Wednesday 23 April 2014

PEMILIHAN KEADILAN 2014 .. JIKA PAKATAN RAKYAT MAU KE PUTRAJAYA JADI REALITI PILIHLAH PEMIMPIN YANG RELEVAN UNTUK PARTI.







BARISAN PEMIMPIN KEADILAN YANG DIKENAL PASTI AGAR PARTI SENTIASA RELEVAN UNTUK MENDAPAT KEPERCAYAAN RAKYAT MISI MENUJU KEPUTRAJAYA MENJADI REALITI.

Pasca krisis 1998 senario dan iklim politik negara amat jauh berubah jika dibandingkan era tahun 70an sehingga awal 90an apabila terbentuk suatu gerakan rakyat hasil dari pemecatan DSAI secara kasar dan zalim, Reformasi'98.

Pola pemikiran rakyat mulai saat itu sudah digegarkan untuk sentiasa melihat sekeliling sambil mencuit minda berfikir dan menilai.

Pemikiran dan penilaian rakyat kini sudah jauh berubah .. KEADILAN sebagai parti muda perlu berubah .. Anggota KEADILAN khususnya para pemimpin di semua peringkat wajib berubah.

Berubah untuk dilihat dan dirasai sentiasa relevan dihati dan mata rakyat .. Dengan cara itu sahajalah baru KEADILAN dengan kerjasama rapat rakan komponen Gagasan Pakatan Rakyat melakukan perubahan di Putrajaya dengan mengambil alih tampuk pemerintahan dari UMNO/BN.

Tidak boleh lagi ambil mudah dengan apa yang telah, sedang dan yang akan berlaku. Dalam erti kata lain, "Can't take for granted".

Sekarang, rakyat semakin celik politik dan tidak menerima bulat-bulat apa yang pemimpin kerajaan atau menteri waima pemimpin Pakatan Rakyat perkatakan. Mereka semakin pandai menilai mana yang betul dan sebaliknya. Kalau dahulu, orang Melayu khususnya, dengan mudah menerima apa sahaja yang diperkatakan para pemimpin UMNO, kini kelihatannya tidak lagi.

Realitinya, Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN suka atau tidak, harus menempuh cabaran yang mendatang.

Keputusan PRU 13 lalu kajian mendapati majoriti pengundi Melayu memberikan sokongan dan undi kepada UMNO/BN dalam sekitar 63% walapun secara keseluruhan BN hanya mendapat hampir 47% undi.

Kini pengundi muda Melayu semakin ramai yang cerdik pandai. Mereka lebih kritikal dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Pusat BN termasuk negeri-negeri yang diterajui Pakatan Rakyat dengan membuat perbandingan.

Pengundi muda masa kini lebih terbuka terutamanya yang menerima pendidikan di luar negara, persekitaran yang secara umumnya jauh  lebih terbuka menyebabkan mereka telah terdedah dengan cara pentadbiran kerajaan di luar negara yang begitu tinggi integriti mereka.

Jika itu pilihan mereka setakat hari ini, maka menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti, sudah pasti kelolmpok yang cukup besar ini, kelompok yang dilabelkan sebagai kelompok penentu kalah menang parti yang bertanding.

Kelompok ini amat dahaga dan inginkan suatu pemerintahan dan kerajaan baik tatakelolanya .. Berintegriti, Telus Dan Bersih ...Mengamalkan Politik Beteraskan Nilai .. Terbukti kemampuan mengurus negara atau negeri .. Tidak ambil kesempatan Untuk Memperkayakan Diri dan Kroni.

Antara hebat berpidato dengan bijak dan cekap mengurus negara sudah pasti anak-anak muda khasnya dan rakyat amnya memilih pemimpin yang cekap dan bijak mengurus negara dan ekonomi.

Pemidato hebat hanya relevan sebagai pembakar semangat tetapi pentadbir yang hebat relevan sepanjang zaman.

