Monday, 25 August 2014
DSAI AKUI SECARA TERBUKA TSKI SEORANG YANG JUJUR, AMANAH, BERJIMAT DAN TELUS .... TIDAK BERSETUJU PIHAK TERTENTU MENYERANG PERIBADI BELIAU SEBAGAI CARA PAKSA LETAK JAWATAN SEBAGAI MB SELANGOR.
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan sumbangan dan integriti Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang mentadbir Selangor.
Namun, Anwar menegaskan, seorang pemimpin seharusnya tunduk kepada perjuangan yang dibawa parti.
“Bukan jawatan yang dituntut. Saya tahu Abdul Khalid seorang yang jujur, amanah, berjimat dan telus, tetapi sebagai seorang ahli parti beliau harus mendengar dan berbincang dengan parti," katanya semasa menyampaikan ucapan amanat di Kongres Nasional PKR ke-10, semalam.
Anwar mengakui, beliau tiada masalah dengan corak pentadbiran Abdul Khalid secara amnya, walaupun kepentingan parti mungkin terabai dalam keadaan tertentu.
“Abdul Khalid sahabat saya. Saya kata dengarlah sedikit. Ini bukan soal kontrak atau jawatan tetapi soal kepedulian,” katanya.
Anwar juga tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu melancarkan serangan peribadi untuk memaksa Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Katanya, PKR sebaliknya bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada rakyat mengapa Adun Pelabuhan Klang itu dipecat daripada parti dan harus berundur sebagai menteri besar.
Menurut Anwar, teguran yang dibuat bersebab dan perubahan perlu dilakukan demi kebaikan.
"Perlu diingatkan dalam parti kita ada peraturan, tidak boleh langgar sesuka hati.
“Jangan pula apabila diberi ruang dan peluang untuk berbincang, parti diserang dengan melakukan tindakan-tindakan yang melanggar peraturan parti," katanya.
Anwar berkata, setiap pemimpin sama ada di peringkat cabang atau kepimpinan tertinggi harus tunduk kepada perjuangan parti.
Anwar turut meminta semua ahli PR bersatu dan muafakat, mengikut peraturan yang betul dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan dalam PR.
ULASAN OMAK KAU:-
Apakah para anggota parti terutamanya para pemimpin yang baru di nobat dan diangkat sebagai peneraju KeADILan untuk tempoh 3 tahun dari sekarang akan akur, taat dan patuh akan saranan dan perintah Ketua Umum KeADILan ini?
Apakah siri jelajah program melondehkan dan mengaibkan TSKI akan diteruskan????
Apakah tidak akan berlaku cah keting, boikot dan pulau memulau sesama anggota parti????
Adakah para pemimpin KeADILan yang terpilih akan menghulurkan ranting zaitun kepada para pencabarnya semasa pemilihan lalu, sebagai tanda penyatuan dan merapatkan saf?????
Rakyat dan anggota parti akan sentiasa bersangka baik jika mereka melihat gerak geri para pemimpinya menuju kearah kebaikan dan penyatuan.
Kalau perasaan dendam kesumat walau sekelumit ada bertapak didalam hati maka maaf cakap misi ke Putrajaya akan hanya berkesudahan dengan mimpi dan ilusi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sekelumit yee dik pah nie?Cayang dik pah nie..ahak:-)
ReplyDeleteUndi DAP dan PAS saja. PKR kami Boikot!!!!!!!!!!!!!! Kami benci Nepotisme.
ReplyDeleteKalau boleh tempat PKR undi bebas
Dun bubar hari ini...tolak pluralisme ...tolak nepotisme...lgbt dan kroonisma.....tolak pkr islam selamat
DeleteCara kau menulis tu orang tahu kau tu Umgok.tak payahlah kata undi Dap.katalah undi Pas sahaja .bolih tahan juga
DeletePening ni... Bukan ada masalah integriti ke TSKI ni? Ke PKR telah menfitnah TSKI? Kenapa penjelasan mendahulukan isu tak berbincang, lebih dari integriti?
