Monday, 21 April 2014
PESAWAT MH192 DARI KLIA KE BANGALORE, INDIA TERPAKSA BERPATAH BALIK DAN MEMBUAT PENDARATAN KECEMASAN SETELAH TAYARNYA MELETUP SEBAIK SAHAJA BERLEPAS..
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.09 malam Ahad menuju ke Bangalore, India, telah membuat ‘air turn back’ berpatah balik ke KLIA.
Difahamkan MH192 mengalami masalah dengan peralatan pendaratan (landing gear) apabila tayarnya dikatakan meletup ketika berlepas.
Sehubungan itu pesawat jenis Boeing 737-800 itu dikatakan berlegar di ruang udara Selat Melaka bagi mengurangkan bekalan bahan bakarnya sebelum membuat pendaratan cemas di KLIA.
MAS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan jam 1.35 pagi Isnin mengesahkan penerbangan MH192 yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam menuju ke Bangalore telah membuat pusingan udara ke arah Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan MAS itu, peralatan pendaratan di bahagian kanan pesawat berkenaan didapati tidak berfungsi ketika berlepas dan ia membuat pendaratan cemas di KLIA pada kira-kira jam 1.56 pagi, hari ini (Isnin).
Penerbangan MH192 yang beroperasi menggunakan pesawat Boieng 737-800, dijadualkan tiba di Bangalore pada 11.35 malam hari yang sama (Ahad).
Penerbangan itu membawa seramai 166 orang, terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal.
Adalah disyorkan agar semua pesawat kepunyaan MAS dibekukan dari terbang sehingga selesai melakukan selenggara secara terperinci.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Check on ground crew..
ReplyDeleteCheck on the maintenance crew..
These people easy to access on whatever intention towards the plane
1. Hukum Bacaan Nun Mati/ Tanwin
DeleteNun mati atau tanwin (ـًـٍـٌ / نْ) jika bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah, hukum bacaannya ada 5 macam, yaitu:
Izhar (إظهار)
Izhar artinya jelas atau terang. Apabila ada nun mati atau tanwin (ـًـٍـٌ / نْ)bertemu dengan salah satu huruf halqi (ا ح خ ع غ ه ), maka dibacanya jelas/terang.
Idgham (إدغام)
Idgham Bighunnah (dilebur dengan disertai dengung)
Yaitu memasukkan/meleburkan huruf nun mati atau tanwin (ـًـٍـٌ / نْ) kedalam huruf sesudahnya dengan disertai (ber)dengung, jika bertemu dengan salah satu huruf yang empat, yaitu: ن م و ي
Idgham Bilaghunnah (dilebur tanpa dengung)
Yaitu memasukkan/meleburkan huruf nun mati atau tanwin (ـًـٍـٌ / نْ) kedalam huruf sesudahnya tanpa disertai dengung, jika bertemu dengan huruf lam atau ra (ر، ل)
Iqlab (إقلاب)
Iqlab artinya menukar atau mengganti. Apabila ada nun mati atau tanwin (ـًـٍـٌ / نْ) bertemu dengan huruf ba (ب), maka cara membacanya dengan menyuarakan /merubah bunyi نْ menjadi suara mim (مْ), dengan merapatkan dua bibir serta mendengung.
Ikhfa (إخفاء)
Ikhfa artinya menyamarkan atau tidak jelas. Apabila ada nun mati atau tanwin (ـًـٍـٌ /نْ) bertemu dengan salah satu huruf ikhfa yang 15 (ت ث ج د ذ س ش ص ض ط ظ ف ق ك ), maka dibacanya samar-samar, antara jelas dan tidak (antara izhar dan idgham) dengan mendengung.