Tuesday 29 September 2015

ISU PSM TIDAK DIJEMPUT KE MEJA BULAT PEMBENTUKKAN PAKATAN HARAPAN ... ADAKAH PENGARAH KOMUNIKASI PKR MENUDUH AHLI PARLIMEN SHAH ALAM DAN SERDANG MENIPU?????



Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaaan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak dijemput ke rundingan meja bulat kerana perbezaan pandangan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, sewaktu rundingan meja bulat sedang berjalan, terdapat pihak yang bertanya mengenai PSM tidak dijemput namun segala jawapan itu hanya merupakan pandangan peserta yang hadir dan bukannya pendirian rasmi.

“Antara jawapan yang diberi peserta rundingan, tetapi bukan oleh Wan Azizah sendiri termasuklah PSM tidak sertai Pakatan Rakyat secara formal dahulu dan wujud perbezaan pandangan mengenai Perkara 153 pada ketika Pakatan Rakyat mahu dibentuk.

“Jawapan-jawapan ini hanyalah pandangan peserta rundingan dan bukannya pendirian rasmi mengapa PSM tidak sertai Pakatan Rakyat. Hal ini juga tidak dibangkitkan dengan niat jahat, tetapi hanya untuk mengingatkan peserta rundingan tentang konteks jemputan. Malangnya ia telah disalah faham,” katanya menerusi kenyataan media.

Tambah Fahmi, jemputan rundingan meja bulat itu merupakan inisiatif yang dbuat oleh Wan Azizah seperti yang diperjelaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua.

“Jemputan tersebut telah dipanjangkan kepada parti-parti politik atau anggota parti politik yang telah terlibat secara langsung di dalam pembentukan dan pengurusan Pakatan Rakyat, selain daripada NGO dan individu-individu tertentu,” katanya.

Menurutnya, proses rundingan itu masih lagi berterusan dan PKR akan mengadakan perbincangan, rundingan, dan dialog dengan semua pihak termasuk PSM dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.

“Demi membentuk pakatan pembangkang yang utuh, inklusif, dan kukuh bagi menghadapi UMNO-BN menjelang PRU-14,” katanya.



ULASAN OMAK KAU:-


Apabila Pengarah Komunikasi bertindak menyatakan tiada kenyataan maupun ucapan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semasa rundingan meja bulat seperti didakwa Ahli Parlimen Shah Alam dan Serdang bermakna kedua mereka berbohong  dan menipu???? ... berbohong dengan mencipta reka isu demi menjustifikasikan mengapa tiada jemputan dan undangan diberikan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Kalau begitu, ini sudah dikira amat serius sebab sanggup dua ahli parlimen berbohong dengan sanggup dan tergamak sampai hati mencemarkan nama baik Presiden KeADILan merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia .... PKR tidak boleh pandang enteng dan remeh isu ini sebab nama baik dan integriti PKR dipertaruhkan dan sedang menjadi perhatian umum dikala nama PKR pun sejak isu Saifuddin Nasution dan PKR mohon maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi Shah Alam tempuh hari kerana mengaku memfitnah naya Tan Sri Khalid Ibrahim dengan pelbagai tomahan, fitnah cerita palsu dan tipu demi alasan kukuh setebal 91 muka untuk pecat beliau sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.

Jika tiada sebarang tindakan yang tegas lagi menyakinkan terhadap kedua ahli parlimen ini oleh PKR, maka apa yang diucapkan oleh Pengarah Komunikasi PKR ini tidak lebih dari sekadar sembang kosong kedai kopi sebagai cuba nak menutup serangan bertali arus dari PSM sahaja .....  namun ianya tidak akan berjaya malahan menambah burukkan lagi keadaan dan imej PKR menjadi semakin parah tercalar.

Diperingkat ini dari risikan dan respon serta maklum balas dari akar umbi ternyata majoriti besar lebih mempercayai akan kata-kata dan kenyataan kedua ahli parlimen Shah Alam dan Serdang itu.

Penafian semata-mata tidak mencukupi untuk memberi keyakinan kepada rakyat yang waras dan berpendidikan serta memiliki akses maklumat secara mudah dihujung jari.

