Tuesday, 13 August 2013
SEORANG IBU TUNGGAL BERSAMA TUJUH ANAKNYA TINGGAL DALAM RUMAH BERTEMANKAN CAHAYA LILIN SEJAK 10 TAHUN DI KULAI JAYA JOHOR!!!!
Kisah benar ini berlaku di negeri kelahiran UMNO...negeri yang dikatakan UMNO cukup kebal..negeri yang diperintah oleh UMNO sejak merdeka...UMNO kuat rakyatnya hidup merempat!!!
KESEMPITAN hidup yang dialami menyebabkan setiap malam seorang ibu tunggal bersama tujuh anaknya hanya diterangi cahaya lilin di kediaman mereka yang serba daif di Kampung Sri Paya, Kulai Jaya, Johor sejak 10 tahun, lalu.
Mereka gagal melunaskan bil elektrik yang tertunggak malah terpaksa mengangkut air bersih dari rumah jiran bagi keperluan harian dan memasak, setiap hari.
Namun, keadaan serba kekurangan itu tidak menghalang Siti Sarah Mohd Salleh, 34, menjaga semua anaknya iaitu Nor Shah Rezza Azman, 19; Mohd Esa, 18; Aziera Nafisha, 12; Aziera Hamisha, 10; Mohd Aiman Shah, 9; Aziera Shazwanie,7 dan Aziera Aleysha Nabila, 4, walaupun ramai menawarkan untuk menjadikan mereka anak angkat.
Malah, tugasnya tidak terhenti setakat itu sahaja, Siti Sarah turut bertanggungjawab menjaga dua adiknya, orang kurang upaya (OKU) iaitu Mohd Lukman, 31, dan Abu Sarmi, 25, bagi memegang amanah ibunya yang meninggal dunia, sembilan tahun lalu.
Siti Sarah yang kematian suami pada 2009 menetap di rumah pusaka peninggalan ibu bapanya, tidak bekerja dan menggunakan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM450 sebulan untuk membiayai keperluan mereka.
“Sebenarnya ketika arwah ibu saya masih hidup, rumah ini pernah ada elektrik tapi dipotong sebab kami tak mampu bayar tunggakan bil berjumlah RM7,000 pada masa itu dan sejak itu kami hanya pasang lilin.
“Saya anak-beranak terpaksa mengangkut air dari rumah jiran setiap hari dan setiap bulan kami dikenakan caj RM30,” katanya kepada Sinar Harian.
Meskipun sedar akan risiko penggunaan lilin setiap hari, Siti Sarah tiada pilihan bahkan kesemua anaknya juga sudah lali serta memahami keperitan hidup ditanggung mereka yang serba daif.
Jelasnya, dia tiada pilihan lain walaupun pernah juga beberapa kali lilin terjatuh hingga menyebabkan langsir dan kusyen di rumah terbakar.
“Mujur kami tidak apa-apa. Atas sebab itu juga, saya khuatir keluar bekerja kerana risau tinggalkan anak yang masih kecil di rumah serta perlu menjaga dua adik yang OKU.
“Anak sulung saya juga tidak berdaya untuk bekerja kerana menghidap masalah paru-paru manakala anak kedua saya kerja tidak menentu. Kedua-duanya berhenti sekolah setakat tingkatan tiga kerana memahami kesusahan yang saya tanggung,” katanya.
Walaupun hidup serba kekurangan, Siti Sarah tetap bergantung harap kepada lima anaknya yang lain dan mahu mereka menamatkan persekolahan masing-masing biarpun apa yang terjadi dan sekurang-kurangnya dapat mengubah nasib mereka.
Ditanya tentang soal jodoh beliau hanya menyerahkan perkara itu kepada takdir kerana lebih memberi keutamaan menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anaknya.
“Bukan mudah untuk meneruskan hidup terlalu banyak dugaan dan besar tanggungjawab. Pada mulanya saya agak tertekan namun anak-anaklah harapan dan penguat semangat saya. Saya terpaksa berjimat cermat, masak bubur berlaukkan ikan kering janji anak-anak kenyang,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
siap tampal sticker 1 malaysia d dinding
ReplyDeletePunya setia tu dgn BANGKAI NEGARA entah2 tu ketua amenongok agaknyalah. Bodo punya manusia ameno ni..heee geramnya aku rasa nak sekeh je kepala dia.
Deletekorang nie..sangka baiklah....1Mesia tu...bermakna 1 Mesia kene kencing ngan janji manis UMNO/BN.....hihihihihi
Deletelagi bahaya mengunakn lilin mendedahkh keluarga ini kepada risiko kebakaran disebabkn api lilin...sya ingat kisah di kota belud tahun 80an satu keluarga tentera rentung rumah yg mereka sewa hangus terbakar kerana mengunakn lilin ketika tidur sbb masa tu letrik black out...trajis sungguh peristiwa itu..
