Friday, 29 August 2014
SPR TELAH MENETAPKAN 25HB SEPTEMBER 2014 BAGI TARIKH PAKATAN RAKYAT MENGUBURKAN UMNO/BN DI PRK N01 PENGKALAN KUBUR.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 September depan sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, manakala 25 September pula sebagai hari pengundian.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari penamaan calon untuk PRK itu ditetapkan pada 13 Sept sementara pengundian awal pada 21 Sept.
Daftar pemilih untuk PRK itu ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku pertama tahun 2014 dan dikemas kini sehingga 20 Ogos 2014.
"Sebanyak 11 buah sekolah digunakan untuk pusat pengundian dengan 46 saluran mengundi. Sebanyak 422 petugas akan dilantik untuk PRK kali ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung pilihan raya kecil DUN itu di Putrajaya hari ini.
PRK untuk DUN Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Noor Zahadi Omar pada 20 Ogos lepas, akibat kanser hati.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi sebanyak 10,174 mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (65 undi).
Abdul Aziz berkata daftar pemilih di kawasan berkenaan mengandungi 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara (PTH) dan daftar pemilih itu akan mula dijual pada 8 September ini.
"Kawasan itu mempunyai 12,462 (51.84 peratus) pengundi lelaki, wanita 11,577 (48.16 peratus), pengundi berdaftar paling ramai ialah kategori umur 30 hingga 39 tahun iaitu 5,744 (23.89 peratus)," katanya.
Dakwat kekal
Sementara itu SPR katanya menetapkan tarikh tutup permohonan undi pos dalam negara ialah pada 15 September dan untuk luar negara pada 13 September.
Beliau berkata pusat penamaan calon pula akan diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, penjumlahan rasmi undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa Tumpat, Kelantan sementara pusat pengundian awal di Dewan Delima Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.
"Kos perbelanjaan pilihan raya kali ini sebanyak RM696,750 dan tiga pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya akan diwujudkan," katanya.
Semakan daftar pemilih boleh dibuat dengan melayari laman web www.spr.gov.my dan melalui SMS dengan menaip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 8 Sept atau menghubungi talian 03-88856565 atau 09-7482510.
Pada sesi soal jawab kemudian Abdul Aziz berkata seperti PRK sebelum ini, dakwat kekal akan digunakan.
Mengenai jangkaan jumlah pengundi yang akan keluar mengundi, beliau berkata mungkin jumlahnya tidak kurang daripada 70 peratus memandangkan pada pilihan raya umum ke-13 jumlah keluar mengundi ialah 79 peratus.
Ditanya kemungkinan berlakunya banjir semasa proses pilihan raya pula SPR bersedia menghadapinya kerana sebelum ini pernah ada pengalaman berdepan situasi berkenaan semasa pilihan raya kecil Tenang di Johor, katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Nk dikuburkn mcm mana, kubur sendiri di Selangor pun sedang digali....
ReplyDeleteKubur selangor digali utk umno bn la bro..
DeleteKah kah kah. .mmng org pr ni suka ckp berdegar2 ke...ialah last sekali umno gak yg salah..
DeletePas dah pandai buat u turn. Pengundi pun pandai u turn jugak.
DeleteLantak korang lah labuuu,
ReplyDeleteDorg boros korang yg kna berjimat, nurse kurang ajar korang yg dia suruh jgn hantar hospital kerajaan,
Cikgu upsr pun x skor, korang plak yg kena marah suruh ajar sendiri.
suruh belajar pandai2 senang dapat kerja tup2 bodo pun diberi degree last2 berebut kerja.
Pastu korang diminta bersyukur mesia masih aman.
Anwar ibrahim nk.buat langkah kubo..klu x dapat mb selangor nak mb klantan plakk....
ReplyDeleteKalau PRK ini susah lah PR nak menang. SPR PDRM(SB) semua geng BN. Entah apa lah yg difikirkan oleh SPR bagaimana cara nak menangkan BN. Semua yg bertugas untuk PRK itu orang SPR yg pro BN. Kalau SPR ada telor lantik lah pegawai2 SPR itu dari kalangan orang PR 1/2 dan BN 1/2 mati akai lah mereka nak nipu.
ReplyDeleteOh ya ke cai...abistu yg langkah kajang tu sbb spr ngan pdrm gang pr ke...bangang nya nko...
Deleteyg duk jd petugas dari wakil pr tu pun gang bn ke..bangang nya nko...
yg sbb kn pemilihan pkr huru hara smpi brbulan tk selesai tu pun sbb ahli pkr gang bn ke..bangang nya nko
yg kelantan smpi skrg pas pegang tu sbb spr ngan pdrm gang pr ke.. bangang nya nko
yg pp dibwh dap tu pun sbb spr ngan pdrm gang pr ke. ..bangang nya nko
yg selangor dibwh pkr tu pun sbb spr ngan pdrm gang pkr ke. .bangang nya nko. ..
BETUL BRO. SETUJU.
DeleteLANGKAH KE KUBUR PAS DAH PASANG SIGN BORD. OMAK KAU KATA PKR AKAN MENANG DI KUBUR. TAPI SIGN BORD PAS LAMBANG PANGKAH PAS. SIAPA YG NK BERTANDING NI. PAS DGN PKR BEREBUT NK LETAK CALUN TENTU SPR YG SALAH.
SALAH SPR NI.
PR mesti kalah teruk. Belum apa apa dah gaduh rebut kerusi. Kalau kalah nanti semua org dipersalahkan. Sikit sikit umno bn umno bn. Cuba jadi matang sikit.
ReplyDelete