Friday 18 September 2015

RUPA-RUPANYA GAMBAR BEBERAPA INDIVIDU BERBAJU MERAH BELI NOMBOR EKOR DAN MINUM BEER BERLAKU DISABAH DAN BUKANNYA PARA PESERTA HIMPUNAN BAJU MERAH


Bukan main riuh rendah hiruk pukuk gegak gempita lagi dimedia sosial menyiarkan beberapa gambar gelagat beberapa individu sedang membeli nombor ekor dan minum beer sebagai para peserta Himpunan Merah selepas himpunan tamat.

Setelah diselidik dan dirisik dapati kejadian seperti apa yang dirakam ini langsung tidak ada kena mengena dengan Himpunan Merah 16 September 2015 yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur sebaliknya beberapa warga Sabah keturunan Kadazan dipercayai bukan beragama Islam bersantai sambil minum beer dan menyinggah dikedai Sports Toto beli nombor ekor selepas Himpunan Sehati Sejiwa di Kota Kinabalu hari yang sama.

Cuba perhatikan digambar paling atas terdapat huruf STC singkatan kepada Sabah Turf Club beerti kedai Sports Toto ini terletak di Sabah dan bukannya di Semenanjung Malaysia.

Tidak perlulah kita bersikap dan bergelagat terlalu ghairah dalam menyerang pihak lawan sehingga langgar batas-batas fakta serta sanggup mengangkat fitnah sebagai bahan taburan berita.

11 comments:

  1. Jangan sebut apa2 pasal nombor ekor, nanti Pengkhianat Amanah Negara (PAN) mengamuk. Ialah nak sebut pasal Shariah pun ken tanya kat DAP kah kah Kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOGO PAN, KEPALA DAPigs!!!

      Semalam kecoh dilaman media sosial memperkatakan mengenai logo parti pimpinan Si Mat Sabu tu dilihat seakan - akan sama dengan logo yang digunakan oleh sebuah stesen TV di India.

      Ternyata, persoalan mengenai perkara itu memang masuk akal walaupun puak - puak Pengkhianat Amanah Negara tu dakwa sebaliknya. Sekali tengok pun kita boleh nampak persamaannya.

      Menurut laporan laman portal KedahNews.com, sebelum ini parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu enggan menggunakan akronim atau 'Short Form' PAN kerana takut disamakan dengan 'periuk'.

      Malah laporan itu juga turut mendedahkan bahawa kali ini, bukan sahaja berkaitan dengan visual yang digunakan menciplak logo stesen TV berkenaan, tetapi rupa bentuk logo itu sendiri.
      "Beberapa blog tempatan mendedahkan, isu logo Amanah turut dibangkitkan ramai penyokong parti itu sendiri yang masih lagi belum disahkan pendaftarannya hasil pengambilalihan daripada asalnya Parti Pekerja Malaysia.

      "Ramai pengguna media sosial turut mendakwa logo Amanah mirip organisasi rahsia Zionis iaitu Freemason berdasarkan konsep tiga segi dan corak satu matanya tetapi lebih lucu, ada kata ia logo sebuah stesen televisyen.

      "Dakwaan berkenaan ternyata amat berasas kerana logo Amanah konon huruf A yang berwarna putih dengan latar warna jingga itu memang 100 peratus ‘sebijik’ sama dengan stesen penyiaran swasta India iaitu Imayam TV." - lapor laman portal tersebut.
      Mungkin niat PAN tu menciplak logo stesen TV tu sebab diorang nak mengelirukan rakyat Malaysia. Mungkin diorang ingat rakyat Malaysia ni semuanya BODOH macam diorang gamaknya.


      Diorang lupa bahawa dunia sekarang ni bukannya sama seperti dunia yang diorang hidup dulu. Dunia sekarang ni semua benda pun orang tau. Jadi, jangan la diorang ingat rakyat Malaysia ni mudah sangat nak ditipu.

      Walaubagaimana pun, jika kita lihat dari satu sudut, logo PAN tu kemungkinan besar ada kaitan dengan logo puak - puak DAPigs tu sendiri dimana mereka hanya menggunakan hujung Roket.

      Kalau kita tengok pun, kemungkinan besar logo PAN tu dibuat berdasarkan kepada perkara yang dibangkitkan. Tambahan pulak, puak - puak Pengkhianat pimpinan Si Mat Sabu tu memang Macai tegar kepada DAPigs. Jadi, tak heran la kalau diorang guna logo yang seakan - akan serupa!!!