Perlu ingat akan kata-kata keramat Presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln yang sering juga di ucapkan oleh Ketua Umum PKR sendiri, Dato' Seri Anwar Ibrahim ......

"You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time.".


25hb September 2015 :-
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mungkin akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menjelaskan atau meminta maaf atas apa yang disampaikannya mengenai ketidakhadiran PSM dalam rundingan meja bulat Selasa lalu.

Bekas Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata disebabkan dua ahli Parlimen iaitu Khalid Samad dan Dr Ong Kian Ming telah mengasingkan diri dari kenyataan mengapa PSM tidak dijemput dan dengan jelas menunding jari kepada Wan Azizah, maka adalah wajar beliau memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, PSM akan menghantar surat kepada Ketua Pembangkang dan berharap Wan Azizah dengan segera memperjelaskan apa yang dinyatakannya dalam rundingan berkenaan atau sekurang-kurangnya meminta maaf kepada parti tersebut.

“Sekiranya tiada penjelasan atau permohonan maaf dilakukan maka PSM mempunyai ‘option’ untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan kami sedang menelitinya tetapi belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Memang ketika ini ramai ahli marah dengan kenyataan berkenaan dan ada yang hendak membuat laporan polis tetapi pimpinan parti minta mereka bersabar dan memberi peluang terlebih dahulu kepada Wan Azizah dan PKR untuk memberi penjelasan beliau,” katanya kepada hari ini.

Arulchelvan berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Khalid dan Kian Ming semalam yang mengatakan bahawa mereka hanya mengulangi apa yang dikatakan oleh Wan Azizah kepada pihak media mengenai ketidakhadiran PSM dalam rundingan meja bulat bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik anjuran PKR baru-baru ini.

Mereka mengatakan bahawa Wan Azizah memberitahu bahawa PSM tidak dijemput, kerana tidak bersetuju dengan Dasar Perjanjian Bersama, termasuk melibatkan Artikel 153 berhubung hak-hak keistimewaan Bumiputera dan parti berkenaan bukanlah anggota dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Namun begitu, PSM menafikan perkara berkenaan kerana parti berkenaan menerima dan menyokong Manifesto PR dan Buku Jingga dan langsung tidak mengetahui mengenai dakwaan bahawa PSM menolak hak-hak keistimewaan Bumiputera seperti yang dinyatakan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata PSM perlu mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai punca parti itu tidak dijemput untuk menghadiri Perbincangan Meja Bulat, pada Selasa lalu.

Katanya, beliau sebelum ini hanya menyampaikan kepada pihak media, apa yang diberitahu oleh Dr Wan Azizah kepada mereka yang hadir dalam rundingan berkenaan.

12 comments:

  1. letakkan dihadapan sekalian manusia yg jahil lagi menyombong diri dan bersifat laksana kawanan biri2 yg diternak .. tiadalah dapat mereka mengikut melainkan dari apa yg telah ditetapkan oleh para penjual beli ilmu (berkhianat) yg bersifat laksana kawanan serigala yg buas ... adapun tipu daya para serigala itu yg mendakwa "kami bertahaluf siasyi " ...tanpa kuasa pemutus dari kalangan mereka ..membawa kepada malapetaka dan kerosakkan yg bukan kecil natijahnya (bergantung kepada kuasa yg diperolehi) ... kini satu lagi dari kelompok serigala "ditinggalkan" sebelum tahaluf songsang itu berjalan (sifatnya mengikut kelompok masing2 ... bukan menurut kepada kuasa pemutus) ... maka berbalaslah seperti biasa mempertahan dan menyerang dan bersiap sedia diantara kawanan serigala itu (dengan penafian,fitnah dan adu domba) ... antara jawapan yg paling klise "itu pandangan peribadi bukan parti" .... maka kawanan serigala yg berjaya "berpakat" didlm pakatan akan selamat .. yg gagal mencari "pakatannya" akan berubah sifatnya kepada tak lebih dari kucing kurap di lorong yg hanyir ... tanyakan kepada PAS dan individu2 yg dahulunya juga merupakan kawanan serigala yg sangat buas ... kini mereka sedang "menikmati" betapa lazatnya aroma di lorong yg hanyir dan busuk itu ..... malang sekali sekalian biri2 itu masih mengeluarkan pelbagai bunyi2an (berpaut pada harapan dan angan2 palsu yg dikhabar oleh kawanan serigala ) .... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PSM BENGKAK, KHALID SAMAD DIDAKWA PENIPU!!!

      Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan alasan yang diberikan oleh dua pemimpin Pakatan Harapan, Ong Kian Ming dan Khalid Samad mengenai ketiadaan parti berkenaan dalam rundingan meja bulat pada Selasa lalu adalah sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.

      Ahli jawatankuasa PSM, S Arulchelvan berkata, kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut mengenai PSM tidak menerima Polisi Bersama Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan juga menolak Artikel 153 berkenaan hak-hak keistimewaan Bumiputera adalah satu pembohongan.

      “Semasa PRU 13, PSM ada mencetak dan mengeluarkan satu manifesto dimana tajuk Manifesto PSM adalah UDAHLAH TU ! TOLAK 56 TAHUN UMNO-BN.

      “Saya sertakan manifesto ini disini dimana dalam mukasurat 20 & 21 digariskan Hubungan PSM & PR. Dalam Manifesto PSM, kita telah mengatakan PSM menerima dan menyokong Manifesto PR dan buku jingga,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkannya semalam.

      Katanya, PSM mencabar kedua-dua pemimpin tersebut dan menuntut penjelasan mengenai kenyataan palsu yang dibuat ke atas mereka.

      Katanya lagi, PSM turut meminta pihak pakatan untuk menjelaskan secara lanjut serta bukti yang mengatakan parti itu menolak Artikel 153 tersebut.

      “Sebelum ini terdapat hanya tiga mesyuarat yang diadakan antara PSM pada PR dan isu Artikel 153 tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam ketiga-tiga mesyuarat berkenaan.

      “PSM tidak terdesak atau kecewa apabila tidak dijemput untuk menghadiri rundingan berkenaan kerana kami percaya ia adalah hak mutlak penganjur tetapi tidak boleh bertolak ansur dengan pembohongan secara terang-terangan ini.

      “Oleh itu PSM mengharapkan agar Pakatan Harapan memberikan penjelasan yang sewajarnya dan kami mendoakan yang terbaik untuk gabungan berkenaan,” katanya.

      Delete
    2. Kah Kah Kah Cangkul/ GHB/ Imayam /Putumayam/ Kuali/PAN Burger kalau bohong tu no problem. Langgar Baiah pun langgar, buat cerita bohong lagi la no hal.

      Tak percaya???? Sila baca blog meloyawaves oleh tulang loser. Penuh cerita rekaan tahap WORLD

      Delete
  2. KHALID SAMAD SONGEH DITUDUH PENIPU???

    Hahaha!!! Nampak sangat yang Si Khalid Samad tu cuba untuk menegakkan benang yang basah bila dia dituduh sebagai seorang Penipu. Mula la dia hilang akal dan meroyan tak tentu arah.

    Seperti biasa, alasan yang diberikan oleh Si Khalid Samad tu untuk mempertahankan diri sudah pastinya dia mendakwa kenyataan dia keluarkan telah disalah-ertikan oleh pihak PSM.

    Dalam erti kata lainnya, laporan yang disiarkan didalam media sebelum ini telah disalah tafsir sehingga menyebabkan timbulnya salah faham bagi pihak PSM berhubung isu keahlian Pakatan Haprak Baru tu.
    “Sedangkan, sepertimana yang telah saya jelaskan, saya hanya menyatakan jawapan yang diberi apabila soalan itu ditimbulkan semasa sidang meja bulat.
    “Walau apa pun, pada dasarnya sidang meja bulat diadakan untuk menghidupkan kembali PR yang telah berpecah. Oleh itu hanya parti yang terlibat dengan PR telah dijemput sebagai langkah permulaan,” katanya.
    Kiranya, jika kita lihat dari satu sudut, memang Si Khalid Samad tu cuba mendabik dada dan mendakwa puak - puak PSM tu tak layak untuk menjadi sebahagian dari Pakatan Haprak tu.

