Friday 25 September 2015

INILAH WAJAH PUTERA RAJA ARAB SAUDI YANG DITUDUH AKHBAR LEBANON SEBAGAI PUNCA INSIDEN REMPUHAN DI MINA YANG MENGORBANKAN 717 ORANG DAN 863 CEDERA.



Sebuah akhbar berbahasa Arab, al-Diyar, mendakwa kehadiran konvoi putera kepada Raja Salman Abdulaziz Al Saud di tengah-tengah Mina antara punca insiden rempuhan jemaah yang berlaku baru-baru ini.

Konvoi Putera Mohammad bin Salmad Al Saud didakwa memainkan peranan utama di dalam insiden terbabit.

Menurut laporan itu, Putera Salman dikatakan turut mahu menghadiri perhimpunan jemaah di Mina sambil ditemani oleh rombongan yang besar.

Memetik laporan berkenaan, Putera Salman ditemani oleh 200 askar dan 150 pegawai polis ketika rombongan.

Tambah laporan itu lagi, kehadiran putera terbabit ditengah-tengah lautan orang ramai mendorong perubahan pergerakan jemaah dan juga rempuhan.

Akhbar Lebanon itu turut berkata Putera Salman dan rombongannya segera meninggalkan kawasan itu selepas kejadian dan bertemu dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menutup cerita tentang kehadiran Putera Salman di kawasan itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di Arab Saudi menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya "tidak tepat".

Menteri Kesihatan Saudi, Khaled al-Falih sebelum ini menyalahkan jemaah haji kerana insiden dengan berkata "Sekiranya jemaah mengikut arahan, insiden seperti ini boleh dielakkan".

Iran pula menunding jari kepada Arab Saudi berikutan insiden dengan berkata insiden berlaku disebabkan kelemahan sistem keselamatan yang digunakan Arab Saudi bagi mengawal jemaah.

Menurut Ketua Oraganisasi Haji Iran, lebih dari 1,300 orang maut termasuk 125 rakyat Iran berikutan insiden itu. Pihak berkuasa Arab Saudi bagaimanapun berkata hanya 717 maut dan 863 yang cedera.

12 comments:

  1. Mungkin ya, mungkin tidak.
    Mungkin betul mungkin salah.

    ReplyDelete
  2. Omak kau gigi mancung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu dh xde modal bro.... Pathetic..

      Delete
    2. Omak kau gigi mancung

      Delete
  3. HARAM JADAH PUNYA PUTERA ARAB

    ReplyDelete
  4. Takkan tak tau, siapa pembina empayar saud? Siapa saud? Saud l/kurg Najib.

    ReplyDelete
  5. Putera ni yg derma ke najib antuya...

    ReplyDelete
  6. Apa nak pelik...keturunan penyamun padang pasir, kira standard lah tu apa dia buat. Kalau berita ni betul tak pelik mana pun...cuma kalau berita ni fitnah...haha...menjawaplah aku...kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Negara negara Islam mesti menuntut Arab Saudi mendedahkan rakaman kamera di lokasi kejadian.. mana boleh tak ada rakaman kamera keselamatan...

    ..kalau dakwaan berita akhbar Lebanon tak betul..mgp perlu Saudi takut dedah rakaman itu.. ini utk ketelusan.. jika tidak...memang kerajaan Saudi boleh dipertikaikan... negara Islam selepas kejadian ini patut menuntut kerajaan Saudi menyiarkan rakaman secara live bagi kamera2 yang berada di lokasi penting semasa musim Haji utk ketelusan

    ReplyDelete
  8. Kok ye pun nk hadir prhimpunan jemaah knapa sampai bawa rombongan askar/pegawai polis bgitu ramai, awat takut kena tembak/letup ke??? apa salah yg kau buat, bodoh, kepala hotak letak kat lutut...
    Kalau pergi dua tiga orang2 pun tkdak sape peduli pun dgn muka kau tu...
    Binawe! Kecik2 tknk mampus dh besar nyusahkn org....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu ke sumpah seranah dgn hanya sedikit berita yg belum pasti kebenarannya.

      Delete
  9. Sedih..memang sedih..kalu cite ni betul pun jgn harap lah ada ketelusan..ini lah standard negara islam...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...