Wednesday 27 August 2014

ASTRO MOHON MAAF DAN BERI SIARAN PERCUMA KEPADA SEMUA SALURAN SELAMA 3 HARI MULAI JUMAAT INI 29HB OGOS HINGGA 1HB SEPTEMBER.



Pihak Astro memohon maaf kepada pelanggannya di atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan.

Dalam posting terbaharu di laman Facebook Astro, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh kebakaran berpunca litar pintas di premis Astro di Bukit Jalil.

"Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan.

"Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam," jelas kenyataan itu.

Jelas Astro lagi, sudah menjadi keutamaan untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan.

"Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.

"Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil," ujar kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan itu mengulang sekali lagi permohonan maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesabaran semua, Astro akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.

4 comments:

  1. kalau percuma tayang cerita basi buat apa? Lg pun kan selalu apa apa sambutan Astro bg percuma Nak betul betul minta maaf bg tempuh tarikh baru Yg tak ada kena mengena dng apa apa peristiwa bersejarah atau apa apa sambutan DAN TAYANGKAN CERITA YG BARU DAN MENARIK Kalau tak TIADA MAAF BAGI MU

    ReplyDelete
  2. Gunakan open box Dan skybox, semua channel dapat kecuali HD, yang pending Ada line internet

    ReplyDelete
  3. Umnu menang kroni senang.dasar monopoli mengenyang perut kroni je.

    ReplyDelete
  4. pkr,dap,pas lgi la raja kroni..xcaya tgk di di penang..tender tertutup,,di selangor terang2terangan paksa singkir khalid ibrahim .. naikan calon yg tunngal wan jijah yg mmang xlayak pn jdi mb,mmang x disukai ramai & apatah lgi dymm sultan selangor..klu dlu pas kta wanita x bleh jadi pemimpin skg mcmna ?hanya org2 yg bahlol je suke kpd parti racist & kroni mcm pkr dap & pas..pas mmang sentiasa xde pendirian lidah bercabang mcm lidah biawak sntiasa jadi pak turut..cmne nk nk jlnkan hukum hudud ? klu skarang ulama2 diorng bershubahat & bersekongkol dgn org2 munafik & mungkar ?mcm mat sabu berkhalwat...video sex mustafa ali..tiada apa2 tindakan ? sebaliknya menyokong plak..blum lgi kes liwat anwr ibrhim lgi la menafikan kebenaran kes tu..pas memang subahat..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...