Thursday 28 August 2014

MAHATHIR LAWAN NAJIB ... 160 KETUA UMNO BAHAGIAN AKAN BERKUMPUL LUAHKAN SOKONGAN PADU KEPADA NAJIB RAZAK.



Kira-kira 160 ketua Umno bahagian dijangka berkumpul di Putrajaya hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Razak, satu langkah yang dilihat sebagai mencerminkan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap perdana menteri tidak mendapat sokongan dari dalam parti.

Difahamkan pihak penganjur cuba mendapatkan semua 193 ketua Umno bahagian hadir memberikan sokongan kepada Najib, yang mula mengambil alih jawatan tertinggi Umno itu pada 2009 daripada pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Kita dijemput untuk menunjukkan sokongan. Saya fikir sekurang-kurangnya 160 akan hadir," kata seorang 'panglima perang' Umno.

Sumber lain berkata, langkah itu bertujuan memencilkan Dr Mahathir dan kritikan yang dibuatnya melalui blog pada 18 Ogos terhadap Najib, yang dilaporkan secara meluas dalam portal berita tetapi tidak disiarkan media arus perdana.

Seorang sumber Umno berkata, beberapa pemimpin Umno memberi maklum balas terhadap kritikan Dr Mahathir walaupun dalam cara berdiplomasi kerana mereka ingat bagaimana serangan beliau terhadap Abdullah sehingga membawa kepada peletakan jawatannya pada 2009.

“Umno bersikap hati-hati dengan Dr Mahathir tetapi ketua bahagian ingin memberitahu mereka gembira dengan Najib,” katanya.

Dalam blognya, Dr Mahathir menyelar pentadbiran Najib dan mengumumkan menarik balik sokongan kepada beliau kerana kesal tegurannya tidak diendahkan.

"Saya cuba menyampaikan pendapat saya secara langsung kepada Datuk Seri Najib.

"Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," tulis Dr Mahathir di blognya ‎chedet.cc.

Dr Mahathir turut berkata prestasi Najib lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir berkata beliau berharap Najib mengambil pengajaran daripada pencapaiannya yang teruk dalam pilihan raya umum lalu tetapi nampaknya beliau tidak berbuat demikian.

Umno menang 9 lagi kerusi persekutuan tetapi gabungan Barisan Nasional hilang 7 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Gabungan itu kemudian memperolehi satu lagi kerusi menerusi pilihan raya kecil.

Menurut Dr Mahathir, banyak dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib "merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara".

Katanya, kelemahan Najib bermula apabila beliau melayan tuntutan musuh dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2011 serta Akta Buang Negeri, yang memberi kuasa kepada kerajaan menahan sesiapa disyaki terlibat jenayah tanpa proses mahkamah.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," kata Dr Mahathir.

NANTI KITA TENGOK ... SIAPA YANG KENAAAAAA.

13 comments:

  1. Permit jangan lupa minta.nanti fru tunggu dgn water canon plak.tak gitu igp.tak tau ler plak kut kut umno nie himpun ramai ramai tak yah permit.

    ReplyDelete
  2. bg 160 bahagian UMNO tu biarlah negara lingkup dan biar lah rosak ekonmi dan kewangan negara yg perlu diselamatkan ialah isteri rosmah he he he

    cara najib pertahankan diri .. lekeh betul ! bukan lebih baik najib beri penjelasan langkah langkah yg dia dah ambil dan bukti kan fakta kesan kesan memansuhkan akta keselamatan sekurang kurang nya jawab lah kerana akta tersbt tlh dimansuh lah tindakan menguna akta tersbt mahathir tidak di buang daerah he he he

    Ketua Bahagian Kedah tak sokong Najib ke ??

    ReplyDelete
  3. UMNO keluarkan surat arahan kdp semua ketua bahagian ?
    he he he
    Di ingat kan ketua bahagian kena taat dan patuh pd ketua jgn jd macam khalid
    Kena pecat nanti Susah nak dapat kontrak he he he

    ReplyDelete
  4. Berani ke nak lawan madey kuti tu.nanti dia hantr 2 buah tank kepung rumah baru ada akai.heee

    ReplyDelete
  5. Zaman Tun Mahathir UMJO OK jer pun..........Najib tak pandai mentadbir negara perlu ditukar kalau tidak UMNO akan tinggal nama sahaja. Tolong Tun........Najib tak dengar kata.........saya benci Najib asyik layan bini sahaja.

    ReplyDelete
  6. msa ni ktua bhgian buat duit. tgok spa bgi lbh bolh swing. ni amln bsa bgi umno. mklumt skrg x bolh dabl kira.pnglmn byk mgjr kta igt cmna mantn mlwn tg.razli.lsi minit ap jdi?.olh itu kta jgn syok sndri.

    ReplyDelete
  7. Kami anggota2 Perkasam akan memberi sokongan penuh kepada raja kami tuanku mahatteer-kepada geng2 nabib kami tak gentar kerana geng2 perkasam kami lagi ramai ahli-kami menyokong penuh kepada blog chedet yg mengatakan pm nabib amatla lemah

    ReplyDelete
  8. Tembam dah muka si najib. Badan dah dempol petanda dia senang hati. Ada punasihat, ada konsultan, ada hulubalang2, jeneral, soldier dan mcm2. Sia2 la nampaknya sesiapa nak menegur Najib!! Mcm curah air di daun keladi jer

    ReplyDelete
  9. Badan si nuar al juburi tu yg tambah kurus kering pasal nak masuk penjara sg buloh. Ye tak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup dsai maybe masuk penjara. Anonymous cam ko ni layak masuk neraka..asyik duk kata kt org..mhe3..m

      Delete
  10. Ketua jer hok pak turutnyer...hok akar umbi yg berpuluh ribu ni ikut mahathir....ha3...

    ReplyDelete
  11. Al-mongolri boleh letak kat kajang.

    ReplyDelete
  12. Macam you help me I help you laa gayanye...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...