Monday, 25 August 2014
TSKI AKAN MENGADAP SULTAN SELANGOR ESOK.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi menjelaskan kedudukannya selepas hilang kepercayaaan daripada majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Beliau yang kini merupakan Adun Pelabuhan Klang bebas selepas dipecat PKR 9 Ogos lalu kini sudah jelas kehilangan sokongan majoriti apabila 30 Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor menyatakan sokongan secara terbuka kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Jumpa esok petang," katanya ringkas selepas merasmikan majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak di Shah Alam hari ini.
Keputusan Sultan Sharafuddin akan menentukan sama ada Selangor akan berdepan dengan pilihan raya mengejut atau tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Kata nak jumpa hari isnin.mungkn nk tgk empangan dlu kot hari ni hujan dri pagi lagi.silap ko juga org dah lantik jadi mb ko wat kerajaan mcm sdn bhd.heee
ReplyDeleteSeribu kali lbh baik dari buat kerajaan negeri cam mak pak nurul izah yg punya...heee
DeleteSaudara2 Seperjuangan,
ReplyDeletePerjuangan kami adalah berdasarkan dokma2 transparensi, keadilan dan bukan untuk keluarga laki bini. Parti sedang diserang penyakit Nepotisme. Hak memilih pemimpin adalah hak semua dan bukan golongan elit dalam parti.
Kamu memecat orang yang baik sebagai pemimpin. Kamu ganti dengan bini kamu. Ini adalah zalim sezalim regime yahudi.
Perjuangan untuk rakyat sudah jadi perjuangan untuk ahli keluarga terutama bini sendiri.
Kamu pecat Khalid, Kamu gantung Che Gu Bard. Kamu fitnah mereka, kamu nista mereka. Apakan lagi warga kilang seperti kami. Kalau rakan kamu pun dilakukan begitu, lebih lebih kami, silap haribulan diludah dan ditendang saja.
Ingat kami berpaksikan kepada kebenaran dan bukan kepada Pencacai besar yang hanya pandai bermuka2 dan berkata-kata manis.
Katan tidak kepada sistem Nepotisme, Katakan tidak kepada sistem pemimpin parti berkeluarga. Katakan tidak kepada golongan2 banjingan yang menyorok dibawah janiji2 bulan dan bintang.
Rupanya yang masih memerlukan reformasi adalah PKR sendiri. Pemimpin Parti durjana perlulah mengundurkan diri. Kami sayang PKR, kami sayang perjuangan. Kami sayang TSKI.
Terimakasih
Awang Tomyam
Sementa
Cakap Abang Tomyam. Tak der sapa boleh jawab walaupun diulang berkali2.. Rafizi. Tolong jawab please
DeleteTerima kasih Khalid Ibrahim. Terima kasih sebab tolong jaga wang rakyat Selangor. Terima kasih kerana mentadbir dengan jujur. Terima kasih kerana memilih untuk bebas dari rasuah. Terima kasih kerana meningkatkan rizab Selangor. Terima kasih di atas usaha kamu yang bersungguh2 mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Terima kasih kerana bersabar dan sanggup di maki hamun oleh partisan BN dan PR kerana berada di sisi kami.
ReplyDeleteDan bagi Rakyat Selangor, TSKI Terimakasih kerana kamu berjuang untuk rakyat, berjuang berdasarkan kebenaran dan berjuang kearah Anti Nepotisme.
Kamulah model reformist sebenar bagi kami ahli2 akar umbi PKR
Apasal kamu nak bagi bini kamu jadi MB. Saidina Hassan pun lepas jawatan Khalifah kepada Saidina Muawiyah walaupun dia dapat Bai'ah dari golongan Mukmin.
ReplyDeleteAku yang jahil ni pun tau pasal tu. Woiiii Macha Permatang Pauh !!!!! Takder orang berkaliber ke dalam PKR.
Setahu aku ramai yang layak . Ada Azmin, Dr Yaakop Sapari, Dr Idris, Nik Nadzmi dll. Apasal tak bagi.
