Tuesday 22 April 2014

ADUN UMNO SENDIRI KASI PECAH TEMBELANG KERAJAAN UMNO/BN TEMBERANG ... KAMPONG TANPA WAYAR 1MALAYSIA TIDAK BERFUNGSI!!!!!



KERAYONG - Adun Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman menganggap projek Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia di Simpang Sebertak yang tidak berfungsi selepas lebih tiga tahun itu sebagai projek gagal.


Mohd Fadil berkata, dengan terteranya papan tanda di kawasan itu seolah-olah menunjukkan penduduk di sana tidak terlepas pandang oleh kerajaan dari menerima kemudahan secara percuma ini, sedangkan kemudahan itu langsung tidak boleh dinikmati rakyat.


Menurutnya, usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital di kalangan penduduk luar bandar dengan bandar adalah baik, namun pelaksanaannya tidak sempurna apabila pihak kontraktor yang dilantik tidak mampu menyelenggarakan kemudahan itu dengan baik.


“Apabila penduduk nampak papan tanda itu (jika berdasarkan nama projek), mereka anggap seluruh kampung menerima kemudahan itu tetapi sebenarnya hanya kira-kira seluas 12.5 meter per diameter sahaja.


“Jadi, hanya di kawasan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dekat sini sahaja yang boleh dipancarkan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan masalah kemudahan yang gagal berfungsi.


Mohd Fadil berkata, semasa kemudahan itu ditumpangkan di pejabatnya dekat Simpang Sebertak, pihaknya kerap melaporkan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak kontraktor yang dilantik juga sering datang untuk membaiki kerosakan tersebut.


“Tetapi, sekejap sahaja ia elok. Selang beberapa hari, kemudahan ini gagal lagi berfungsi. Saya tidak pasti bagaimana proses penyelenggaraan dilakukan namun ada juga beberapa kawasan yang mempunyai kemudahan yang sama masih boleh menikmati kemudahan itu sampai sekarang.


“Sebelum ini, ada mencadangkan ia dipindahkan di beberapa kawasan tetapi tiada maklum balas diterima.

Walaupun demikian, pihak yang bertanggungjawab sepatutnya melaksanakan tugas mereka dengan baik supaya rakyat sentiasa berpandangan positif terhadap usaha kerajaan ini,” kata beliau.

15 comments:

  1. negeri najib ni...kihkihkih

    ReplyDelete
  2. Inilah cakap tak serupa bikin

    ReplyDelete
  3. kerajaan dah baik tapi orang bawah buat taik, nak buat camana??? Senang cerita kita tukar ajer lah...
    -Cicit Hang Jebat-

    ReplyDelete
  4. kahkahkahkahkah... kalau puak PR walau kerajaan PR buat salah pun cakap betul!!!! tak gitu????

    ReplyDelete
  5. X heran...kt felda kahang timur kluang lg mcm x payah ada jalur lebar ni..nk bkak goggle pun berat...free ke kene bayar rm 5 meyh..ni lh kerajaan be end/ameno

    ReplyDelete
  6. projek tanpa wayer 1Msia lebih 3 tahun gagal !
    projek tanpa brain 1Msia (BWA) akan gagal juga !!

    ReplyDelete
  7. klau nk banding ngn kt oversea, kampung tanpa wayar hanyalah sampah

    ReplyDelete
  8. Malaysia tanpa UMNO
    Rakyat sejahtera Negara makmur

    ReplyDelete
  9. username keturunan nabi adam dan mak bapak dia sumer poyo..... haktuihhhhhhh

    ReplyDelete
  10. Mungkin kontraktor dibayar lambat atau dibayar ciput

    ReplyDelete
  11. indah khabar dari rupa...klu buka asyik2 gmbr najb/rosmah

    ReplyDelete
  12. Ini sumer poyo.....haktuihhhhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...