Thursday, 28 August 2014
KENYATAAN TERUS TERANG MUSA HITAM YANG PASTI BUAT PENGKAGUM MAHATHIR NAIK ANGIN SATU BADAN.
Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan berpuas hati jika terdapat klon beliau mentadbir Putrajaya, kata bekas timbalannya Tun Musa Hitam, merujuk kepada serangan terbaru bekas perdana menteri itu terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Musa yang berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dari 1981 hingga 1986 bersama Mahathir berkata, bekas bosnya itu tidak akan berpuas hati dengan mana-mana pemimpin.
"Beliau hanyak akan berpuas hati jika terdapat klon Mahathir yang menjadi pemimpin berkuasa di Malaysia," kata Musa dalam satu temubual ekslusif dengan The Malaysian Insider.
Musa merujuk kepada kritikan baru-baru ini oleh Mahathir ke atas Najib, di mana bekas perdana menteri tersebut memberi tujuh sebab mengapa Najib gagal.
"Lihat kepada semua timbalan yang bekerja dengan Mahathir sepanjang 22 tahun. Saya antara yang dianggap sebagai merbahaya," katanya.
"Tun Ghafar Baba (1986-1993) dianggap sebagai baik, setia. Datuk Seri Anwar Ibrahim (1993 -1998) boleh dianggap sebagai pengikut beliau paling teruk, Anwar dikatakan tidak setia dan buat itu dan ini.
"Tun Abdullah Ahmad Badawi (1999-2003) pula dianggap seorang yang baik."
Bagaimanapun, Musa berkata Abdullah juga senasib apabila disingkirkan oleh Mahathir daripada tampuk kuasa kerana dianggap lemah.
"Tapi selepas seketika, Mahathir melihat Abdullah sebagai perdana menteri Malaysia paling teruk dan lemah.
"Mahathir tidak gembira kerana Abdullah tidak mengikut telunjuknya, jadi beliau disingkir," katanya.
Selepas Najib dipilih sebagai pengganti Abdullah, Mahathir secara terbuka memuji perdana menteri pilihannya itu dan menasihati Najib dalam banyak perkara.
"Tapi selepas Najib mula mentadbir mengikut caranya sendiri dan mengambil keputusan mentadbir tanpa gangguan, ia menjadi lebih buruk dan buruk kepada Mahathir.
"Dr Mahathir berasa Najib tidak mendapatkan nasihatnya dalam isu yang penting tapi dikatakan terpengaruh dengan orang luar," kata Musa.
Musa berkata, alasan Mahathir yang mengatakan kritikan tersebut hanya sekadar nasihat lembut tidak boleh dipercayai memandangkan sudah mengenali strategi bekas bosnya itu.
"Itu adalah Mahathir, jangan percaya dengan kata-kata beliau mengatakan kritikan ke atas Putrajaya adalah bertujuan untuk nasihat yang baik.
"Matlamatnya adalah untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya," kata Musa memberi amaran.
Bercakap kepada The Malaysian Insider di pejabatnya di Hampshire Place, Kuala Lumpur, Musa kelihatan tenang dan membangkitkan banyak isu yang berlaku khususnya mengenai pentadbiran Najib.
"Satu-satunya cara untuk memuaskan hati Mahathir ialah dengan meletak klon yang sama dengan beliau di tampuk kuasa."
Musa berkata isu di sini bukan mengenai demokrasi dalam Umno, tetapi ia sebenarnya adalah tentang bekas perdana menteri tersebut.
Bagi Musa, keterbukaan yang dipamerkan Najib dalam pentadbirannya lebih baik berbanding sebelum ini, malah sepanjang di tampuk kuasa tidak ada lawannya yang dipenjarakan.
"Najib sudah memperlihatkan kesanggupan menerima kritikan daripada dalam dan luar Umno," kata Musa.
"Jika semasa zaman Mahathir, sebarang kritikan dalam media arus media perdana oleh ahli politik Umno maka kariernya akan tamat serta-merta," katanya.
Musa menyifatkan kritikan dan komen buruk oleh Mahathir hanya mewujudkan rasa tidak selamat dan hilang arah tujuan di kalangan ahli Umno sendiri.
"Malaysian mengamalkan amalan negara demokratik dengan had tertentu, ia mungkin tidak sempurna tapi Umno perlu belajar menghadapinya.
"Setakat ini ia kelihatan baik walaupun banyak kritikan, Najib kelihatan tenang dan tidak tergugat," katanya.
Berbeza ketika zaman Mahathir, kritikan yang banyak seperti diterima Najib sekarang ini tidak dihadapi bekas perdana menteri tersebut, kata Musa.
"Mahathir tidak pernah hadapi sebarang kritikan sama seperti Najib hadapi sekarang ini," kata Musa.
Musa menyifatkan perkara ini sebagai sesuatu yang positif bagi Najib, menerima kritikan yang bertimbun khususnya daripada laman portal.
"Jika kamu tidak tahu untuk menghadapi demokrasi, ia akan memakan diri kamu semula," kata Musa.
