Thursday 28 August 2014

INILAH 3 FOTO PEROMPAK BERMISAI PALSU YANG DI TEMBAK MATI OLEH PENGAWAL KESELAMATAN KETIKA CUBA MEROMPAK BANK.



Seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank di Jalan Sungai Dua di sini, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu dipercayai daripada kumpulan sama yang melarikan sejumlah RM60,000 dari bank sama pada 29 Mei lepas, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan.

Dalam kejadian rompakan sebelum ini, pengawal keselamatan yang sama tergelincir dan terjatuh akibat lantai licin ketika mengejar perompak bank itu.

Thaiveegan berkata, dalam kejadian pada 11.17 pagi ini, lelaki terbabit dilihat memasuki premis itu berseorangan dan mencurah petrol di hadapan kaunter sebelum menjerit mahu merompak bank itu.

"Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa, pengawal keselamatan yang berada di belakang kaunter melepaskan dua das tembakan pada badan suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, lelaki itu didapati membawa sebilah parang yang diselit pada pinggang selain memakai misai palsu.

Thaiveegan berkata polis turut menemui sebuah kereta Proton Saga dipercayai digunakan suspek diletakkan di pinggir jalan berhampiran bank itu.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai rakan-rakan lain yang menunggu di luar dan sedang meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk siasatan lanjut," katanya.

Thaiveegan turut memuji pengawal keselamatan berusia 29 tahun itu kerana cekap bertindak tanpa menjejaskan keselamatan enam hingga tujuh pelanggan yang berada dalam bank berkenaan.

9 comments:

  1. Alhamdulillah...Malaysia masih aman.index jenayah menurun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salami, pegawai yg cekap dan bertindak dgn cepat. perompak akan terus menganas malah bertambah byk di negara ini kalau perompak2 ini dibiarkan malah dgn hukuman yg ringan, tiada perompak akan takut kecuali mrk itu terus ditembak mati waktu jenayah itu belaku maka perompak lain akan takut malah berfikir sebelum nak lakukan jenayah.

      Delete
  2. They want six name for PM.
    2 umnu
    2mic
    2mca
    heee

    ReplyDelete
  3. Muka senyum. Mati dalam iman ke?

    ReplyDelete
  4. Kalau video tu besi tak boleh jadi saksi, apakan lagi gambar camni. Saksi kertas, bisu dan tuli

    ReplyDelete
  5. misai ke bulu hidung
    org nak menyamun merompak biar lah misai mcm misai a.galak
    ni misai nabil pakai kalau buat lawak

    ReplyDelete
  6. Vdeo lingam pun besi juga sbb tu madey kuti bebas sampai sekarang..heee

    ReplyDelete
  7. MEROMPAK HAK ASASI MANUSIA - SUHAKAAM






    MEROMPAK HAK ASASI MANUSIA - SUHAKAAM






    MEROMPAK HAK ASASI MANUSIA - SUHAKAAM






    ReplyDelete
  8. pihk majikn prngwal ini wajr memberi anugerh crmerlng kpd pngwal ini. dn pihk bnk jga patit membri sguhati kpd beliau krna bjya mnyelmtkn wang rompakn. smoga membri contoh trbaik kpd pngwal keslamtn yg lin

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...