Thursday, 15 August 2013
RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR SEPASANG SUAMI ISTERI WARGA EMAS BANGSA MELAYU TIDAK PEDULIKAN CEMUHAN ORANG RAMAI DENGAN MEMBELA LEBIH 700 EKOR ANJING TERBIAR!!!!!
ALOR SETAR - Atas dasar belas kasihan, sepasang suami isteri di sini sanggup membela kira-kira 700 ekor anjing dan 100 ekor kucing terbiar di kabin milik mereka.
Bekas kontraktor, Md Azmi Ismail, 55, dan isterinya Halija Idris, 65, membawa balik haiwan yang sakit, cacat, tua dan mengalami pelbagai masalah lain untuk diberi penjagaan sebaik mungkin.
“Dulu, kami hanya memelihara kira-kira 60 kucing sahaja. Namun, ketika itu kami tidak membela anjing berikutan tinggal di kawasan perumahan, sebaliknya hanya memberi makanan dan merawat anjing terbiar.
“Namun, atas dasar prihatin dan sayang pada haiwan berkenaan, hati saya terdetik untuk menyediakan tempat berteduh buat mereka. Jadi saya berpindah ke kawasan lapang di Jalan Tanjung Bendahara, dekat sini. Lantas, membawa pulang dan merawat anjing terbiar ini,” katanya.
Menurutnya, dia telah menganggap semua haiwan terbabit bagaikan anak-anaknya sendiri, malah tidak sanggup menjual anjing dan kucing terbiar peliharaan mereka ini walaupun ditawarkan dengan pelbagai harga oleh pihak tertentu.
Malah, mereka menumpang teduh di tanah berkenaan yang terletak bersebelahan dengan sungai bagi memudahkan mereka menyamak selepas memegang anjing.
Tak lepas daripada cemuhan
Tidak semua perbuatan kita akan dipandang tinggi, pasangan suami isteri ini juga tidak terlepas daripada berdepan dengan cemuhan dan pandangan serong masyarakat.
Menurutnya, ada sesetengah pihak mendakwa mereka tidak tahu hukum halal dan haram sebagai seorang yang beragama Islam.
"Kami dikatakan pengotor selain isteri saya juga pernah diludah.
"Dia menangis kerana terlalu sedih diperlakukan sebegitu selain mengenangkan tanggapan negatif masyarakat," katanya.
Azmi berkata, demi niatnya yang hanya mahukan haiwan-haiwan berkenaan dilindungi, dia sanggup menerima hinaan dan cemuhan masyarakat.
“Saya tak hirau apa pandangan mereka. Jika tindakan saya menyelamatkan nyawa anjing terbiar ini berdosa. Bagaimana pula jika ia dibandingkan dengan perbuatan anak muda yang terjebak dengan lembah maksiat yang setiap hari gejala itu dilihat makin membimbangkan,” katanya.
Katanya, dia mengharapkan segelintir masyarakat dapat mengubah persepsi mereka, sebaliknya memahami keadaan sebenar.
Berhutang nyawa pada anjing
Sementara itu, Halija berkata, dia terhutang nyawa sebanyak dua kali kepada anjing peliharaannya di mana nyawanya pernah diselamatkan oleh haiwan itu daripada mengalami kecelakaan dalam dua kejadian berbeza pada tahun 2011 lalu.
Dalam kejadian pertama, dia hampir dipatuk ular senduk namun diselamatkan anjing bernama Poppy, kemudia dia diselamatkan pula seekor anjing digelar Adik ketika dia hampir lemas akibat tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.
“Saya tak pandai berenang. Masa itu, semua ahli keluarga juga tidak ada. Jadi apabila diselamatkan anjing peliharaan, saya rasa seolah-olah macam mati hidup semula kerana ketika itu saya rasakan tiada harapan lagi untuk hidup,” katanya.
Latih cucu ambil alih rumah perlindungan
Azmi berkata, dia memerlukan kira-kira 50 kilogram (kg) beras untuk anjing terbiar peliharaannya, manakala 10 kg ikan dan makanan kucing untuk haiwan peliharaan lain pada setiap hari supaya semuanya berada dalam keadaan sihat.
“Bayangkan perbelanjaan menguruskan pusat perlindungan ini melebihi RM20,000 sebulan.
“Namun, rezeki haiwan peliharaan kami tidak pernah putus-putus kerana setiap kali memerlukan, pastinya ada bantuan dihulurkan pihak tertentu,” katanya kepada Sinar Harian.
Azmi menambah, dia juga telah melatih cucunya yang dijaga sejak kecil, Affendi Shamsul, 28, untuk membantu menjaga haiwan peliharaannya itu.
Katanya, dia juga tidak memaksa Affendi mengurus rumah perlindungan itu.
Ia berikutan perkara yang menyentuh tanggungjawab seperti itu lahirnya dari hati seseorang.
Mereka sememangnya tidak pernah mengajar anak dan cucu untuk membenci anjing kerana ia juga adalah makhluk ALLAH SWT.
