Monday 21 April 2014

MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN CAKAP BESAR KALAU KENA BERHENTI JADI MB PUN TIDAK AKAN MENANGIS!!!!!


Punyalah cakap besar Mat Hasan ni ... dia lupa hari pertama di lantik jadi MB Negeri Sembilan dulu kerja pertama dilakukan ialah lantik abangnya Azman Hasan jadi Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Sembilan untuk memantapkan kedudukannya di Negeri Sembilan.

Lagi pun dia tahu nama dia tidak ada dalam senarai khabar angin yang dibawa oleh Utusan itu .. cuba di katakan secara jelas bahawa MB Negeri Sembilan akan diberhentikan dan digantikan dengan wakil rakyat lain ..

Di Negeri Sembilan semua orang tahu betapa dia cantas beberapa wakil rakyat merangkap Exco pada PRU 12 kerana nama-nama mereka diwar-warkan sebagai pengganti MB N9 .. Seorang ADUN lama yang cukup popular tidak dilantik menjadi Exco dan pernah digugurkan dari menjadi calon semata-mata dia adalah saingan beliau yang cukup kuat.

Gebang kencang pada orang tidak tahu boleh lah ... serupalah macam nak jual air terawat 20 juta gelen kepada negeri Selangor sedangkan beberapa daerah di negerinya asyik bermasalah untuk mendapatkan air bersih setiap hari.

Silap hari bukan menangis .. mau meraung meronta-ronta kalau namanya digugurkan menjadi MB N9... Sudah menjadi rahsia umum di N9 ketika Pak Lah masih menjadi PM dan KJ sebagai Naib Pemuda UMNO Malaysia ... KJ turun N9 dalam satu majlis dia tukang sambut KJ.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan  berkata kedudukan dan pelantikan seseorang menteri besar berada dalam bidang kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Dalam hubungan ini, Mohamad berkata beliau menerima apa sahaja keputusan perdana menteri berhubung kedudukannya.


"Sebagai seorang yang bekerja (berkhidmat), bertukar portfolio ini adalah sesuatu yang biasa....lumrah alam. Lumrah dalam kita bekerja. Kita menjalankan tugas di mana apabila kita dikehendaki bertukar atau pun disuruh untuk bersara, kita menerima dengan dada yang lapang....usah menangis-nangis," katanya kepada pemberita di Seremban, hari ini.


"Jadi, kalau perdana menteri rasakan sudah sampai masanya menteri besar A dan menteri besar B, perlu diganti, maka itu terpulang kepada beliau," kata Mohamad. – Bernama

11 comments:

  1. Respek! Menteri yg tidak mementingkan kuasa dan mengutamakan rakyat. Kalaulah ada pemimpin pkr yg mcm ni... Tapi sayang, yg dlm pkr rata2 gila kuasa, seperti perebutan kuasa azmin dan khalid, sehingga sanggup menggunakan budaya politik kotor. Jijik betul aku...





    Keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa nak nangis, juta2 dah angkut keluar.

      Delete
    2. Awal2 mb n.9 dah terasa nak kena buang. Hahaha. Mb mat said dah kompom kena buang. Mb n.9 nampaknya senasib ngan mat said. Hohihihihoho. Ko mat asan memang patutpun kena buang sobabnya tanah kat bandar seromban habis ko lelong beratus juta kpd cino cilako tu. Ko kata nak pertahankan hak melayu....lancaulah ko...ko bohong...umno memang kaki bohong. Tak lama semua tanah melayu di n.9 habis ko gadai. Cilako punya umno.

      Delete
    3. kezaliwat, kamu ni jenis penerima berita tangkap muat. Komen ikut otak seminit. Bodoh dan low class,tak ilmiah langsung.

      Delete
  2. Marilah kita berdoa semoga para pemimpin, bekas pemimpin dan anjing2 UMNU mampus cepat! Amiiiiiiiin....kah kah kah.

    ReplyDelete
  3. "Hati siapa tak runsing kalau PM kata dua MB bakal diganti dgn orang lain. Hartaku macamana?", kata salah seorang MB Pasir 2 Butir. he he he...

    ReplyDelete
  4. berdasarkan undang-undang n9,kuasa melantik menteri besar terletak di tangan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di mana baginda melantik berdasarkan mereka yang mendapat majoriti di dewan undangan negeri.

    parti politik yang menang akan berunding dan bermusyarakah antara sesama mereka dan juga boleh dengan parti pembangkang untuk membincangkan siapa calon yang layak menjadi menteri besar.Selepas berunding,mereka akan menyerahkan calon yang telah dipilih dan dipersetujui kepada baginda untuk baginda pilih siapa yang bakal mewakili kuasa pregoratif dan mewakili baginda untuk memerintah n9 untuk dapatkan perkenaan baginda

    Jadi,persoalannya macam mana boleh timbul yang kuasa melantik menteri besar terletak di tangan Perdana Menteri

    ReplyDelete
  5. Kalau Perdana Menteri melantik menteri besar,abis Raja-Raja Melayu tu apa? patung bernyawa? sedangkan Yang Dipertuan Besar adalah pemilik Negeri Sembilan bukannya Perdana Menteri,jadi memandangkan Negeri Sembilan ada pemiliknya iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan maka Yang Dipertuan Besar berhak memilih menteri besar

    ReplyDelete
  6. selama ni kitorang tak percaya bila pihak-pihak tertentu memburuk-burukkan umno tetapi selepas ternampak sikap dan perangai orang umno ngan mata kitorang sendiri rasa hormat kitorang kat umno punah terus. Selama ni kitorang dengar cerita yang baik-baik je dari orang-orang tua kat tempat tinggal kitorang, ternyata cerita-cerita tentang 'kebaikan' yang cuba disogokkan kepada kami hanyalah rekaan semat-mata dan kitorang tak tahu apa tujuan diorang berbuat demikian. Kini telah jelas dimata kitorang perangai sebenar orang umno yang suka sangat mengejar isteri orang dan anak dara orang kampung menggunakan 'kuasa' dan wang mereka. Walaupun diorang cumalah pemimpin peringkat bahagian / cawangan / kampung jer.

    ReplyDelete
  7. PM selaku pengerusi BN/presiden umno mempunyai kuasa mutlak melantik MB/KM setelah diputuskan di peringkat negeri dari senarai pendek yang dikemukakan. Kuasa sultan/ydp hanyalah 'perkenan' sahaja TERKECUALI TAIB MAHMUD yang melantik dirinya sendiri sebagai TYT...haaa baru ada akai!!!

    ReplyDelete
  8. Kalau dia dilucutkan jadi mb, mau guling-guling menangis ... apolah nasib den, kojo yang den tau kayokan diri dan rembat harto.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...