Minggu lalu, Mahathir berkata, beliau menarik balik sokongannya kepada Najib dengan berkata segala tegurannya dalam pelbagai isu hanya sampai ke telinga yang pekak.
"Saya tidak ada pilihan melainkan menarik balik sokongan saya. Ini tidak berkesan, jadi saya kritik," katanya sambil menambah Najib bukan lebih baik berbanding Pak Lah.
"Banyak polisi, pendekatan dan tindakan kerajaan di bawah Najib telah memusnahkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara."
Antara isu yang disenaraikannua adalah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sikap “lemah” Najib terhadap negara jiran dan penggunaan wang negara untuk mendapatkan sokongan rakyat setiap kali pilihan raya.
Sehingga kini, pemimpin Umno sangat berhati-hati dengan reaksi mereka terhadap kritikan pedas dan terbuka Dr Mahatahir terhadap Najib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Apala Omakkau letak cerita hari ni dalam sejarah. Dsiyorkan Admin Omakkau buat tiga blog. Omakkau Politic Today, Omakkau No Polititc Today dan Omakkau Politic Yesterday
ReplyDeleteIni komen Untuk Omakkau Politic Today
Ingatlah pemimpin-pemimpin PKR bahawa kamu masih lagi di dalam tempoh percubaan di mata rakyat.. Rakyat Selangor telah memilih semula PR di Selangor pada PRU13 yang lalu atas kecemerlangan TSKI dan keyakinan TSKI mengambarkan PR dan sebaliknya.
Rakyat Selangor bersyukur dan mengambil krisis ini sebagai hikmah kerana dapat mengenali parti-parti politik yang ada.
Moga negeri Selangor seperti motonya sentiasa 'Dipelihara Allah' dari manusia-manusia rakus.
Manusia rakus termasuk Penghulu Nepotisme, Bininism, Donkeycracy serta pedokong Kajang Move yang terdiri dari para Ninja Turtle. Kah Kah Kah
Abu Lahab tak pecat pemimpin Jahiliyah ganti dengan bini sendiri, walaupun Abu Lahab ni jahat dan gerenti masuk neraka. Abu Lahab, Qarun, Abdullah bin Ubay, Abu Jahal kalau mereka hidup lagisemua terkejut dengan kejahatan pendokong Nepotisme-Bininisme. Memecat Orang Amanah secara Kudeta dan mahu diganti dengan bini tercinta. Pol Pot pun tak buat.
Yehhhh Kalau pembaca2 tak sedar, makna kamu semua fanatik dekat individu yg tak berapa hansem
Bai Bai Bai C. U
Puak pecacai Pakatan Haram (PAS/PKR/DAP) seperti Omak Kau pasti akan suka dan akan mengambil kesempatan untuk mengulas jika ada kritikan dan ulasan kepada kerajaan. Yang jadi masalahnya adalah jika mereka itu lebih baik dari kerajaan yang ada sekarang tidak mengapa tetapi mereka adalah lebih teruk lagi dari kerajaan yang ada sekarang. Inilah hakikat yang sebenar, boleh fikir sendiri tetapi kerana semangat dan hasad sebab dengki dan hasad kepada kerajaan UMNO/BN menyebabkan mereka tidak kisah apa yang tidak baik kepada Pakatan Haram, janji dapat mengalahkan UMNO/BN. Berpijak dibumi nyata...
ReplyDeleteTerbaek bro !
DeleteTerburuk bro !
DeleteTerbodoh bro!
Deletelu jgn cakap banyak. bila harga barang2 naik lu nangis dalam diam. tapi tugas macai tetap diteruskan.....
DeleteKalau Musa atau Anuar pandai dah lama mereka2 ni jadi PM M'sia..kalau Mahathir tegur o komen ,org tu tak kounter trgur balik bemakna Mahathir betul..kalau ada klon Mahathir banyak2 elok jugk.untuk negara..
ReplyDeleteMusa hitam antara org yg frust tak dpt jd pm ..huhu
ReplyDeletemusa hitam??x der jasa untuk negara..next
ReplyDeletePundeklu
Deletetun m mohamed kutty tak sepatut di beri peluang lagi utk memilih pengganti pm. SEMUA pilihannya tak betul. bukan aku kata tapi kutty sendiri yg ngaku!
ReplyDeleteTU PASAL LA PENGGANTI2 TUN NI KENA SEDAR,BILA TUN SURUH BERUNDUR,UNDUR JE LA.DAH MEMANG X BOLEH NK TADBIR NEGARA,KENA LA BERUNDUR DAN BAGI JAWATAN KEPADA MEREKA YANG BOLEH/LAYAK.INI TAK,PRESTASI X BAGUS,RUGIKAN DUIT RAKYAT/NEGARA DAN X PANDAI URUS NEGARA DAN MEMALUKAN MALAYSIA DENGAN MACAM2 SKANDAL TAPI MASIH LAGI NAK PEGANG JAWATAN DAN NAK MEMERINTAH MALAYSIA..
Delete