      Delete
    2. Bodoh... dah tentu org sabah byk kristian itu pun nak bawak isu.. dah dpt dosa fitnah.. bangang.... bangang..

      Delete
  2. Sport toto kan bersukan....maka x salah...klu kalah dlm bersukan adatla...klu menang...itu tambahan...lagipun berapa kerat ayt quran melarang bersukan cara spprt toto ni...ada masalah lain yg lbh besar perlu diutamakan buat masa ini...nnt klu kita dh di putrajaya baru kita akan mencari persefahaman dgn rakan2 tohlol siyasi...buat masa skrg kita xnk kehilangan undi2 mereka...

    ReplyDelete
  3. Hebat Omakkau...Gua salute cara Omakkau BerBlogging!

    Bagus Omakkau Teruskan Perjuangan...

    ReplyDelete
  4. Sian warna merah.

    Asal merah jer di kaitkan dengan negatif.

    ReplyDelete
  5. Biasalah org yg dijangkiti virus anjing gila ni. Itu dah kira belum teruk lagi.

    ReplyDelete
  6. Penganjur touch d hanjing cepat2 le turun penang selamatkan anjing2 penang yg dah kena wabak anjing gila tu....tunggu apa lagi?...cepat skt korang mampos...

    ReplyDelete
  7. Nampaknya ada pihak yang sememangnya cuba sabotaj Himpunan Rakyat Bersatu. Jika bukan pihak pembangkang terutamanya DAP, siapa lagi akan berbuat demikian? DAP cuba mempermainkan orang Melayu dan berharap sesetengah Melayu untuk menyokong DAP demi memenangi PRU yang akan datang? Baik pergi mampus.

    ReplyDelete
  8. UMNO telah memerintah Msia selama 57 tahun dan masih menangis untuk melindungi hak-hak istimewa orang Melayu ... Melayu terancam ... Melayu yang hidup di bawah kemiskinan dan lain-lain.

    Selama 57 tahun, UMNO memerintah negara, Islam adalah agama Negara, apa yang UMNO telah lakukan jika Malaysia dan Islam adalah di bawah ancaman?

    Fakta adalah: -

    1) Malaysia mempunyai 9 Sultan dan raja dan mereka adalah Melayu.

    2) PM & TPM, jawatan paling atas yang kuat memegang Malaysia adalah Melayu.

    3) Sejak tahun 1974, Menteri Kewangan sentiasa Melayu.

    4) Selain daripada Pulau Pinang, semua ketua menteri & MB Melayu.

    5) Majoriti Menteri-menteri Persekutuan Melayu, dan Kementerian berpengaruh dan penting diketuai oleh orang Melayu.

    6) Daripada 222 Ahli Parlimen, lebih daripada 50% adalah Melayu.

    7) Lebih daripada 93% daripada pegawai sector kerajaan, dari rendah ke jawatan tertinggi, berbangsa Melayu.

    8) NEP telah dirancang dan dilaksanakan untuk orang Melayu.

    9) 80% daripada kuota universiti dikhaskan untuk Melayu.

    10) Diskaun istimewa untuk beli rumah dan saham adalah orang Melayu.

    11) Jawatan utama semua sektor dan cabang Angkatan Tentera dan Polis yang dipegang oleh orang Melayu.

    12) GLC dikawal dan dikendalikan oleh orang Melayu.

    13) Semua bank-bank dikawal oleh orang Melayu kecuali Hong Leong Bank dan Public Bank.

    Bagaimana boleh orang Melayu (yang sudah berada di dalam kawalan mutlak semua institusi penting dan rukun kehidupan politik, ekonomi dan sosial) terancam, dan menghadapi bahaya yang menganiaya dan disingkirkan oleh kaum minoriti?

    Ia sebenarnya pemimpin UMNO & kroni mereka yang - dengan ketamakan yang tidak berkesudahan mereka - terus membuli & berbohong kepada orang Melayu dengan menyalahkan orang Cina dan India, dan menjadikan mereka sebagai kambing hitam.

    Orang Melayu haruslah bangun dan melihat niat jahat UMNO.

    ReplyDelete
  9. Aper , melayu dan bumiputra Sabah tak tahu Islam ker aper ler anutannya .pemimpinnya bukan kesah tentang Islam janji aku memerantah!!!!!!!.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...