Saturday 30 August 2014

EDISI RAKYAT KENA AUTA HIDUP-HIDUP ... KERAJAAN UMNO PIMPINAN NAJIB MELABUR RM6 BILLION DENGAN SYARIKAT RUGI.



19HB FEBRUARI 2014 .. SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012.

Kerugian itu direkodkan di sebalik peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013 berbanding RM187 juta pada akhir 2012.

"Bagaimanapun, pendapatan bersih selepas cukai merosot akibat penyusutan nilai lebih tinggi serta kerugian pertukaran mata wang asing," menurut MAS dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, tahun lalu adalah tahun mencabar kerana persaingan sengit yang memberi kesan kepada perolehan.

"Fokus kami adalah untuk menambahkan hasil dan usaha ini menaikkan hasil syarikat sebanyak 11 peratus manakala trafik pula bertambah 27 peratus," katanya.

Menurutnya, dengan persaingan semakin sengit, MAS menjangkakan tekanan ke atas perolehan syarikat itu akan berterusan.

"Kami akan menambah usaha untuk mengurangkan kos dan menggunakan sumber kami dengan lebih baik. MAS kekal dengan komitmen kami untuk memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi," katanya.

Bagi tahun kewangan 2013, syarikat itu mencatatkan perolehan RM15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM13.8 bilion pada 2012.

Jumlah penumpang bagi kumpulan MAS pada 2013 turut meningkat sebanyak 28.5 peratus kepada 17.2 juta orang berbanding 2012.

Setakat akhir 2013, kumpulan MAS memiliki 148 pesawat, termasuk enam pesawat penumpang terbesar dunia, Airbus A380.



16HB MEI 2014 ... SENTIMEN
negatif terhadap MAS akibat kehilangan pesawat MH370, selain tekanan ke atas hasil dan prestasi kurang memuaskan aktiviti bukan teras menyebabkan syarikat penerbangan negara mencatatkan kerugian bersih RM443 juta bagi tiga bulan pertama berakhir 31 Mac 2014, berbanding kerugian RM279 juta bagi tempoh sama tahun lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, kebanyakan kos berkaitan MH370 akan ditanggung insurans tetapi operasi syarikat itu menjadi lembab untuk beberapa minggu sejak kehilangan MH370 pada awal Mac lalu.


MH370 ialah penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang hilang selepas berlepas pada 8 Mac lalu dan masih tidak ditemui sehingga kini.


Ahmad Jauhari berkata, kebiasaannya, pencapaian bagi separuh pertama dalam setiap tahun sentiasa lebih lemah berbanding separuh kedua kerana tempoh perjalanan yang sibuk pada cuti akhir tahun sebelum itu.


"Kerugian bersih bagi suku pertama ini bukan sesuatu yang tidak dijangka.


"Namun keputusannya lebih teruk kerana impak ke atas perjalanan udara secara amnya akibat kehilangan MH370. Keseluruhan pasaran bertindak balas dengan mengurangkan permintaan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Beliau berkata, aktiviti pemasaran MAS pada masa itu dihentikan sebagai menghormati keluarga penumpang pesawat Boeing 777 dalam perjalanan ke Beijing itu.


Menurut Ahmad Jauhari, sementara pencarian MH370 diteruskan sehingga kini, iaitu lebih dua bulan sejak kehilangannya, MAS perlu mempercepatkan usaha memperbaiki aliran perolehannya dan menguruskan kos yang semakin meningkat dengan lebih baik.


"Keperluan ini menjadi semakin penting untuk kelangsungan masa depan dan kemampanan MAS dalam pasaran yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk persaingan berkurang," katanya.


Beliau berkata, fokus utama kini ialah untuk kekal sebagai pemain industri relevan dalam pasaran penerbangan.


"Kami telah melalui dua tahun usaha untuk memperbaiki operasi. Masih ada banyak yang perlu dilakukan untuk menghadapi realiti perniagaan dan persaingan sebagai operasi yang dinamik.

"MH370 telah mengeluarkan (ciri-ciri) terbaik pasukan MAS untuk bersatu menghadapi krisis itu. Kami menggunakan semangat pasukan ini untuk berjuang bagi masa depan kami," katanya.

MAS memaklumkan, perolehan teras syarikat meningkat sebanyak lapan peratus bersandarkan peningkatan 19 peratus dalam kapasiti tetapi prestasi keseluruhan kumpulan itu terjejas akibat perolehan lemah kargo dan lain-lain.


"Kapasiti berlebihan industri dan struktur kos tidak menguntungkan menyebabkan pendapatan sebelum faedah, cukai, penyusutan dan pelunasan jatuh negatif RM101 juta berbanding RM30 juta tahun lalu," menurut MAS.

LAGI MAU BELIT MENIPU KA?????? ....


6 comments:

  1. Macai, off topik bermula sekarang.

    Puihhh!!!!

    ReplyDelete
  2. Hanya tuhan yg mha mengetahui, kamu buat bnyak prkara yg x betul mana ade barakahnye, tu lh psalnye mas dr dulu hngga skrg rugi manjang, ramai rakyat menyumpah psal pemimpin2 x amanah dn x redha duit mereka disalah gunakn.....bukan masalah mas je malah lebih dr itu, malangnye pemimpin2 ni x ingat akn kematian dn seksaan kubur...buat lh sepuas puasnye...

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Dgn kerugian sebyk ribuan billion, mas memang susah nak bangkit naik kecuali sekadar mengurangkan kerugian, cost pengurusan dll. Maka dgn pelaburan sebyk 6 billion hanyalah sekadar melambatkan kebangkrupan mas dan mencari peluang utk buat perubahan malah dgn masa 3 tahun mungkin dapat mencari penyelesaian buat mas yg lebih baik. Pesanan buat rakyat malaysia, pada masa depan hampir semuanya akan di swastakan sebab kerajaan kita tak mampu lg mempertahankan harta bumi malah segalanya akan dijual atau dilelongkan. Maka bererti byk hartanah bangunan akan di swastakan jadi hak milik syarikat besar malah byk dikuasai syarikat luar. Pada masa itu tiada lagi erti kemerdeka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape nk risau Obama dn Putin pun x sebijak PM Malaysia, ini mas punya problem xde hal lh ..... Rakyat didahului tanggung lh apa susah....

      Delete
    2. Kalau pun lingkup negara ini apa nak d risaukan mereka ada rumah kg.halaman kat indon ,london,amarika kat monggolia pun ada , kita rakyat pakat melalak musang curi ayam hakikatnya ayam dah pun d curi. Nak juga ayam bayar gst.bijak2 semua kena pijak.

      Delete
  4. X susah sgt nak kurangkan kos..
    Batalkan routes 'tanggung jawab kemasyarakatan' yg merugikan yg AirAsia pon give up..
    Dan lantik tuan rumah jd CEO serta merta. Sumenya akan settle.
    MAS akan jd airlines yg paling untung bulan depan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...