropper BN.. Komen mereka semua atas dasar perjuangan pulus. Takde makna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la bro. Sape tak nak duit bro. Lagi pun dunia skrg semua nak duit. Aku sanggup diperbodohkan asalkan dapat duit. Duit halal aku tak nak, aku lebih suke makan duit haram. Kaya kaya. Tak kisah sampai bila pun aku sanggup jadi hamba duit. Sebab tu aku sanggup jadi cybertroper BN. Hidup BN, walaupun aku bodoh.

      Delete
  3. Jgn jadi hamba duit..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...