Thursday 28 August 2014

RAFIZI AKAN DI DAKWA DI MAHKAMAH HARI INI DIBAWAH SEK 504 KANUN KESEKSAAN, DENGAN SENGAJA MENGAIBKAN DENGAN NIAT HENDAK MEMBANGKITKAN PECAH KEAMANAN.



Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini, atas pertuduhan di bawah Seksyen 504, Kanun Keseksaan, dan akan menjadi sebahagian daripada barisan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa.

Pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamaman.

Jika didapati bersalah, beliau boleh dipenjara bagi tempoh sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Semalam, Rafizi dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk direkodkan kenyataan dan disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan satu kenyataannya pada awal Februari 2014.

Kenyataan itu menyentuh mengenai kejadian yang boleh menimbulkan ketegangan kaum di Selangor dan seolah-olah ada usaha memainkan isu agama dan perkauman berikutan kejadian demonstrasi di depan gereja yang berlaku sebelum itu.

Semalam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer yang mengeluarkan kenyataan "celaka celaka Umno" dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sebelum ini, didakwa di Mahkamah Sesyen George Town dengan dua pertuduhan.

Rayer pada mulanya didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulhazmi Abdullah yang membenarkan ikat jamin RM3,000 dan menetapkan 17 Oktober untuk tarikh sebutan semula.

26 Ogos, sehari sebelum itu, Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad didakwa di bawah akta yang sama berikutan kenyataannya terhadap Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin daripada PAS didakwa pada Isnin lalu kerana memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya dua tahun lalu.

Naib Presiden PKR N Surendran, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, didakwa kerana menghasut pada 19 Ogos atas kenyataan beliau terhadap perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 5 Mei tahun ini, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, yang juga naib presiden DAP, juga didakwa di bawah akta hasutan ekoran klip video "Onederful Malaysia".

20 comments:

  1. Ini komen Untuk Omakkau Politic Today

    Ingatlah pemimpin-pemimpin PKR bahawa kamu masih lagi di dalam tempoh percubaan di mata rakyat.. Rakyat Selangor telah memilih semula PR di Selangor pada PRU13 yang lalu atas kecemerlangan TSKI dan keyakinan TSKI mengambarkan PR dan sebaliknya.

    Rakyat Selangor bersyukur dan mengambil krisis ini sebagai hikmah kerana dapat mengenali parti-parti politik yang ada.

    Moga negeri Selangor seperti motonya sentiasa 'Dipelihara Allah' dari manusia-manusia rakus.

    Manusia rakus termasuk Penghulu Nepotisme, Bininism, Donkeycracy serta pedokong Kajang Move yang terdiri dari para Ninja Turtle. Kah Kah Kah

    Abu Lahab tak pecat pemimpin Jahiliyah ganti dengan bini sendiri, walaupun Abu Lahab ni jahat dan gerenti masuk neraka. Abu Lahab, Qarun, Abdullah bin Ubay, Abu Jahal kalau mereka hidup lagisemua terkejut dengan kejahatan pendokong Nepotisme-Bininisme. Memecat Orang Amanah secara Kudeta dan mahu diganti dengan bini tercinta. Pol Pot pun tak buat.

    Yehhhh Kalau pembaca2 tak sedar, makna kamu semua fanatik dekat individu yg tak berapa hansem

    Bai Bai Bai C. U

    ReplyDelete
  2. Hidup mempunyai undang-undang dan peraturan supaya semua rakyat dapat hidup dengan aman. Mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang wajib dikenakan hukuman. Dalam agama telah menitik beratkan tentang hukum dan cara beribadat. Ibadat yang baik dan sempurna akan menjadi benteng manusia supaya menjadi yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. Wehhhh Rafizi Kajang Move, betulkan boss kamu dulu sebelum bebicara pasal Nasional Issue

    Say No to Nepotisme

    ReplyDelete
    Replies
    1. I say yes...yes...yes..nepotisme

      Delete
  4. Kah Kah Kah Strategi Ninja Tutle macam ni la. Buang pemimpin baik ganti dengan bini boss. Zaman Firaun dulu Qarun tak buat macam ni

    ReplyDelete
  5. Buat strategi pura2 tak tau baca pulak tu. Dititahkan bagi lebih dari dua nama, tapi Boss kamu, dan kawan2 kamu nak bagi satu nama.

    Aku dulu respek jugak dekat kamu, tapi kamu dah level tak respek kpd titah.

    Sori Bro pergi jahanam dengan kamu

    ReplyDelete
  6. Kajang move belum tamat.macai upahan jangan dok meroyan sgt.ada akai taraf selipar jepon.heee

    ReplyDelete
  7. Lepas ni dh x de pembangkang lh dlm m'sia...rakyat boleh baca senario ni, ade kah smua rakyat setuju dgn cara ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh dalam PKR pun tak leh bangkang. Sebut kita tak mau Nepotisme, sudah mau pecat. Ini double standard ni. Korang kejam orait. Orang lain kejam not orait. Aku cakap dah Abu lahab yg gerenti masuk neraka pun kalu hidup, dia akan sebut Ish Ish Ish jahatnya

      Delete
  8. Rakan2 Ninja Turtle mana?

    ReplyDelete
  9. Kekadang terfikir aku akan siapa DSAI? Siapa DSWI? Siapa Presiden PKR? Betulkah DSAI boleh lantik DSWI menjadi MB Selangor dan bukan sebaliknyakah? Dalam PKR, siapa presiden?
    Dalam BN, Tok Jib boleh memberi dana ratusan kepada bini dia yang tiada apa-apa jawatan dalam UMNO, boleh pulak no?
    Hairan bin Ajaib. Inilah kehebatan pemikiran rakyat Malaysia hari ini, yang semakin hari semakin korup, semakin hari semakin nampak bodoh, semakin hari semakin .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian...keliru rupanya kau ni... DSAI tak lantik tapi cadang... Gabungan Pakatan Rakyat PKR, DAP, PAS yang menyokong atau membantah. Sultan pula yang berkuasa melantik atau menolak sokongan Pakatan Rakyat.

      Punca jadi kalut dan huru-hara adalah PAS nak rampas kuasa dengan cara bersekongkol dengan UMNO Baru + Azmin Ali + beberapa ADUN PKR

      Delete
  10. Yang menulis komen di blog ini semua pro NAAMANU....baca aje lah jgn jadi bahalol.....kah...kah...kahhHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH....ABU

    ReplyDelete
  11. YG TULIS BLOG NI LAGI BAHLUL.

    ReplyDelete
  12. Mampus kau sotong. . .
    Aawww. . .

    ReplyDelete
  13. Amekkaw. . .aww !

    ReplyDelete
  14. ko orang semua apo ko dapat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapek bau kontut jo bang apo lai..ha ha ha

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...