Cabaran KEADILAN/PR  selanjutnya adalah berhadapan dengan golongan rakyat diluar bandar termasuk di Rancangan-Rancangan FELDA dan pendalaman yang lebih cenderung menyokong pemerintah yang sedia ada .. Golongan yang tidak terdedah kepada maklumat .. golongan yang masih dihidangkan dengan berita-berita dari arus media perdana milik dan kawalan UMNO/BN.

Golongan ini cara pemikiran mereka agak konservatif .. percaya dengan penjelasan bersalut dengan fakta dan bukti jika mau minda mereka di reset .. Cakap-cakap lunak penyedap telinga dan penyejuk jiwa kurang mendapat tempat dihati dan kepala mereka... Mereka maukan apakah yang terhidang diatas meja. Jika mengatakan pihak lawan tidak dan bagus mereka mau lihat adakah negeri-negeri diperintah pakatan rakyat jauh lebih baik?

Kena akui bahawa Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor termasuk Kelantan bolehlah dianggap kerajaan yang berjaya membuat rakyat membuka mata betapa kononnya hanya UMNO/BN sahaja yang mampu memerintah negara adalah mitos semata-mata.

Pengundi-pengundi telah mula lebih kritikal dalam menilai tindak-tanduk pemimpin-pemimpin mereka. Adakah cakap serupa bikin kerana kita lihat apa yang berlaku ketika ini ramai yang cakapnya tak serupa bikin pula. Sebagai contoh, hidup bermewah-mewah dan kelihatan di luar kemampuan sebenar dengan dibiarkan rakyat sekeliling hidup dalam kepayahan dan kesusahan.

Kemenangan calon KEADILAN/PR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Presiden KEADILAN di PRK DUN N25 Kajang baru-baru membuktikan cahaya terowong ke Putrajaya semakin nampak dengan jelas .. ianya bakal menjadi kenyataan bukannya tinggal sekadar impian.

Dokongan dan sokongan warga Melayu semakin meningakt sambil undi bukan Melayu masih kekal kukuh dan padu.

Faktor utamanya ialah meletakkan calon yang tepat berdasarkan kewibawaan, kepercayaan dan kebolehan.

Faktor ini jugalah yang harus diguna pakai dan diaplikasikan oleh setiap anggota KEADILAN yang terkenal dan terdidik dengan budaya berfikr dan menilai apabila memilih pimpinan parti dalam masa terdekat ini.

Tolak politik ketaksuban, Nyahkan politik kotor .. Katakan tidak pada politik budaya bermuka-muka .. Kasi terajang pemimpin yang bermusim‘ ...

Budaya pilih calon Payung Terjun ikut pintu belakang mesti ditamatkan .. suara-suara akar umbi dengan mengambil kira kedudukan setiap Ketua Cabang adalah wajar.

Berlakunya pergolakan diperingkat Cabang ini masalah utamanya apabila calon yang kalah dalam Pemilihan di pilih sebagai calon Parlimen dan DUN .. Suara akar umbi langsung tidak diambil kira dan dipandang .. mereka yang cukup popular dengan akar umbi tidak terpilih sebab nya mereka ini tidak popular dengan pimpinan atasan.

Budaya ini mesti di hentikan serta merta kalau Putrajaya mau dirampas. .. Anggota parti tahu siapakah pemimpin-pemimpin ini hanya enggan bersuara demi menjaga maruah parti tetapi pada pemilihan 2014 kali ini anggota patut bersuara dengan tidak memberikan undi dan kepercayaan lagi kepada mereka.

KEADILAN adalah parti rakyat .. parti yang dibina atas darah, keringat dan air mata rakyat .. PARTI RAKYAT OLEH RAKYAT UNTUK RAKYAT ..

Merenung ke dalam parti, kena terima hakikat terdapatnya budaya  'cah keting', suatu budaya yang cukup sinonim dengan UMNO. Ia terjadi bukan setakat di peringkat ranting atau cabang, malahan di peringkat tertinggi.Terdapat beberapa faction dan kartel dalam KEADILAN yang akan melemahkan KEADILAN dalam jangka masa pendek dan panjang.