    Perkara tu dapat kita lihat apabila Si Khalid Samad tu menegaskan bahawa mereka yang telah mengkhianati PAS sebelum ini lebih layak untuk menyertai Pakatan tu berbanding PSM.

    Alasan yang diberikan ialah sebab diorang dah lama berjuang dalam Pakatan sedangkan pihak PSM tu baru sangat nak menyertai Pakatan tu apabila ianya dijenamakan semula baru - baru ini.

    Persoalannya, adakah itu sebab utama kenapa puak - puak PSM tu tidak dijemput menyertai rundingan Meja Bulat yang diadakan sebelum ini? Adakah itu yang membuatkan PSM tidak layak untuk menyertai Pakatan Haprak Baru tu?

    Jelas, tindakan Si Khalid Samad tu sebenarnya hanya sekadar nak menutup kemaluan diri dia sendiri je. Apa yang dia buat membuktikan bahawa dia tidak menghargai sumbangan PSM kepada Pakatan. Jadi, sebab tu la dia meroyan tak tentu arah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuyyoooooo Parti Putu Mayam Imayam PAN Burger kalau cakap sure belit. Baiah pun belit. Kah kah kah balik la oi

      Delete
    2. Psm ni pun satu dol...
      pakatan dah tak hingin kamu...kenapa masih terhegeh-hegeh nak merayu diterima...belah le psm tak malu...

      Delete
  3. Parti kelentong Rakyat

    ReplyDelete
  4. Khalid samad?? Wtf??? Haprak...belacan

    ReplyDelete
  5. Anak saudara haji hadi jadi pemimpin amanah.
    Gumbira gumbira. Proses pembersihan.

    ReplyDelete
  6. Dap nak saman mufti pahang.dap melayu pulak tu apa nak jd tu.tak ada dap cina ke dipahang.melayu jugak yg nak dijadikan tumbal.sbb apa suruh melayu juga yg saman melayu tu takut isu perkauman timbul.bleh mampus kiok cina dap.knpa yg sibuk sgt dgn khutbah tu ada org sibuk dgn ceramah gereja ke.takut hilang undi melayu la tu.pakatan harapan bersih 4.kekuatan terletak pd org cina.org melayu hanya hiasan dpt hadiah tempek amoi.org india lg kesian apapun tak dpt.patutlah ambiga marah.tgok betapa letihnya nak buat bersih.berapa kali bincang dgn polis.akhirnya dah penat penat berhimpun tak sgt diherankan org sbb tak cukup org melayu yg dtg.harap pakatan harapan letih je dpt mcm bersih 4 sbb tak ada pas.cuma mungkin akan beri kekuatan sedikit kpd pkr lalu dpt menekan dap

    ReplyDelete
  7. small technical matter..

    but big to the desperate enemies

    ReplyDelete
  8. Saya Widya Okta, saya ingin memberi keterangan kerja yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada bangsaku yang sedang mencari untuk pinjaman di Asia dan bahagian lain perkataan, kerana ekonomi yang buruk di beberapa negara. Adakah mereka sesiapa yang mencari pinjaman di antara kamu? Kemudian, anda perlu berhati-hati kerana banyak syarikat pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih tulen sekali dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah menjadi mangsa yang 6 kredit peminjam penipuan, saya hilang begitu banyak wang kerana saya mendapatkan pinjaman daripada syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya ditahan oleh rakyat hutang saya sendiri, sebelum i adalah pembebasan dari penjara dan seorang kawan saya yang saya menerangkan keadaan saya kemudian memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat pinjaman reliabl yang SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapat pinjaman saya Rp900,000,000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam tempoh 24 jam yang i digunakan, Jadi saya membuat keputusan untuk berkongsi kerja yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat anda jika anda memerlukan pinjaman anda lebih baik hubungan SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui e-mel:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya di (widyaokta750@gmail.com) jika anda mendapati sukar atau mahu prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...