Tuesday, 1 April 2014
MAHKAMAH PERSEKUTUAN SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN KES SAMAN FITNAH DSAI RM100 JUTA TERHADAP MENTERI LUAR ANIFAH AMAN DI BICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI MULAI 8HB APRIL INI.
Saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan Anifah bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menghidupkan semula saman sivil Anwar terhadapnya.
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, dalam keputusan sebulat suara, memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Beliau juga memerintahkan Anifah membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar.
Perbicaraan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid, dijadual selama tujuh hari bermula 8 April.
Pada 27 Mei, 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasitinya secara peribadi dan rasmi dan Kerajaan, mendakwa beliau telah difitnah dalam sidang media Anifah bersama-sama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu Hillary Clinton.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa bahawa dakwaan Anifah adalah tidak berasas dan amat cuai dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.
Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pada 6 Januari, 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk menggugurkan saman itu.
Mahkamah Rayuan pada 25 Januari, 2013, membenarkan rayuan Anwar untuk menghidupkan semula saman terhadap Anifah atas kapasiti peribadi.
Mahkamah (Mahkamah Rayuan), bagaimanapun menolak rayuan Anwar untuk menghidupkan semula samannya terhadap Anifah atas kapasiti rasmi sebagai Menteri Luar dan juga terhadap Kerajaan Malaysia.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Anifah manakala Anwar diwakili peguam R. Sivarasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Dia dapat duit juta juta..kita dapat apa? Kadang aku bengang juga dgn anwar ni. TAMAK.
ReplyDeleteNuar ikut bomoh ko bomoh ikut nuar semuo juta jo....hahahahha
ReplyDelete100 juta??? waw! kalau menang kaya wo. Aku, saman speed trap ari tu pun tak bayar lagi ni. mana nak cekau ni? (Bang polis... bang polis... boleh kurang sikit saman tu tak? Duit brim ari tu pun dah abis, macamana ni? Tolong ya abang polis)
ReplyDeleteMasok mahkamah tinggi Anwar menang.
ReplyDeleteMasok Mahkamah rayuan, Anwar kalah balik.
Dah faham dah skrip.
Terkini! DSAI akhirnya akan bersumpah laknat demi menghormati kebijaksanaan pengikut-pengikutnya. Menurut DSAI sudah tiba masanya kerana rakyat makin cerdik lambat laun pasti mereka akan mengesyaki sesuatu jika beliau terus berdalih. Walaupun sumpah ini tidak akan mengubah keputusan mahkamah namun ia akan memberi sedikit ketenangan jiwa kepada pengikut-pengikutnya terutama yang berIQ tinggi dan seterusnya menutup mulut pengkritiknya. Upacara sumpah tersebut akan diadakan malam ini menurut sumber dalaman PKR.
ReplyDeleteSuara keadilan
skrip biasa.mane blh sama ikan paus,ikan bilis blhlh..
ReplyDelete