Budaya kurang sihat inilah yang mau di cah ketingkan untuk selama-lamanya .. Untuk melakukannya kena pilih pemimpin yang mempunyai kekuatan, keberanian dan kejujuran bertindak.

KEADILAN  mesti berubah. Tidak berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ianya merubah diri sendiri.

Demi masa depan anak cucu kita, marilah kita bermuhasabah diri. Berlapang dada menerima teguran. Berani dan bijak melakukan perubahan ... KEADILAN WAJIB DI REFORMASIKAN DENGAN REFORMASI TULEN BERTERASKAN POLITIK NILAI DEMI MASA DEPAN BERSAMA.
Berilah sokongan tidak berbelah bagi kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden KEADILAN, YB Rodziah Ismail sebagai Ketua Wanita Pusat, YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Rafizi Ramli, Sdr Mustaffa Kamil Ayub  dan YB Tian Chua sebagai Naib Presiden dan YB Dr Hj Yaakob Sapari sebagai salah seorang MPP.

Jadilah anggota parti yang bijak bukannya anggota yang mudah di injak-injak .. pilihlah pemimpin-pemimpin ini untuk membantu Datuk Seri Presiden KEADILAN menuju ke Putrajaya .. Cukuplah sekali kita kempunan.

43 comments:

  1. camana dengan Azmin???? kenapa omakkau tak suka azmin???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhh

      Delete
    2. Bagi la peluang azmin masuk umno. Boleh jadi senatak

      Delete
  2. kami mahukan Azmin!!! apa kurangnya Azmin???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhh

      Delete
    2. Ambik laaa
      Kita pon tak mau dah....
      Tapi bagi dia jawatan tau, senator ke, duta ker, penasihat kewangan ker
      Hambikkk laaa

      Delete
  3. Yang dah tak relevan:-
    Ketua Wanita (Beban pada parti)
    Ketua AMK (Beban pada parti dan diri sendiri)
    'Ketua Umum' yang tak jadi bertanding (Beban pada parti, keluarga dan diri sendiri)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhh

      Delete
    2. Hahahahaha
      Macam frust aje bunyi
      Relax la

      Delete
  4. Memang betul apa yang Omakkau cakapkan. Rakyat Malaysia memang mengharapkan pimpinan yang berwibawa , berkebolehan, professional dan open- minded with good attitude untuk menerajui PKR. Jangan ikut perangai UMNO, kalah je mula lah nak meroyan. Undi mesti diberi kepada yang boleh buat kerja dan mempunyai attitude yang baik. Good luck PKR for your elections. We, the Rakyat are watching you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa pilihlah azmin!!!

      Delete
    2. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhh

      Delete
    3. Cai umno khususnya keza, klu ada borang umno tolong bagi kat azmin satu

      Delete
  5. PKR dengan UMNO dua kali lima......nak berubah apenye??? Orang yang sama, parti saja nama lain, tapi perangai dan sistem dua-dua pakai sistem lahanat! Yang tua bangka busuk melantong pegang jawatan sampai mampos, yang muda profesional berkaliber dan punya idea baru dicantas awal-awal...apa bezanya PKR dgn UMNO? Sama aje yop! (PAS Lumut)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhh

      Delete
    2. Sebab tu bagi borang umno kat azmin. Dia tu profesional berkaliber. Boleh bagi jawatan senator, duta, atau penasihat kewangan umno.

      Delete
  6. Pkr kena upah yahudi jd penasihat baru la malaysia boleh maju.
    -macai tegar kuala selangor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul aku setuju.. sebab pemimpin PKR akan pastikan keselamatan negara yahudi terjamin!!!

      Delete
    2. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhh

      Delete
    3. Setuju...aku sokong 100%. Kita kena ambik najib sebagai contoh. Dia ambik Zionist upco. Sebab tu maju......

