Saturday, 30 August 2014
ISU PELANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR ... INI PANDANGAN BEKAS PEGUAM NEGARA MERANGKAP MANTAN PENGERUSI SUHAKAM.
Bekas Peguam Negara dan mantan Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Abu Talib Othman berpandangan bahawa Sidang Dewan Undangan Negeri tidak boleh secara mutlak menamakan seorang Menteri Besar Selangor kerana pelantikan itu adalah mengikut budi bicara Sultan Selangor.
Talib berkata Artikel 53 (2) (a) perlembagaan Selangor dan dibaca bersama dengan Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan prosedur akan pelantikan seorang Menteri Besar Selangor.
Jadual itu menyatakan bahawa Sultan hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Menteri Besar untuk mempengerusikan majlis eksekutif ahli dewan undangan, yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan itu.
"Pelantikan Menteri Besar adalah mengikut budi bicara Sultan tetapi ia perlu dilakukan secara bijaksana."
Talib berkata memilih pemimpin di dalam Dewan Undangan Negeri yang menikmati sokongan majoriti tidak dapat menyelesaikan masalah semasa.
Dua puluh sembilan wakil rakyat, termasuk dua dari PAS, pada 14 Ogos menandatangani akuan berkanun yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah.
PAS pada mesyuarat jawatankuasa pusat 17 Ogos mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama dan Timbalan Presiden PKR dan wakil Bukit Antarabangsa Azmin Ali sebagai pilihan kedua.
Tetapi, pada mesyuarat Majlis Presiden PR pada hari yang sama, Azmin enggan dan tolak pencalonan berkenaan.
Awal minggu ini, jawatankuasa pusat PAS menyerahkan keputusan kepada budi bicara Sultan, tetapi setiausaha agungnya, Datuk Mustapha Ali, berkata parti itu akan mengemukakan nama-nama tiga wakil rakyat dari PKR sebagai calon Menteri Besar.
Perebutan untuk jawatan Dato' Menteri Besar Selangor telah melegak panas untuk lebih sebulan selepas Tan Sri Khalid Ibrahim enggan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Dr Wan Azizah.
Khalid telah dipecat dari PKR pada 9 Ogos kerana salah laku engkar ikut perintah parti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sudah masanya Saifuddin Dan rafizi berdiam diri. Kita mahu dengar pemimpin yg rapat dgn grassroot seperti YB Azmin Dan YB Yaakop Sapari.
ReplyDeleteSays dapat rasa yg DSAi tidal diberi nasihat yg sesuai. Gang2 kajang move, lihat APA kamu lakukan kpd parti kita.
Nepotism tiada akhlak. Adakah criteria Bini pemimpin diambil kira DLM kesesuaian calon mB?
ReplyDeleteAbu lahab pun tidal melantik Bini beliau sebagai ketua Arab jahiliyah
ReplyDeleteAbu Lahab pun tak hantar bini dia menjadi wakil kerajaan melawat luar negeri menggunakan pesawat dan kemudahan nya...
DeleteA way forward, selesaikan segera calon mb, secara jujurnya, wan azizah tiada pengalaman dlm mentadbir,berikan pd yg layak..krisis ini mengikis kepercayaan org pas thdp brother.
ReplyDeleteJangan lupa sejarah corazon aquino. Dia langsung takde pengalaman politik. Dia hanya sururumah sepenuh masa yang tidak pernah mencampuri politik. Dia masuk politik kerana terpaksa apabila suami dibunuh ol3h marcos sepulangnya dari buangan di amerika.
DeleteDSWA adalah bekas ahli parlimen, bekas ketua pembangkang dan Presiden parti sejak ditubuhkan.
dan adakah filipina mnjdi lbh baik slps itu?? Tak jugak kn.. Porak peranda gak kn..
