Sunday, 31 August 2014
EDISI LIDAH BERCABANG ... SELEPAS KUTUK, BUAT PUSINGAN U ... KINI PUJI BALIK.
Tun Dr Mahathir Mohamad memuji Datuk Seri Najib Razak selepas pengumuman suntikan RM6 bilion Khazanah Nasional Bhd ke dalam Malaysia Airlines (MAS) Jumaat lalu.
Dalam temuramah dengan Mingguan Malaysia hari ini, Dr Mahathir memuji pentadbiran perdana menteri, dua minggu selepas menegur kelemahan Najib dan mengumumkan penarikan balik sokongannya.
"Khazanah sudah memperuntukkan dana RM6 bilion dan memberhentikan 6,000 pekerja. Maka kos (operasi) turunlah.
"Pemberhentian penerbangan ke tempat yang tidak ramai penumpang juga boleh mengurangkan kos. Saya ucap tahniah," kata bekas perdana menteri itu dipetik akhbar itu.
Mengenai hasil dan keberkesanan langkah yang diumumkan kerajaan, Dr Mahathir mengambil pendekatan tunggu dan lihat ke atas usaha pemulihan tersebut.
"Kita tunggu dan lihat keberkesanan langkah yang telah diambil oleh kerajaan dan juga Khazanah," katanya.
Di bawah pelan pemulihan MAS yang diumumkan Khazanah Nasional baru-baru ini, syarikat penerbangan itu akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja, dan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengurangan pekerja besar-besaran itu ekoran kerugian MAS sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.
Kerugian semakin bertambah selepas dua tragedi pesawatnya, iaitu kehilangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.
Pelan penstrukturan semula MAS itu mendapat kelulusan kabinet dan Lembaga Pengarah MAS, bertujuan mewujudkan sebuah entiti lebih kukuh dan cekap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Omakko kutuk mahathir sbb kutuk najib? Omakko ni macai najib ke?
ReplyDeleteBegitulah kita sebagai muslim. Kalau salah kita kata salah . Kalau betul kata betul.
DeleteBukannya kalau kita buat semua betu.
Orang lain buat semua salah.
Omakko, berapa najib bayar suruh ko defend dia? Bodoh mata duitan betul macai muruhan ni
ReplyDeleteomakkau ni umngok.. pukitai
ReplyDeletePi mai pi mai amno gak..
ReplyDeleteBiasanya orang yg hebat dan berprinsip..dia akan give credit when it is due..kalau salah dia tegur..kalau baik dia puji..
ReplyDeleteSo..nampak sangatlah bodohnya admin jika menuduh org tersebut lidah bercabang..
Ada ramai lg yg terang2 lidah bercabang..boleh pulak admin blog ini sokong..munafik kan?
Mudah benarkah PR INGIN DIHANCURKAN...TAKHTA...HARTA..WANITA...
ReplyDeleteding ayang kcf....
AWATLA BANGAN SANGAT MINAH NI...PUJI BUKAN U TURN
ReplyDeletePAS DAH BERAPA KALI U TURN SIAP PUSING ROUNDABOUT LAGI KAO TAK ULAS
AWAK TU BETINA. SIAPA NAK BUAT MENANTU MULUT BUSUK.
ReplyDeletebenda ni dah beberapa kali terjadi Duit abis utk tanggung kerugian mas
ReplyDeletekira rugi yg dulu tu dan berhentikan kktgn mas yg 7 tahun dulu pun patut di puji jugak lah sbb kjaan peruntukan duit Lepas ni rugi lg dan peruntukkan lg duit pun betul lah tindakan tersbt Pada hal mas rugi sbb hrg pembekal yg mengarut
Mcm ni punya solution pun nak di puji
Kan ke Tun M kata ok untuk turun kos operasi tapi tunggu dan lihat dari segi keberkesanannya! Kalau statement mudah camtu pun tak boleh paham memang confirm sengal!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSyarikat petrol PETRON kan kepunyaan anak Mahathir. PETRON ni pulak membekalkan petrol pada MAS. Bila MAS nak dilupuskan (khabar angin) habis le syrikat anak Madey. Bila Najib buat pelaburan 6 bilion pada MAS yang rugi ni .. perniagaan PETRON tatap untung. Madey pun U turn le.
ReplyDeleteCriter kedai kopi tak dak substance langsung..bodoh punyer macai...hahahaha...
Deletecerita kedai kopi kepala hotak ko! sikit2 macai! ko ingat ko tu pandai sgt?
DeleteLangkah langkah yg di ambil oleh kazanah dan najib ni bukan benda baru
ReplyDeleteYg barunya ialah dah bertahun tahun rugi baru nak ambil tindakan yg sama Dah terlambat Dah parah Kalau bijak awal awal ambil tindakan tak smp 6billion
selepas Idris jala jual bangunan mas dan pusat akedamik mas dah tak ada apa nak di jual
sebelum ni pun semasa sammy vellu ada ura ura nak jual mas tp dihalang sbb nasional flight tp sebenarnya utk pemimpin negara dan kroni guna sbb dah tentu tentu dpt layanan vvvvip yg tak kan mrk dpt dr syarikat penerbangan lain
Omakkau ni dah kena buang dari Pakatan Ranjang...hahahahaha...
ReplyDeletePuji lah, Nanti kontrak supply fuel untuk A 380 di sambung lagi untuk anaknya
ReplyDeletePandai nya buat dosa fitnah....ahahahaha...
DeleteKenapa masih ada logo pakatan ranjang ni kat blog omakkau?!..,hahahaha...
ReplyDeleteOmakkau tidak boleh tuduh Mahathir lidah bercabang kerana memuji Najib selepas kerajaan BN umumkan suntikan RM6 bilion melalui Khazanah Nasional Bhd ke dalam akaun MAS Jumaat lalu...
ReplyDeletePujian itu sebenarnya adalah menghina Najib sebab kerajaan BN tak ada duit sebanyak itu. Dari mana Najib nak dapatkan duit itu kalau bukan dari tabung rakyat seperti KWSP, tabung haji, tabung angkatan tentera, tabung guru.
Najib begitu yakin akan dapat duit untuk bagi MAS melalui cukai GST.
Orang biasa baca Mahathir seperti memuji Najib tapi ahli politik baca Mahathir sedang mengkeji...Najib bikin hutang lagi...kah...kah..kah
Pencacai sibuk kata Anwar dan Wan Azizah gila kuasa...nepotisme..singkir Khalid Ibrahim nak guna duit kerajaan negeri 3billion ringgit tapi pencacai tak sedar Najib nak cekik duit rakyat 6billion ringgit untuk bayar hutang MAS.
Barisan Nasional Menang Rakyat Senang....kah...kah...kah..
Pertimbangan akhlak dan budi bahasa
ReplyDeletelangsung tidak d gunapakai dlm memberi
kan komen...ini lah mentaliti akhlak
sebahagian rakyat Malaysia yg mengaku
kononnya berpelajaran....