Monday, 21 April 2014
PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... AKAR UMBI MAUKAN PEMIMPIN MENJADIKAN MENUJU KE PUTRAJAYA MENJADI KENYATAAN BUKANNYA PEMIMPIN YANG HEBAT BERSLOGAN!!!!
Akar umbi menolak kempen retorik khususnya yang berkaitan sentimen kesetiaan terhadap parti bagi meraih simpati dan sokongan pengundi.
Sebaliknya Omak Kau turut sependapat dengan para penganalisis politik tanah air bahawa pemilihan KEADILAN kali ini seharusnya dilihat di luar ruang lingkup ketaksuban dalam skala yang lebih besar khususnya bagi menyediakan barisan kepemimpinan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 jika mau menjadikan MENUJU KE PUTRAJAYA MENJADI KENYATAAN..
Pemilihan parti akan lebih bermakna jika ia berjaya menampilkan pimpinan yang diyakini pengundi, selain dapat mengemukakan gagasan untuk menjamin kemenangan berpihak kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Gagasan yang dibentangkan perlu praktikal dan bukan retorik mengenai siapa yang lebih setia atau yang lebih hebat berpidato dengan menggunakan bahasa lengang lengok beralun sehingga rakyat jadi terpesona dan terpegun.
Bukan pesta memilih siapa yang mampu heret rakyat turun kejalan raya tetapi siapa yang mampu heret rakyat ke peti undi untuk menang pilihanraya.
Heret rakyat dengan memberikan keyakinan tinggi betapa pemimpin yang dipilih itu mampu mengurus negara.
Rakyat mau melihat pemimpin yang terbukti kemampuannya mengurus ekonomi dan negeri .. bila menyebut rakyat ianya termasuk yang bukan anggota KEADILAN dan Pakatan Rakyat kerana kelompok inilah jumlahnya jauh lebih besar, kelompok yang mampu memberi menang kalah dalam PRU 14.
Penambahan sokongan rakyat di Pulau Pinang pada PRU 13 lalu adalah kepimpinan yang dibawa oleh YAB Lim Guan Eng dan para Exconya , begitu juga kemenangan bergaya di Selangor atas kepercayaan dan keyakinan rakyat tentang kepimpinan dan urus tadbir yang ditunjukkan dan dibuktikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor dan para Exconya .. Ini adalah kenyataan dan tidak boleh dinafikan selain dari sosok tubuh DSAI.
Sebab itu sepanjang PRU 13 lalu Pakatan Rakyat berkempen kepada rakyat supaya melihat kemampuan 2 buah negeri ini yang ditadbir urus secara cekap, telus dan bersih dengan tatakelola yang cukup hebat dan baik.
Sepanjang kempen KASIH BERTAUT BERSAMA DATO MENTERI BESAR SELANGOR DAN YB RODZIAH ISMAIL .. suara akar umbi ialah kedua pemimpin ini cukup diyakini untuk mendapatkan kepercayaan rakyat memberikan sokongan kepada Gagasan Pakatan Rakyat menerusi demokrasi peti undi pada PRU 14 nanti.
Cekuplah peluang terbaik ini dengan memberikan sokongan padu kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Timbalan Presiden KEADILAN dan YB Rodziah Ismail sebagai Ketua Wanita Pusat KEADILAN.
Janganlah kita sekadar menjadi pemerhati tetapi perlu sama-sama aktif dan bergiat cergas sebagai ejen perubahan.
TERLAJAK PERAHU BOLEH BERUNDUR .. TERLAJAK UNDI MISI KE PUTRAJAYA AKAN SEKADAR MENJADI MIMPI.
Tenangkan fikiran dan lapangkan dada sambil mencuit minda ... tanya pada akal sambil berpaksikan kepada iman yang kukuh .. APAKAH KEPUTUSAN PRU 13 MAU BERULANG PADA PRU 14 NANTI ATAU MISI KE PUTRAJAYA MAU DIPASTIKAN MENJADI REALITI.
Cukuplah pengalaman pahit PRU 13 yang menguris hati itu berlalu .. Mau gerak kehadapan .. Jangan diulangi kesilapan lampau .. Peluang sudah diberi kepada kepimpinan lalu, kini giliran pemimpin baru untuk memacu.
Ayuh!!.. lakukan apa yang perlu agar kita tidak di persalahkan anak cucu kita kerana gagal bertindak bijak bila peluang terbaik terhidang didepan mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
lawak. ....
ReplyDeleteHabis la kau nuar dan jijah!!!....bukan lagi parti anak beranak....,hahahahaha...UMNO kena pastikan nuar lepas penjara kajang ni.....
DeleteRESEPI AIR MASAK
Delete1. mula2 amik cerek
2. Lepas tu masukkan air sampai penuh
3. Lepas tu letak atas dapur gas, hidupkan api dan masak hingga air menggelegak.
P/s: untuk lebih sedap lagi boleh bubuh daun ketum 1 ikat
Hoi...hang ni sawan ke apa....
Deleteatau baru kluar tanjung rambutan..
dok elok2 baca rukun islam... ajak org minum daun ketum....tunggu nanti polis pi ambil kat rumah psai iklan daun ketum..
ayuh tan sri khalid.. akan datang tanding pulak presiden..
ReplyDeleteRESEPI AIR MASAK
Delete1. mula2 amik cerek
2. Lepas tu masukkan air sampai penuh
3. Lepas tu letak atas dapur gas, hidupkan api dan masak hingga air menggelegak.
P/s: untuk lebih sedap lagi boleh bubuh daun ketum 1 ikat
omakkau pun dah berani bersuara menentang DSAI..
ReplyDeleteRESEPI AIR MASAK
Delete1. mula2 amik cerek
2. Lepas tu masukkan air sampai penuh
3. Lepas tu letak atas dapur gas, hidupkan api dan masak hingga air menggelegak.
P/s: untuk lebih sedap lagi boleh bubuh daun ketum 1 ikat
Politik jalanan is sooooo 90's la nuar.....kita mahu orang yg pandai cakap dan buat kerja...hidup TS Khalid!!!...macam DAP,tak perlu politik jalanan..,itu boleh tunggang PAS dan unit amal buat...:-)
ReplyDeleteRESEPI AIR MASAK
Delete1. mula2 amik cerek
2. Lepas tu masukkan air sampai penuh
3. Lepas tu letak atas dapur gas, hidupkan api dan masak hingga air menggelegak.
P/s: untuk lebih sedap lagi boleh bubuh daun ketum 1 ikat