Tuesday 22 April 2014

PEGAWAI TUDM BERPANGKAT MEJAR HANYA DI TUDUH BUKAN WARGA AMERIKA SYARIKAT MEMILIKI SENJATA API SECARA HARAM.



Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditahan di Amerika Syarikat (AS) hanya dikenakan satu pertuduhan iaitu memiliki senjata api dan bukannya cubaan menyeludup keluar senjata berkenaan, kata kenyataan rasmi TUDM hari ini.

Menurut TUDM, Mejar Mohd Faiz Abdul Jalil  yang ditahan di Lapangan Terbang San Angelo Texas, pada 16 April lalu juga dipindahkan dari Penjara Taylor County ke Lubbock County, AS semalam.


"Pada peringkat awal, dia dicadangkan untuk dikenakan dengan empat pertuduhan oleh pihak pendakwa.


Kenyataan itu berkata, tarikh perbicaraan yang dijadualkan pada 21 April 2014 turut ditunda kepada tarikh baru seperti ditetapkan Mahkamah Lubbock, Texas nanti.


Dilaporkan, pegawai TUDM terbabit ditahan sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.


“Apabila kotak dibuka, pihak berkuasa San Angelo menemui sepucuk pistol kaliber PT- 22, .22 bersama kelopak berisi lapan butir peluru jenis .22 caliber.


“Ketika ditemui, senjata itu dilekatkan di antara pembuka botol dan pembuka tin sebelum dibalut dengan pita pelekat,” kata laporan di portal itu.


Laporan itu menyebut, pegawai TUDM yang sudah menaiki pesawat kemudiannya diiring keluar pihak polis untuk siasatan berhubung penemuan senjata tersebut.


“Bagaimanapun, pegawai terbabit memaklumkan dia menyembunyikan senjata itu bagi mengelak dikesan sebaik sahaja tiba di Malaysia,” .


Difahamkan, hasil siasatan mendapati pegawai TUDM itu memasuki AS secara sah sejak 5 Januari lalu untuk menjalani latihan ketenteraan di Pangkalan Tentera Udara Goodffellow, San Angelo.


“Pegawai itu hanya berada di pangkalan terbabit sepanjang tempoh tersebut,”.


Pegawai TUDM itu dipercayai membeli senjata api terbabit ketika menghadiri pertunjukan senjata di Sweetwater.


Katanya, dua vendor pertama enggan menjual senjata api kepadanya berikutan dia bukan warganegara, namun vendor ketiga yang ditemui dalam pertunjukan itu bersetuju menjual senjata api itu pada harga AS$200 (RM648).


Pejabat Atase Pertahanan Malaysia di Washington kini sedang memantau dengan rapi perkembangan kes berkenaan, kata kenyataan itu lagi.


"Pada masa sama, TUDM turut menumpukan perhatian dalam menjaga kebajikan keluarga pegawai berkenaan terutama dalam menghadapi situasi sukar seperti ini," kata kenyataan tersebut.

5 comments:

  1. Ini sumer poyo....haktuihhhhhh

    ReplyDelete
  2. memiliki senjata api secara haram . dlm tugas resmi menyeludup. tudm memberi perhatian kpd keluarga. yg tuntut keadilan buat repot dakwat tak kekal di kena kan berbagai bagai tuduhan di gantung tugas di potong elaun di tukar tempat kerja yg dikira memalukan tudm di bela. yg menjaga nama tudm di layan buruk .
    dah lah radar kesan objek asing masuk ruang angkasa tak ada tindakan di tambah cara tudm melayan pegawai dan keluarga pun tak kena.

    ReplyDelete
  3. itu aje yg kau boleh sebut...keturunan nabi adam....berhenti jadi manusia laa baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkahkah... ini semua poyo!!!

      Delete
  4. Undang-undang lahanat..Puak Munafiq
    malangnya terlalu ramai Melayu dah Munafiq.......

    Yg jelas tidak adil...masih disokong...Setannnn Betull

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...