Friday 16 August 2013

PUTERI UMNO KELANTAN HAMPIR LUMPUH!!!!... NAK MESYUARAT CAWANGAN PUN TIDAK MAMPU KERANA TAK CUKUP KORUM!!!!



Separuh dari cawangan sayap Puteri Umno di Kelantan tidak dapat mengadakan mesyuarat peringkat cawangan kerana tidak cukup anggota yang hadir.


KOTA BAHARU: Lebih 50 peratus sayap Puteri Umno di negeri ini dikesan tidak dapat mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan berikutan tidak cukup anggota untuk mengadakan mesyuarat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Kelantan Datuk Hasan Harun berkata keadaan itu disebabkan terdapat anggota sayap berkenaan yang tinggal di luar Kelantan kerana bekerja.

“Ini sesuatu yang merunsingkan kita kerana anggota minimum untuk mengadakan mesyuarat hanya perlukan 11 anggota sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdapat 2,204 cawangan di 14 bahagian Umno di negeri ini dan tarikh akhir bagi mengadakan mesyuarat ialah 15 Sept depan.

Hasan berkata situasi sama turut berlaku pada sayap Pemuda tetapi cawangan yang terlibat lebih kecil iaitu kira-kira 30 peratus.

“Berbeza dengan sayap Wanita menunjukkan mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar kerana kaum ibu masih ramai yang menetap di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata ramai golongan muda di negeri ini yang berhijrah termasuk ke Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar yang lain untuk mencari pekerjaan kerana kegagalan kerajaan Kelantan pimpinan PAS menyediakan peluang pekerjaan.

“Kita akan kemukakan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti bagi mencari jalan penyelesaian yang kukuh untuk menangani masalah tersebut,” katanya.

– Bernama

7 comments:

  1. Pengalaman saya.....boleh bermesyuarat dgn membawa ahli hantu.alami sendiri di cawangan utara perak kerana ahli cawangan hanya 20 orang saja.cawangan anak beranak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong...betoi tu..jnji ada minit msyratkan

      Delete
  2. bagaimana pula pkr wanita di kelantan? sememangnya lumpuh kena terajang dek muslimah pas kelantan. maklumlah perempuan pkr dikelantan hanya gol n gincu.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. trblk tu geng umno yg mcm tu kt kelate...mu buke ore klate apo mu tau..hihi

      Delete
  3. kelate? ore kelate pun larik tanak duduk kelate. bersepah merempat cari keje kat kl. meniaga tom yam boleh le

    ReplyDelete
    Replies
    1. mu ingat gapo? nego tomyam 10 kali ganda besar pendapatan daripada gaji manager, bo staro eksekutif tu,pakai kemeja,pakai tai, duit xdop stabuk.. kecek sedap..

      Delete
  4. bodoh dan bengap betol korang semua....yang dok meniaga tomyam kat seluruh negara tu bukan orang kelantan...tapi orang melayu dari selatan Thai.....memang la kalo dengar slang diaorang macam orang kelantan...tapi sebenarnya tak sama dgn kelantan......bodoh betol...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...