DeleteMenyalak dah otak kemetot penyokong PAS apabila proksi UMNO (Bekas Peguam Negara - Selalunya Peguam Negara siapa yang syor untuk perlantikan? Tuan Guru Nik Aziz ke? Tak lain tak bukan UMNO juga kan?). Omak Kau ini memanglah sebab dia dah sedap makan nasi lemak Khalid Brahim dengan beberapa orang PKR lagi.
ReplyDeleteBro kt Selangor ni dh x de lelaki ke..." Surah Anisa Allah berfirman bermaksud.. "Lelaki itu ada lah pemimpin bagi kaum Wanita".....
DeleteKak wan adalah simbol kekejaman mahzab umno.heee
ReplyDeleteKESUAN KAK WAN. TAPI LAKI DIA SUKA SANGAT PONGGONG JANTAN. TAKPE KAK WAN NANTI KAK WAN DAH JADI MB LAKI KAK WAN LANTIK PULAK KAK WAN JADI PM. MASA TU LAKI KAK WAN DUDUK DLM SEL SG BULOH TENTU RAMAI JANTAN. INI YG PENGANUT KITA NAK.WIN WIN SITUATION NAMANYA. BETUL KAN KAK WAN ?
ReplyDeleteSah kau UMporNO. Kaki fitnah yg berunsurkan seks.
DeleteSah kau UMporNO. Kaki fitnah yg berunsurkan seks.
DeleteKalau dr wan tiada layak tadbir, siapa yg ada pengalaman tadbir negeri. Semua x de jgn bohong..TSJI pun x de cuma di beri kerana ada keupayaan pimpin korporat...itu bukan kayu ukur..dr mahathir dulu mana pengalaman, daim, dsai, khir toyo, musa hitam, kuli, mana ada pengalaman. .jgn bohonglah. .beri peluang nnti tahu dia bk buat
ReplyDeletePas harus tegas dan memastikan bahawa calon mb mesti lelaki.lelaki itu pemimpin bukan wanita.jangan jadi dayus.hukum tetap hukum tiada kompromi.ramai lagi lelaki dalam pas yang layak.jangan kerana takut hilang rakan dalam politik kita tolak hukum.kalau pun kita terpaksa berjuang sendiri kita harus lakukan kita pasti akan menang kalau tak didunia di akhirat kelak pasti.tegaslah wahai pemimpin pas dan ahli2 pas dalam hukum islam yang kita perjuangkan.jangan takutttt....berani kerana Allah!!!
DeleteNepotisme dlm beri projek krajaan ape crite?sume projek mega keturunan mhathir,pak lah,najibtuya,hisham dll dpt projek bpuluh2 juta ape crte?bg projek,xsiap.bg projek duit xckop.ini nepotisme amalan umno jahanm.bckground xde kpakaran,kemahiran pn dpt projek.hidop mnjahanmkn org mlayu mtlamat puak2 umno nepotisme.umno pembohong siang mlm.
ReplyDeleteTak tau langsung pasal lembu pun boleh dapat 250 juta untuk bela lembu.last last bela lembu dalam kondo..heee jahanam punya menteri umno celaka
ReplyDeleteKesian Adun PKR anak Selangor. Kesian pengundi PR anak2 Selangor. Erti kemenangan dikelabukan dgn istilah kepatuhan.
ReplyDeleteKesian Adun PKR anak Selangor. Kesian pengundi PR anak2 Selangor. Erti kemenangan dikelabukan dgn istilah kepatuhan.
ReplyDeletesegerakan pelantikan mb interim yg diperkenan oleh tuanku,....kemudian pinda perlembagaan negeri utk elakkan budibicara sultan menjadi kuasa mutlak dalam hal pelantikan mb ...dan akhirnya, lantiklah mb baru yg kamu suka
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePAS umpama melukut ditepi gantang dalam PR. Eloklah PAS bawa haluan sendiri. Walaupun mungkin ranjau menanti, yang pasti redho Allah lebih utama. Biar hina di dunia asalkan kita tetap berpegang pada jalanNya
ReplyDelete