      Delete
  7. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhh

    ReplyDelete
  8. Mcm najib jamin yahudi jd penasihat umno..

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah aku dah cakap dah.....UMNO dgn PKR dua kali lima! Yang tak pernah berkerjasama dgn Yahudi lahanat ni hanya PAS. Membangun Bersama Islam yop!!! (PAS Lumut)

      Delete
    2. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhh

      Delete
    3. 1434....macam nasa ngan hasan Ali ker?

      Delete
  9. Tmpat sakai mcm tu ada ke org pas.

    kikiki

    ReplyDelete
  10. 1.Saifuddin
    2. Rafizi
    3. nurul Izzah

    ni yg paling penting demi ke putra jaya


    Tan Sri Khalid langsung tak pernah nampak muka pon kat dataran demo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ros pernah ker? Yg aku nampak selalu demo cuma penari bontot, songkok tinggi ngan perkosa aje....

      Delete
    2. Ummamak sibok demo, org lain yg dpt naik jet beli cencen

      Delete
  11. Jangan mudah lupa, ingat apa berlaku selepas PRU 13 aritu,,,apa ahli kem kartel keadilan raya dan buat,, kumpul penyokong,,bersuara sana sini,..apa lakonan abg min dan kak ida sampai Kak Azizah langsung tak di hormati, demi cita cita politik peribadi mereka.. masih ingatkah kita semua!!! Kalau masih ingat ikutlah cadangan jujur dan ikhlas dari Omak Kau seperi di atas..Undilah calon spt yang di cadangkan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat ya ingat. aku dulu sebelum pemilihan kali ini lah ada juga nak bg peluang sekali lg pd azmin tp nampak nya dia tak berubah dan cara dia makin tak boleh diterima aku berharap dia lah yg akan menerajui pkr

      walaupun aku tak membenci azmin tp sbg org yg ingin kan PR menawan putrajaya pilih lah team khalid dan harap jgn lah di ketepikan azmin ada sorg je yg dlm team azmin aku tak suka perempuan tu

      Delete
    2. Aku nak sangat tengok bila kalah Timb President nanti azmin isi borang umno dan istihar keluar parti.

      Aku nak ucap selamat jalan kat azmin .........

      Delete
  12. Ingat Azmin...lepas menang pemilihan ni kita pancong omakkau ni....hahahahahaha...tungguuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang azmin menang TP senipis kulit bawang. Peluang jadi senator lagi besar klu masok umno

      Keza....tolon bagi borang umno kat azmin

      Delete
  13. Setuju dengan senarai gambar kecuali mamat yang tak bersunat tu, cina kafir. Kita PKR harus perlahan lahan letakkan pimpinan tertinggi dikalangan orang islam yang tawaduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepala cina tu lah yg berdarah kena belantan mempertahankan keadilan rakyat. org islam tawaduk mana masa tu ??

      kalau tak ada arwah ust fadzil nor jgn hrp lah org pas nak bantu anwar dan bersama sama rakyat menentang kezaliman umno. apa jd dgn pas skg ?

      Delete
    2. Pehhhhhh...
      Baik punya adu domba
      Ahli Ali bontot ker perkosa ni bhaii?

      Delete
    3. Kita berserah pd Allah mudah2an bn tumbang dlm pru14. Jgn lupa doa setiap kali solat

      Delete
  14. Azmin ni sebenarnya ok dan istiqamah dgn perjuangan parti. Cuma, beliau terlalu gelojoh dan tidak pandai menjaga mulut. Kalau kelemahan ini dapat segera diatasi, insyaallah dia akan menjadi pemimpin yg disegani sama spt rafizi.

    ReplyDelete
  15. Ini sumer poyo.....haktuihhhhhh

    ReplyDelete
  16. yang nak suruh Azmin masuk umno tu kenapa?! kau tau ka sapa azmin tu.. taktau tanya DSAI.. takpa hanisya kau tunggulah bila azmin menang!!!

    ReplyDelete
  17. Ini sumer poyo.....haktuihhhhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...