ReplyDeleteanda didalam dilima? saya sertai pkr seawal justice for anwar Ibrahim..waktu itu seruan reformasi terdengar disana sini..aku, gwa,dan saya x mudah melatah..issue pamecatan tski?lazim dunia tahu warga Selangor tahu..masa tski dlam umno dulu.. Waktu itu datuk abu hasan meneraju selangor..selepas era datok abu hasan.. Ada suara2 nak nak naikan tski waktu ketika itu tetapi.. tetapi..atas faktor political umno ketika itu beliau x dipandang.....go to hall!!!...masa berganti masa, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.. Tski meyertai keadilan diwaktu itu tski berada diera reformasi...walaupun tski ada bermasaalah dlm pertuturan ITU bukanlah satu pengukuran..beliau diputihkan image Oleh Partii keadilan rakyat waktu ketika itu..seawal mula di ijok..kalah tebungkang..biliau diberi kepercayaan lagi Oleh Parti Keadilan Rakyat.. Dan percaturan itu berjaya Dan berjaya.. Wall done!!! Bermula dgan detik itu strategy Parti Keadilan Rakyat berjaya walau tidak sepenuhnya..faham,better u all faham!!!..Kita sekarang ada cita2 konsesus, manuju matlamat..new malayzea,Putrajaya adalah inspiration, matlamat Dan tujuan...Baku,says,gwa tegaskan sekali lagi pemecatan tski dalam Parti Keadilan Rakyat adalah wajar!!!,INI karna klau tiada Parti keadilan Rakyat siapalah kamu,siapalah parti seteru kamu, siapalah tski?Berjayanya parti itu karna manifesto bukan individuals.. Olah itu jangan buang masa dgan benda2 yang x ber all faedah...Kita berjuang menyusuri anak tangga anak tangga menuju ke puncak...dari anak tangga pertama menuju kedua dan seterusnya..pabila ada dari kalanggan anda yang gopoh,terus meloncat ke anak tangga yg ketiga lalu jatuh tepijak taik lembu.. Orang dibawah terima tempiasnya!!!!....Oleh yg demikian pencalunan Dr wan azizah sebagai mb Selangor yg baru adalah tersangat molek.Asal usul bukan satu perkiraan.. Tetapi perubahan apa untuk mengekonomi rakyat Selangor satu keutamaan....
DeleteSaudara2 Seperjuangan,
ReplyDeletePerjuangan kami adalah berdasarkan dokma2 transparensi, keadilan dan bukan untuk keluarga laki bini. Parti sedang diserang penyakit Nepotisme. Hak memilih pemimpin adalah hak semua dan bukan golongan elit dalam parti.
Kamu memecat orang yang baik sebagai pemimpin. Kamu ganti dengan bini kamu. Ini adalah zalim sezalim regime yahudi.
Perjuangan untuk rakyat sudah jadi perjuangan untuk ahli keluarga terutama bini sendiri.
Kamu pecat Khalid, Kamu gantung Che Gu Bard. Kamu fitnah mereka, kamu nista mereka. Apakan lagi warga kilang seperti kami. Kalau rakan kamu pun dilakukan begitu, lebih lebih kami, silap haribulan diludah dan ditendang saja.
Ingat kami berpaksikan kepada kebenaran dan bukan kepada Pencacai besar yang hanya pandai bermuka2 dan berkata-kata manis.
Katan tidak kepada sistem Nepotisme, Katakan tidak kepada sistem pemimpin parti berkeluarga. Katakan tidak kepada golongan2 banjingan yang menyorok dibawah janiji2 bulan dan bintang.
Rupanya yang masih memerlukan reformasi adalah PKR sendiri. Pemimpin Parti durjana perlulah mengundurkan diri. Kami sayang PKR, kami sayang perjuangan. Kami sayang TSKI.
Terimakasih
Awang Tomyam
Sementa
Awang Tomyam saya setuju. Penghujungnya saya nak tambah sikit;
DeleteRenong kembali ketika TPM dipecat dulu. Melenting ke dia?Ambillah iktibar.
Jawatankuasa disiplin WAJIB bersidang... Perlu dilulus adalah pemecatan semua ahli yang memegang wadah anti Nepotisme, kronsime dan korupsi. Kita kan pro Nepotisme. Sokong ISTERI pemimpin, ganti orang baik dan professional sebagai MB. Siapa yang lawan kita, kita mesti hina KAW KAW
ReplyDeleteAnak Papa pun dah kata dah Mama dia memang handal dan bagus. Ikutlah, jangan persoalkan. Jangan jawab balik MAMA aku pun bagus. Siapa yang sebut ini perlu juga dipecat
Jadi Siapa2 yang anti Kronisma, Korupsi dan Nepotisme boleh berhenti la. Kami tidak perlu orang macam kamu
NEPOTISME INNI PULLLADEEEE
NEPOTISME IS GOOD FOR YOU
Terima kasih Khalid Ibrahim. Terima kasih sebab tolong jaga wang rakyat Selangor. Terima kasih kerana mentadbir dengan jujur. Terima kasih kerana memilih untuk bebas dari rasuah. Terima kasih kerana meningkatkan rizab Selangor. Terima kasih di atas usaha kamu yang bersungguh2 mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Terima kasih kerana bersabar dan sanggup di maki hamun oleh partisan BN dan PR kerana berada di sisi kami.