ReplyDeleteMenyahut bakal seruan kerajaan bila tarif letrik dinaikan.rakyat 1Malaysia yg baik.tetap menyokong 1beend biarpun kedaifan menghimpit kehidupan dan ini amat mengembirakan umporno.andai kedaifan ini dipaparkan masa PRK nescaya dlm masa 10 hari keluarga nie akan hidup dengan rumah baru berserta bekalan letrik dan air.membuktikan betapa munafikun nyer beend umporno.
ReplyDeletebetul jugak yer....menyahut seruan 1 Mesia kene kencing....supaya menjimat elektrik.....kalu tidak kene bayar bil....elok pakai lilin...lagi stau SESIAPA YG SIBUK PASAL TARIF ELEKTRIK NAIK JGN GUNER ELEKTRIK...GUNER LILIN.....hihihihihi
DeleteBagi lah nombor akaun bank, pakat ramai-ramai bantu rm10 seorang pun dah ok, tapi janganlah bank bsn, atau bank islam yang menyusahkan orang nak bantu sebab kemudahan perbankan nya yang jauh ketingallan
ReplyDeletetapi nampak macam ada cahaya dari sebelah kanan gambar yang menerangi logo 1 Malaysia macam cahaya lampu letrik
ReplyDeleteBetul tu . lilin pun mcm baru pasang je. lilin baru.
DeletePUAK PAKATAN NI X DAK KEJA LAIN CARI JER KESALAHAN .BKN NAK BANTU.APA SALAHNYA DH TTAHU BANTU JER LAH X PAYAH NAK KUTUK2 MANA TAHU KALAU PUAK PAKATON BANTTU MAK JANDA TU MAKA 2018 NNT DPA AKAN BAGI PLAK PUAK PAKATON PERINTAH JOHOR .SBB SANGAT PRIHATIN MENDEDAHKAN KEDAIFAN MAK JANDA TU SERTA MEMBANTUNYA.
DeleteKo anon 23.47 pegilah bantu orang ameno tu..kalu tak suruh rosmah yg dikatakan amat menyayangi rakyat..jual beg tangan rm 600 ribu tu beri kpd rakyat yg miskin kan baik. Atau pun seluar dalam rosmah sehelai rm 15 ribu tu..jual 3 helai dapat tampung orang miskin. Tak gitu wahai sitongong2 ameno?
Deleteye ke
DeleteOrg2 UMNgOk tobat lahom X kan pcaye tgk gambar ini..."ini mesti macai2 PR punye keje mengedit kan gambar"..kata deme....tu la sebabnya NGOK dulu, kini dan selamanye....he2
ReplyDeleteitulah hasil dari nasi kangkang UMNO/Bn....hihihihihi
DeleteSaya bukan nya nak mengata atau menghina
ReplyDeleteTp inilah hakikat nya bg orang melayu tidak ada daya usaha sendiri hanya menunggu bantuan saja
Dan dh dapat pun bantuan rm450/ dari jkm.
Umur muda lagi baru 34 tahun.
34 tahun.janda plak tu.menjaga 2 org adik OKU.ko nampak tak keperitan dia.mgkn ko tak pernah rasa kesusahan.drpada najib dok bazirkan bil air dan letrik sampai ratusan ribu bulanan ader baik nyer membantu org mcm nie.aparaaaaaa.......umporno wasatiyyah hotak ko orang.
Deletetu dia.. minta alamat rumah akak tu.. aku nk forward ke YB berkenaan. jangan tau mengeluh dan berkongsi derita org lain tp x pandai nak selesaikan masalah.
Deletesampai bila2 problem akak tu x setel kalau korang duk kongsi dan share maki hamun tp xde sapa nk sama2 forward isu kepada pihak berkenaan..
aku pun boleh ambik gambar dlam reban ayam lepas tu buh kat fb kata hidup derita xde bantuan dari negeri johor/selangor/kelantan (ikut suka negeri dan parti aku nk hentam)
Maaf tuan.. bkn kmpg sri paya kulai tp kampg sri paya larkin.. telah disahkan..
ReplyDeleteJaga2 pd statement anda...
ReplyDeletesy akn fwrd pd skmm utk mgesn anda...tgguu...
Lain kali nak ambik gambar tu setting dulu betul2...htg tnb rm7000? mewah hidup tu.
DeleteFuyoo!nak ngadu kat skmm.takut nyerrrrrrr.mengeletar lutut nih.
Deleteeeeeeeeeeeeeeeee...takutnyer...lembuuuuuu UMNO/BN nak menanduk....hihihihihi
Deletehttps://www.facebook.com/groups/pendudukkulai/permalink/534411293278855/
DeleteOrg kampung seri paya langsung tak kenal mereka.
ReplyDeleteBil letrik Rm7000 tu utk 11 tahun tertungak klu rm 50 sebulan?
Admin bagi contact no dan alamat penuh , kami ke sana.