Wednesday 27 August 2014

PRK N01 PENGKALAN KUBUR ... INILAH WAJAH YANG DIDESAK PEMUDA UMNO MALAYSIA AGAR DIPILIH MENJADI CALON BN.



Pemuda UMNO mengemukakan nama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata beliau sudah menyerahkan nama pemimpin UMNO Tumpat itu kepada pucuk pimpinan parti pada mesyuarat pengurusan parti Rabu lalu.


PRK DUN Pengkalan Kubor akan diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar, Rabu lalu, akibat kanser hati.


Sebelum ini, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan Mohamad Mahmud berkata pihaknya akan menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor selepas menerima surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN Kelantan Abdullah Ya'kub.


Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Zahidi menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon daripada PKR dan Bebas dalam pertandingan tiga penjuru memperolehi 10, 174 undi.

ULASAN OMAK KAU:-

Sudah pasti akan berlaku perpecahan, sabotaj, cah keting dan boikot memboikot kalangan UMNO/BN Tumpat ....

Apa KJ ingat Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Setiausaha Bahagian, Ketua Wanita Bahagian nak mendiamkan diri ke? ... Mereka ini tiada nafsu dan selera nak jadi calon wakili UMNO/BN??

Kata orang desak sebagai nak tunjuk jaguh kepada penyokong boleh lah tetapi sama ada diterima pakai sudah menjadi hal lain .. suara tetap bersuara demi lakonan wayang tinggi.

6 comments:

  1. KJ di nasihatkan supaya mengemukakan 10 calun dr pemuda umno iaitu lebih dr 2 nama utk dipertimbangkan KJ kena serahkan kpd pemimpin parti utk membuat keputusan dgn tujuan utk menjaga hati semua pihak Ini masa lah KJ susun atur org org dia

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa calon dari MCA juga. parti melayu islam ni pun ada nafsu juga.heee

    ReplyDelete
  3. Since 2008 Anwar Ibrahim has shown Malaysia various failed strategies in trying to replace BN. The reasons for failures have become more simpler for people on the street to understand. Is it an indication that Anwar Ibrahim is slowly becoming history?

    So I believe Encik Anwar can stop all this. Appreciate you, your wife Puan Azizah and also your cohorts such as those of Rafizi and Saifuddin can resign and go back to Permatang Pauh.

    Your Nepotistic Agenda is sheer disgusting in the ultimate manner

    Ringkasan dalam BM
    Weiiii Anwar Lu boleh pencen la. Mandela pun pencen jugak. Orang respek dekat dia. Pi Pencen pindah balik kat Permatang Pauh, bawa balik anak bini hang. Jangan lupa macai-macai Kajang Move kamu. Menyusahkan betul.

    Sudah dititahkan lebih dari 2 nama, masih mahu bagi 1 nama. Kurang ajar punya Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah Kurang Ajar. Orang beradap mana pecat MB amanah. Badighol betul.

      Delete
    2. siapa lagi ada bini yg seberani dan sekuat 'aziz' ah.

      tak ada yg menyusah Bila Wan Azizah jd MB kita perhati tindak tanduk dia Bila dia buat silap peluang bg umno bg macai bg sprm utk dakwa wan azizah Biar dia laki bini masuk Sg Buluh

      Delete
  4. Amanah la sgt hutang boleh setel tanpa perlu membayar.heee

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...