ReplyDeleteDan bagi Rakyat Selangor, TSKI Terimakasih kerana kamu berjuang untuk rakyat, berjuang berdasarkan kebenaran dan berjuang kearah Anti Nepotisme.
Kamulah model reformist sebenar bagi kami ahli2 akar umbi PKR
My mum is better than Khalid” kata Nurul Izzah Anwar kepada media dua hari yang lepas. Perasaan dan penilaian seorang anak kepada ibunya sememangnya begitu, kerana seorang anak yang baik tidak akan mengatakan ibunya kurang baik dari orang lain.
ReplyDeleteAku pun boleh jawab, Mama aku lagi bagus dari sipolan2. Tapi aku tak la buat macam tu, sebab walaupun aku sayang mak aku tapi aku tak pakai tu nak buat alasan kezaliman Nepotisme.
Aku rasa kau tanya Presiden Israel pun mamat tu kata My Mama is the best. She is is better than everybody else in the world.
DAP kita undi
ReplyDeletePAS kita undi
PKR kita boikot.
Kita kena boikot PKR sebab kebenaran. Politk dinasti adalah perbuatan tidak bermoral
Undi PAS dan jangan undi parasit pas kerana mereka puak parti pkr.....kearah kerajaaan perpaduan
DeleteStyle gang Kacang move, bila ada krisis terus di halau keluar, di aibkan, di hebohkan kepada rakan dan musuh, akhir nya pemimpin yg menjadi mangsa akan bertindak balas. bila krisis makin parah kambing hitam juga menjadi mangsanya.
ReplyDeleteSaya rasa la, kalau ada Pilihanraya Negeri belum tentu PKR menang. Tengok keadaan sekarang, rakyat dah muak dengan ke egoan dan kesombongan pemimpin-pemimpin PKR. Saya pun sokong PKR tapi dah mual dah dengan sikap pemimpin PKR sejak keputusan PRU13 yg lalu.
ReplyDeleteUndi rafizi....pakar strategi paling hebat pkr....ahaksss
DeleteSeluruh negara berkabung dan bersedih dgn kepulangan jenazah mgsa mh17..tp aku tgk pemimpin PKR tak sensitif lgsung...
ReplyDeleteBalik2 pusing Bini aku kena dapat jawatan. Kat luar tu ramai cerita orang susah, orang cacat, orang miskin dll Ada Kao kisah. Balik2 cerita Kajang Move. Balik2 cerita pasal Menteri Bini (MB). Woiiii Saifudin Woiii Tian Chua Woiiii Rafizi, Woiiii !!! Nik Nadzmi lu dengar tak ????????????
Aku dah mula muak dan menyampah. ..rasa nyesal lak pangkah diorang ituhari...lepas ni no way... Say PKR Sungai Way and No Way brader
Apa nak buat Ideologi Nepotisme. Bini First Rakyat Last
ReplyDeleteJawatan mesti bini (MB). Dari bagi Khalid baik bagi kat ahli keluarga. Lepas tu bagi alasan berguni.
ReplyDeleteMasalahnya ramai orang fanatik dekat laki bini ni. Laki bini ni kata hitam kena jawab hitam. Kalau jawab mettallic purple siappp la kena pecat
First learn the facts before selling some nonsens over here. PKR was always good to Selangor under Khalid MB until power crazy politician try to implement Nepotism in the Selangor MB saga. Of all the people why this must be his wife, WHy cannot it be Azmin, Nik Nazmi or even Yaakop Sapari.
ReplyDeleteRafizi, I hope you are not deaf. Please explain
Undi DAP dan PAS saja. PKR kami Boikot!!!!!!!!!!!!!! Kami benci Nepotisme.
ReplyDeleteKalau boleh tempat PKR undi bebas
Ideology kamu apa? Nationalism, Capitalism? Socialism?
ReplyDeleteBukan semua silap. Ideology party Nepotism Bininism. Tapi cerita kat orang ideloginya Justice.
Jangan sebut Nepotisme kuat2 !!! Saya risau kena lucut keahlian.
Once a liar, he or she will remain a liar.
ReplyDeleteHidup Reformasi, Undur Ideologi Binisme yang berlangsung dalam PKR
Obor2 reformasi sebenar ditangan TSKI
ReplyDeleteRakyat Selangor mahu DUN di bubarkan, kita mahu undi the Third Force which will be launched very soon...
ReplyDeleteAnwar How could you sack an honest person. Than try to put your spouse in that position. Where is you reformasi voice. I believe it is all lies.
KIDEX, SYABAS, Bank Islam hanyalah dongeng dan alasan rekaan untuk memecat TSKI.
ReplyDeleteKami mahu TSKI. Tarik balik surat pemecatan, ambil balik beliau sebagai MB dan Rafizi, Saifuddin sila undur diri dari PKR.
Mr Anwar patut buat public apology
Copy la banyak2 cai,nanti boleh claim dgn menantu menteri bapok.dapat banglo 2 tngkat mcm papagemuk tu bahagia la hidup.heee
ReplyDeleteKamu penyokong Boss berjiwa Pol Pot. Khmer Rouge abad ke 21
DeleteWehhhh init PKR bukan FAMA (Father and Mother). Blahhhh balik Permatang Pauh la.
ReplyDeleteGang2 Kacang Move can go to hell
Apasal kamu nak bagi bini kamu jadi MB. Saidina Hassan pun lepas jawatan Khalifah kepada Saidina Muawiyah walaupun dia dapat Bai'ah dari golongan Mukmin.
ReplyDeleteAku yang jahil ni pun tau pasal tu. Woiiii Macha Permatang Pauh !!!!! Takder orang berkaliber ke dalam PKR.
Setahu aku ramai yang layak . Ada Azmin, Dr Yaakop Sapari, Dr Idris, Nik Nadzmi dll. Apasal tak bagi.
Oiiii Setan berjambul Matang Pauh. Apasal BINI kamu jugak dan kamu berkeras. Kalau Nelson Mandela dulu, dia tak bagilah kat bini dia walaupun ahli menyokong. Ini baru pemimpin, Kamu tu Pemutar Alam
Kamu yang mangkuk hayun. Selalu ABIM konon, Sebut Sheikh Qardawi konon.
Tapi hati kamu jauh dari kebenaran, kamu berselindung dibawah laungan Keadilan.
Kamu adalah manusia Kejam tahap gaban
Kemablikan Jawatan MB ke TSKI. Tarik balik surat pemecatan sekarang juga
Pemimpin mane? Pemimpin pkr? para pemimpin ini lah yang kuat bertelagah. anak buah kire mende lagi., tupang semangkok lah.
DeleteNgaku sahabat...konon tiap malam roadshow bawa slide lgi nk aib kan orang....kalid bukan sondol jubo jantan...bukan sondol bini sahabat semdiri atau chinadoll....dan bukan juga isap ice cream dlm jamban...malah tak menegah lansung perkara ini dilakukan anjing pkr yg lain...lakonan kamu anak beranak dah x laku..org dah mual tgk lakonan penipu yg x abis abis...haak tuui....
ReplyDeleteJit sondol tuya tu pun boleh hidup bebas sampai sekarang.mb gagap bukan tak bagus tp hutangnya jadi senjata utk kepentingan kroni2 umnu.heee
ReplyDeleteDalam umnu duit berkuasa dri madey kuti-MI..nantikan serangan balas dri madey kuti.langkah pekan masih berjalan.heee
ReplyDeleteSendiri komen sendiri sokong gila punya orang.
ReplyDeleteKEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Heee
Dalam umnu berasaskan kepandaian dah lama pupus.spm je dah boleh jd bos tabung haji.sijil kolej dah boleh jd mufti.heee
ReplyDeleteSpm 1A dah boleh jadi guru jadi ketam mengajar anak.heee
Deleteotai PKR dakwa bang non tak abis pengajian di UM...kah kah...klu abis pun klas 3 genral degree dri UM jurusan tah apa apa pun...kah kah jurusan keki penipu...kah kah
DeleteIni semua salah UMNO-BN
ReplyDeleteDh tau khalid baguih watpa hang pakat tendang dia keluaq, hang ni betui2 kaki putaq...nasi kandaq satu!!!
ReplyDeleteDah jelajah satu Selangor kutuk MB baru nak puji...apalah! Pergilah balik negeri masing masing
ReplyDeleteBerak dah merata2 baru nak cari
ReplyDeletejamban. PKR oh PKR nampaknya akan hanyut macam S46 jugak sudahnya.
Ni sumer poyo...haktuihhh
ReplyDeletepkr boleh belah da.. awak berebut bangkai..
ReplyDeletedap boleh belah da..awak parti cina..
pas siki boleh sokong..tapi ug dah pijak tok lebai..haramjadah punya... lalang..pakai serban hitam nak tunjuk berkabong konon..tukar kereta besar pastu buat cakap pandai..poodah.. puak muda lagi karut..dok pijak kepala tok guru pula...semua ni belakon.. akhirnya negeri dapat kpd bangsa lain.. awak pas sama saja umno...
perjuang untuk agama bangsa dan negara atau rakyat sudah hilang dari matlamat kamu wahai pas... dengan pkr awak melutut pula..haramjadah ..kena buli padan muka awak...