Dalam pada itu, Pak Mie melahirkan hasratnya untuk memiliki tanah lapang yang digazet menjadi tanah rumah perlindungan haiwan supaya mereka dapat meneruskan usaha menyelamatkan haiwan terbiar ini daripada terseksa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
Niat murni seseorang jgn d nilai dgn tanggapan negatif, binatang spt anjing pon makhluk Allah yg selalu d pandang hina, mungkin skrg d cemuh oleh masyarakat, sapa tau d akhirat nnt kedua pasangan ini d agkat darjat mereka hanya kerana membela anjing dan kucing terbiar ini
ReplyDeleteTidak mustahil anjing dan kucing yg dipelihara sepanjang masa mendoakan keampunan dan syurga kepada mereka sebagaimana ikan- ikan di laut berdoa memohon keampunan kepada orang yg berpuasa. beruntung lah mereka.
ReplyDeleteHanya yg bodoh jahil sahaja yg akan menghina pasangan mulia ini.
ReplyDeletexslh pun nk bela anjing.. xharam pun pgg.. cuma kena sntiasa kn jg kebersihan diri sms nk mengadap Allah s.w.t
ReplyDeletesemoga Allah tolong niat murni dia
ReplyDeleteinsyallah
Dlm hal membela anjing ni..klau mngikut hukum Islam hnya dlm tiga kadaan shj yg di bnarkan..1)utk peperangan 2)memburu 3)keselamatan tapi klau utk suka2 tak ada..Anjing yg brkadaan kering memang tak najis..tapi pasti kah yg anjing tu sntiasa kering ? sbab anjing sentiasa menjilat badanya ..dan najis anjing adalah najis Muqalazah .yg prlu di basuh dgn air tanah sekali ..dan di ikuti dgn air bersih enam kali.klau tidak tak sah solat.trmampu kah si pembela anjing ini melakukanya.dgn anjingnya yg begitu ramai..kita kesian-kesian juga..tapi hukum Agama kena di patuhi.klau kesian mngatasi Agama pun tak bolih juga..NAJIS TETAP NAJIS.itu undang2 ALLAH.
ReplyDeletex semua mazhab mengatakan anjing itu najis mughalazah..
Deletejgnlah kita dgn mudah mengatakan itu ini haram. sebagai
seorg muslim jgnlah kita taksub kpd satu mazhab.
Mmg betul kita jgn taksub kpd satu mazhab. Kita jugak tidak boleh mencampur adukkan mazhab dgn tujuan utk meringan-ringankan perkara halal haram ni. Al-quran yg ckp anjing dan babi itu haram dimkn dan disentuh. Kalau disentuh ada cr bagaimana nak menyucikannya.
DeleteApa yg berbeza adalah perkara2 yg membolehkan kita memelihara dan bila boleh menyentuh anjing ni. Setiap mazhab berbeza pendapat dlm hal ni. Perkara2 yg melibatkan rukun, sah, batalnya sesuatu ibadah kenala ikut mazhab syafie iaitu mazhab pegangan kita. Jika perkara2 yg harus dan sunat itu tiada masalah utk kita ikut mana2 mazhab.
Aku pun bkn pandai sgt tapi sekadar berkongsi apa yg kita tahu melalui pembacaan.
Rasullulah pernah bercerita tentang seorang pelacur yang di kurniakan syurga setelah dia menolong seekor anjing.
DeleteRasullullah ni ikut mazhab mana plak yer???
Tak salah nak tolong anjing. Isunya, yg orang bisingkan tu pasal NAJIS. Samada najis tahi anjing tu atau hukum najis . Kalo dah pelihara sebanyak tu anjing, mesti la tahi nyer banyak, berbau la satu kampung. Lagi satu, sebagai Muslim, nak solat 5 kali sehari, badan mesti SUCI. Yg ni org kampung concern la dia 'penjagaan diri'..
Deletetahniah .. buat warga emas ini. Susah untuk mencari orang yang perihatin kepada kebajikan binatang terutama anjing dan babi. Diharapkan mereka menjaga kebersihan dan adab-adab dalam penjagaan ajing-anjing tersebut.Najis najis hendaklah dibersihkan mengikut panduan Islam moga solat wajib dan sunat yang dikerjakan diterima Allah
ReplyDeleteKeliru la... ms bersihkan najis ikut panduan Islam. Bkn ke al quran ckp anjing dan babi itu najis berat? Kenapa tak fikir panduan Islam masa nak main dgn anjing tu? Kalau doktor haiwan kita faham la dah mmg tugas dia.
DeleteKalau sampai tahap nak buat haiwan peliharaan rsnya tak sesuai kot. Bkn atas sbb2 yg dibolehkan. Tak kan la benda yg melibatkan halal haram ni kita nak ringan2kan. Kalau nak rawat pun buat la sangkar elok2 supaya najis tu tak bersepah. Pegang pun pakaila sarung tgn. Ini terbiar kat luar anjign2 tu buek apo.
Bkn main lagi terhutang budi dgn anjing. Rasenya bkn anjing yg dia patut terhutang budi tetapi Allah. Kekadang ni kite terlupa dgn kuasa Allah sampai terhutang budi dgn anjing sampai langgar halal haram. Tak betul la mcm tu.
banyaknya mangkuk yang tak mengaji dan tak mendalam hukum hakam di sini!!!
ReplyDeletemeliwat cucuk belakang pon dosa berat. org tua gmbr di atas tu penyokong tegar pkr.tu la jadinya.heheh
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete