Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Dia ni terror dalam mentadbir sahaja....pengumuman mohor raja-raja.
ReplyDeleteKALAU AKU JADI PM AKU SELESAIKAN SEMUA MASALAH DALAM SATU SAAT.
ReplyDeleteHEHE. JANGAN MARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH ARRRRR.
kalau saya jadi PM, sesiapa yang membuat laopran polis kena liwat dalam satu saat saya akan masukkan mereka dalam penjara.
Deletehak nafsu meliwat adalah hak asaseyyy
-DSAI-
Berdoalah agar anda dikurniakan akal fikiran yg lebih baik kerana dalam AlQuran ada beberapa kali menyatakan berkaitan alangkah rugi menjadi orang2 yg tidak berfikir.
DeleteHidup di dunia pun kau org bukan senang sangat pun nanti rugi dunia rugi akhirat!
Malam nie cuba berlapang dada, solat n minta petunjuk.
Itupun jika Allah s.w.t belum membekukan hati kita....
HIDUP TAN SRI KHALID. Pemimpin rakyat...putrajaya pkr pegang jika beliau TP!
ReplyDeleteMajlis Temu Mesra Kempen Bakal-Bakal Calon PKR Pusat di Restoran Roof Top Garden, Hotel Sento Keningau telah diadakan semalam.
Namun sambutan tidak berapa menggalakan dengan hanya 85 orang ahli2 PKR Keningau dan Pensiangan yang hadhir. Ini hanya menggambarkan PKR di Sabah serupa menunggu ajal.
Majlis hanya di panaskan oleh kata-kata pembantu Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli.
Dalam pemilihan ini, Rafizi memberi sokongan penuh kepada Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden. Kononnya beliau berpengalaman luas dan sanggup berjuang di dalam parti dalam apa jua suasana.
Dalam majlis di Keningau, Rafizi secara terbuka menembak YAB Menteri Besr Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Azmin Ali kerana mereka tidak bersehaluan. Dia menyalahkan Khalid dengan krisis seperti isu air dan isu bible. Azmin dikatakan mempunyai masalah tertentu.
Itu di Sabah tapi lain pula keberanian Rafizi di kemaman di mana Rafizi dikatakan akan kalah untuk jawatan Ketua Cabang Kemaman.
DeleteMemandangkan prospek dia gelap, kem Rafizi di Kemaman telah melakukan provokasi untuk menghentikan proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.
Menghidu kekalahan ketika proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, mereka membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.
Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.
Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.
“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.
“Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang.”
Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.
"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.
“Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.
Macai umno tak payah la komen panjang berjela... kami tetap tak sokong umno... buat la ayat sejuta patah perkataan pun... umno ni memang orang dah menyampah
Deletecelaka punya macai cerita hal buruk pkr dlm ini blog.!
ReplyDeletekami tak mahu dengar hal hal buruk parti kami woiiit
kami ni pejuang rakyat.!! semua duit yg ada kat kerajaan, kat bank tu semua duit rakyattt!
kerajaan sila buat mesin atm utk rakyat keluarkan duit rakyattt
ULANGAN PERINGATAN!
ReplyDelete1 MEI 2014 SEMPENA CUTI HARI BURUH . SEMUA AHLI PKR DIWAJIBKAN TURUN, LAPANGKAN WAKTU DEMI KEMPEN :
MEMBANTAH CATUAN AIR DI SELANGOR.
KEBAJIKAN RAKYAT HARUS DIJAGA. BUKAN DIPERSENDA!
JANGAN HANYA PANDAI MEMBERI AIR PERCUMA !
JANGAN NAIKKAN TARIF AIR
PERHIMPINAN 1 MEI 2014. HAK RAKYAT UNTUK RAKYAT!!
-SAMM-
Mcm mana Khalid nak bawa PKR ke Putrajaya sedangkan chai yg dibawanya tidak ada orang sarawak pun. Sarawak menolok kamu Khalid. Sama juga dengan Sabah cuma seorang calun dari Sabah yang termasuk dalam chai Khalid. Percayalah Sabah akan menolah kamu Khalid. Kamu hanya dapat memberi wang dan.projek kepada pemimpin Sabah tapi tidak kepada undi anggota PKR Sabah. Bersedialah kamu untuk menerima kekalahan di Sabah
ReplyDeleteSiapa punca kekecohan pemilihan?
ReplyDelete1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana - mana organisasi lain yang saya sertai. Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.
2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan perbagai kontroversi manipulasi dan penipuan. Perkara biasa yang sering kita lakukan.
3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti. Namun fitnah terhadap SPR tetap diteruskan seperti biasa.
4. Persoalanya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???
5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita sengaja marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.
6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalanya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperolehi keuntungan dengan penipuan itu ? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ? Ia juga berlaku semasa membicarakan kes liwat II. Kita tanamkan dalam pemikiran ahli kita bahawa liwat II adalah fitnah kerajaan umno tetapi kita terlupa bhw ini adalah kes individu yang membuat laporan polis menuntut keadilan akibat dipaksa kerana diliwat. Kita mengenepikan keistimewaan individu berkenaan yang diberi kemudahan akses ke kondo mewah dan tidak kepada aktivitis pkr yang lain.
7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.Semua ini bagi memulihkan semula parti PKR yang setiapkali diadakan pemilihan parti, maka ini berterusan semenjak ditubuhkan dahulu.
8. Dalam keadaan Regim Selangor sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang mencatu air, dalam usaha akhir kita merehatkan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti - henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014 seperti pemilihan sebelum sebelumnya. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?
Sekian
Che'Gu Bard
Anggota Biasa PKR
Apasal no3 tu kitab kitab suci. Islam ada berapa kitab yg perlu diimani?
ReplyDeleteHah jawab.
belajar lagi 2:38.
ReplyDeleteKitab-kitab suci ye. PAS tak tarbiyah pkr ke..samapi tak tak tau keimanan terhadap kitab kitab suci Allah?