Monday, 28 April 2014
KISAH PELIK TAPI BENAR ... 2 TAHUN LALU DIA LANGGAR SEORANG REMAJA HINGGA MAUT .. SEKARANG DIA MAHU SAMAN MANGSA BERKENAAN!!!!
TORONTO: Seorang wanita yang melanggar dan membunuh seorang remaja dalam satu nahas jalan raya hampir dua tahun lalu memfailkan saman ke atas mangsa kerana dia mengalami tekanan perasaan.
"Saya rasa macam kena main. Saya naik angin. Ini buat darah saya naik," kata bapa remaja itu, Derek Majewski seperti dipetik oleh The Toronto Sun.
Dalam nahas pada pukul 1.30 pagi pada 28 Oktober 2012 itu, Brandon Majewski, 17, sedang berbasikal bersama dua rakannya apabila dia dilanggar oleh sebuah kenderaan SUV.
Pemandu kereta itu, Sharlene Simon, 42, kini menyaman mendiang Brandon atas tekanan perasaan yang dia alami sejak kemalangan tersebut. Dia juga menyaman dua remaja lain yang terlibat serta semua anggota keluarga Brandon termasuk abangnya yang sudah meninggal dunia.
Enam bulan selepas kemalangan itu, abang Brandon, 23, meninggal dunia selepas dikatakan terlalu murung sejak kematian adiknya.
Peguam keluarga itu, Brian Cameron menyifatkan tindakan saman tersebut sesuatu yang ganjil dan melampau.
“Selama saya jadi peguam, saya belum pernah lihat ada orang menyaman mangsa yang mereka langgar mati," katanya.
Ibu Brandon pula sangat kecewa, marah dan terkejut dengan tindakan saman itu.
"Dia bunuh anak saya dan sekarang dia nak kaut untung. Dia kata dia menderita? Beritahu dia supaya tengok apa yang ada dalam kepala saya. Dia akan nampak penderitaan. Dia akan nampak panik. Dia akan nampak mimpi ngeri," kata Venetta Mlynczyk.
Simon menuntut ganti rugi sebanyak 1.35 juta dolar Kanada (lebih kurang RM4 juta) bagi "kecederaan serius dan kekal" kepada fizikal, mental dan psikologinya ekoran nahas itu.
Dia juga mendakwa mangsa langgar mati itu cuai dan tidak tahu menunggang basikal kerana tidak menggunakan brek dengan betul.
Simon juga menamakan pihak berkuasa tempatan dalam tindakan samannya itu atas kegagalan menyelenggara jalan raya terlibat.
Menurut polis, Simon mengaku memandu pada kelajuan 90 kilometer sejam di kawasan had laju 80 kilometer sejam. Dia mendakwa tidak nampak tiga remaja berkenaan sebelum kenderaannya merempuh Brandon.
Nahas itu mengakibatkan cermin hadapan keretanya retak, bampar kemek dan lampu depan pecah. Bumbung kereta itu juga kemek dan calar manakalan cermin sisi tercabut.
Brandon meninggal dunia di hospital akibat pelbagai kecederaan.
Seorang remaja yang bersamanya cedera parah termasuk patah tulang pinggul manakala seorang lagi tercampak dan hanya mengalami calar ringan.
Peguam keluarga Brandon memfailkan saman ganti rugi kemalangan yang biasa dengan mendakwa Simon memandu laju dan mungkin pada ketika itu sedang mabuk atau menggunakan telefon genggam.
Kes itu belum didengar oleh mahkamah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
nak menang bawak lah kes saman ke sini
ReplyDeleteIni sumer poyo..... haktuihhhhhhhhhh
ReplyDeleteBdk ni keturunan baka anak haram memang perangai mcam babi.elok ko pg mampos la keturunan nabi adam sekor ni.
DeleteIni tak pelik Msia lg pelik kes liwat bebas lepas tu salah penjara 5 tahun
ReplyDeleteMalaysia lagi pelik.. kalau kes menang kata mahkamah adil.. kalau kalah mahkamah tak telus!!!
ReplyDeleteLagi pelik tonggeng bontot bg org liwat dan tak berak 3 hari.blh kemut taik pulak tu!
ReplyDeleteApa yang nak heran sangat? Di Malaysia ni pun banyak peristiwa dan hal yang pelik. MALAYSIA BOLEH.
ReplyDeleteMy friends told me that on http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! It really works! (WQD7djhxfq)
ReplyDelete