Tuesday 29 April 2014

APALAH PUNYA TERUK KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR NI ... RAKYAT NAK KE PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR PUN DISEDIAKAN BAS PERCUMA!!!!!



SHAH ALAM, 29 APRIL: Warga Shah Alam kini berpeluang menggunakan perkhidmatan pengangkutan bas secara percuma ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Seksyen 13, di sini.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata perkhidmatan yang mula beroperasi itu juga adalah sebahagian tanggungjawab sosial dan keprihatinan pihaknya dalam menyediakan kemudahan buat warga kota.

“Kita prihatin dengan keperluan pengangkutan ke PPAS, khususnya cuti sekolah atau hujung minggu.

“Pada waktu ini selalunya bilangan pengunjung bertambah, jadi perkhidmatan bas percuma pasti membantu,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Katanya, MBSA menyediakan bas mini jenis ‘coaster’ yang boleh memuatkan seramai 16 orang penumpang pada satu masa dan akan beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.

Bas itu akan menunggu penumpang di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya Ole-Ole, Seksyen 18 pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang dan akan melalui beberapa lokasi tumpuan seperti Stesen Komuter, Seksyen 19, Kompleks PKNS, dan Pangsapuri Perdana, Seksysen 13.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pihak urusetia Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA di talian 03-5522 2735.

Sejak awal Mac lalu, MBSA turut menyediakan perkhidmatan bas percuma yang bermula di Hentian Pusat Bandar, Seksyen 14 dan akan melalui beberapa seksyen seperti 2, 7, 11, 16, 17 dan 18.

Perkhidmatan itu juga beroperasi tiga kali sehari dari Hentian Pusat Bandar, Seksyen 14 pada jam 7.30 pagi, 11.30 pagi dan 4.30 petang.

8 comments:

  1. Nanti ada lah yg tiru kucing.

    ReplyDelete
  2. ini aja??? ayam bertelur sebijik riuh sekampung!!!

    ReplyDelete
  3. "Katanya ucapan awal Obama juga telah menekankan perlunya pembaikan ke atas hak asasi manusia.
    Jelas beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bersetuju terhadap pembaikan ke atas hak asasi manusia di Malaysia."


    kah kah kah menyembah najib kat obama haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya Obama tak sudi bertemu pemimpin suci...

      Delete
  4. Kejap jer ni....sebulan dua jer..lepas tu batang hidung drebar bas pun tak nampak2...jenuh ler nunggu bas nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah jugak usaha utk membawa rakyat kpd budaya membaca Klau dah di sediakan pengangkutan percuma tp tak digunakan tak boleh salahkan kjaan negeri Yg dulu tu langsung tak ada usaha adakan bas.

      ada. ada . sori ya. Bas percuma utk jamuan kempen UMNO yg ada konsert sekali

      Delete
  5. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno percaya satu lagi iaitu PERCAYA DAN BERIMAN KPD UMNO YAHUDI DAJAL LAKNATULLAH. HUHUHU

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...