Friday, 25 April 2014
PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... ENGGAN PISANG BERBUAH DUA KALI TRAGEDI PEMILIHAN 2010 BERULANG, 600 POLLING AGENT DAN COUNTING AGENT (PACA) AKAN TURUN KE PADANG UNTUK PASTIKAN PEMILIHAN KALI INI SIFAR KESANGSIAN !!!
Belajar dari peristiwa pahit pemilihan 2010 dengan pelbagai rungutan dan bantahan mengenai cara pemilihan KeADILan ketika itu di adakan maka terbit dari rasa tanggung jawab berpaksikan kepada Reformasi Tulen dengan Menolak Politik Kotor agar Terbina Suatu Budaya Politik Berteraskan Nilai maka suatu inisiatif telah dilakukan oleh para penyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menubuhkan pasukan PACA yang kerjanya adalah memantau, memerhati dengan memastikan pemilihan KeADILan kali ini benar-benar bersih dari perlaksanaan dan penglihatan.
Pasukan ini telah pun bergerak ke Sarawak, Kelantan dan Terengganu, negeri-negeri pertama yang akan mengadakan pemilihan esok 26hb April 2014 .. Hari Ahad 27hb April 2014 pula akan berada di Sarawak (dua hari) Melaka dan Johor. .. Begitulah seterusnya .. Akan menyinggah disetiap negeri yang menjalankan pemilihan.
Setiap insiden yang mencurigakan akan dirakam sebagai bahan bukti untuk dimajukan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani, Timbalannya, Datin Paduka Tan Yee Kew dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan anggota kanan Parti yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam pemilihan dan pilihan raya untuk melaksana dan mengawal selia Pemilihan Parti 2014.
Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang pertama di Malaysia yang memberikan hak kepada anggota terbanyak untuk memilih pucuk pimpinan melalui pengundian terus (direct election) bermula pada Pemilihan 2010.
Pemilihan kali ini adalah penerusan kepada proses yang diamalkan pada pemilihan 2010 dengan pembaharuan-pembaharuan berikutan kerangka Perlembagaan baru Parti yang diluluskan pada 24 November 2014 yang antaranya:
1. Pencalonan secara individu oleh calon dengan memansuhkan pencalonan dari Cabang
2. Pengundian secara serentak di peringkat Cabang dan Pusat
3. Tempoh masa Pemilihan yang lebih pendek berbanding Pemilihan 2010
Menjadi harapan menggunung agar pemilihan KeADILan kali ini tiada lagi unsur-unsur rasa tidak puas hati melanggar prinsip asas pemilihan yang bersih, telus dan adil.
Jika ada sesiapa menyimpan hasrat dan niat mau mengulangi cara lama, maka nasihat ikhlas Omak Kau ialah ... baik lupakan saja.. Pasukan YAB Tan Sri Khalid dan YB Hajah Rodziah Ismail telah bersiap siaga dengan segala sepak terajang apa yang harus di lakukan sebagai sukarelawan PACA. .. DON'T PLAY PLAY.
Mau yang menang tidak dicerca dan kalah tidak berduka dan berlapang dada ... Menang Bermaruah Kalah Tidak Marah.
MENUJU REFORMASI TULEN ... POLITIK BERTERASKAN NILAI .. TOLAK POLITIK KOTOR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Omakkau mengaku PKR penuh dengan politik kotor, pemilihan tak bersih,tidak telus dan tidak adil?!!!...aiseyman!!! sia-sia la kau guling-guing atas jalan masa himpunan bersih haritu...kena tipu lagiiiiii........hahahahahaha
ReplyDeleteJgn ikut perangai nik amar. Malu klu jatuh tersembam........ikut perangai mat sabu. Cool. Perwakilan sekarang tak suka calon yg pung pang pung pang spt org mabuk todi
DeleteMana2 calon yg mendpt sokongan amno@tvtigasuku biasanya akan kalah....
DeleteSelagi namanya pemilihan parti POLITIK, selagi itulah akan diselaputi oleh ulat-ulat taik politik yang kotor dari atas sampai ke bawah! Baik UMNO, PKR, PAS dan DAP semuanya sama. Mengakulah hakikat, walaupun kebenaran itu pahit! -People's Guerilla-
ReplyDeleteAku sudah dapat agak group mana yg akan bawak feel amno. Group ni spendar dia pun bau amno. Klu boleh sblm pemilihan ni, bagi dulu kat ketua dia borang masuk keahlian amno supaya bila kalah nanti boleh terus lompat ke jamban amno
ReplyDeletesetuju ngan Anonymous 15.35....politik ni mmg kotor...PKR la paling teruk skali semasa pemilihan 2010....tahun nipun serupa je...lantik lah seribu polling agent...kalo dah kotor tu ttp akan kotor.....dh org atasan semuanya kotor....org bawah lglah kotor nya....macai2 PR lagilah teruknya....bak kata org...habat yg amat weh.....
ReplyDeleteParti umnolah yg paling bersih. Semua orang percaya dan ini amat diakui 100%. Umno bersih dari bawah sampai atas.
Deleteamno memang pakar SAPU BERSIH sampai licin
1618....dia lipat sampai bersih...
Deletekeadilan rakyat hanya akan wujud jika ada sedikit pengorbanan baik dari ketua mahupun rakyat marhaen dan akli pkr.....wang ringgit dan pangkat yang dikejar adalah terlalu kecil untuk di bawak mati....tanggungjawab dan keadilan seseorang pemimpin yang akan menjadi saksi di akhirat kelak, kalau kita mempercayai adanya pengadilan di hari akirat selepas mati kelak.
ReplyDeleteIni sumer poyo..... haktuihhhhhhh
ReplyDeletedi Indonesia dan di India pihak spr dan polis tidak berpihak dan menjalankan tugas serta keselamatan dgn adil Begitu pun berlaku juga taktik kotor dan salah mengikut peraturan.
ReplyDeletePihak lawan juga hendak lah dibenarkan menubuh pasukan pemerhati dan pemantuan mereka sendiri. Dgn ini saja pemilihan dpt berjalan dng bersih . Kita tak ambil tahu mcm mana UMNO nak kendalikan pemilihan ttp sepatutnya SPR tidak menghalang PR memilih pasukan pemantau nya utk memerhatikan proses pengundian. Sebelum itu hapuskan lah dulu undi awal di prk Bkt Gelugur.