Oiiii Setan berjambul Matang Pauh. Apasal BINI kamu jugak dan kamu berkeras. Kalau Nelson Mandela dulu, dia tak bagilah kat bini dia walaupun ahli menyokong. Ini baru pemimpin, Kamu tu Pemutar Alam
Kamu yang mangkuk hayun. Selalu ABIM konon, Sebut Sheikh Qardawi konon.
Tapi hati kamu jauh dari kebenaran, kamu berselindung dibawah laungan Keadilan.
Kamu adalah manusia Kejam tahap gaban
Kembalikan Jawatan parti ke TSKI. Tarik balik surat pemecatan sekarang juga
Wehhhh init PKR bukan FAMA (Father and Mother). Blahhhh balik Permatang Pauh la.
ReplyDeleteGang2 Kacang Move can go to hell
Seluruh negara berkabung dan bersedih dgn kepulangan jenazah mgsa mh17..tp aku tgk pemimpin PKR tak sensitif lgsung...
ReplyDeleteBalik2 pusing Bini aku kena dapat jawatan. Kat luar tu ramai cerita orang susah, orang cacat, orang miskin dll Ada Kao kisah. Balik2 cerita Kajang Move. Balik2 cerita pasal Menteri Bini (MB). Woiiii Saifudin Woiii Tian Chua Woiiii Rafizi, Woiiii !!! Nik Nadzmi lu dengar tak ????????????
Aku dah mula muak dan menyampah. ..rasa nyesal lak pangkah diorang ituhari...lepas ni no way... Say PKR Sungai Way and No Way brader
tkasih TSKI,saya doakan pengganti tuan akan teruskan kecemerlangan di negeri ini..pemimpin akan silih berganti..kita rakyat akan doakan yg terbaik..
ReplyDeleteIsu-isu KIDEX, SYABAS, Bank Islam hanyalah dongeng dan alasan rekaan untuk memecat TSKI.
ReplyDeleteKami mahu TSKI. Tarik balik surat pemecatan dari parti, kekalkan beliau sebagai MB dan Rafizi, Saifuddin sila undur diri dari PKR.
Ko mental ek?
DeleteKEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee
Bukan aku yang mental, gang angkat bini jadi pemimpin lepas pecat orang amanah itulah mental. Hati busuk tahap gaban.
DeleteSay No to Nepotisme
BUBAR DUN TAN SERI.
ReplyDeleteMAK LAMPIR NAK SAPU SEMUA KERUSI SAMPAI SIFAR UMNO.
tak ada apa yg mengejut selepas Khalid mengadap sultan
ReplyDeletesamada Wan Azizah jd MB atau DUN bubar
Yg mengejutkan ialah sikap dan amanah dlm politik Khalid mengejutkan kita !!
Kenyataan Media PAS selepas Mesy memutuskan menyerahkan kpd Sultan buat keputusan Pergi mampos lah PAS ! Keluar je lah dr PR !
ReplyDeletePAS tak mampu buat pilihan dan cadangan utk pertahankan nama calun utk jd MB Istana memerlukan nama bukan buat kenyataan umum krn semua tahu yg sememangnya Sultan yg berkuasa buat keputusan dlm perlantikan MB atau bubar DUN
Kita bg beberapa penyelesain kpd Sultan kalau tak mcm mana Sultan nak buat keputusan Mcm ni bermakna Sultan akan hny mengambil kira pandangan dan nasihat Khalid yg masih MB
Apa PAS buat utk seiring dan sejalan dgn parti lain dlm PR ??
Sebelum ini atas sokongan majoriti adun Khalid terus jd MB dan enggan bubar kan DUN Adakah Khalid berubah dan sokongan adun bukan lg faktor menentukan perlantikan MB?
ReplyDeleteSiapakah Khalid jika DUN di bubarkan ?
Kalau TSKI mohon untuk bubar DUN sahdah dia tak bijak politik، Undur saja untuk beri laluanMB baru..
ReplyDeleteKHALIF AKAN BUBARKAN DUN UNTUK MEMBOLEHKAN PR SAPU BERSEH KERUSI DAN SIFAR UMNO MAK LAMPIR KATA.
ReplyDeleteBUBAR DUN TAN SRI.